Kelas Bahasa.

Assalamualaikum.

Kalau masa sekolah orang tanya aku suka subjek apa aku akan jawab dua. 

1) Biology
2) English

Ambooiii. Kemain. Memang aku suka dua subjek tu akan tetapi aku taklah se'excellent' mana pun malah hampeh. Hihii.

Masa SPM gred untuk subjek English aku taklah segempak mana. Cuma aku jer yang suka gempak-gempak nyanyi lagu orang putih hafal segala lyric lagu Mariah Carey, Jon Secada (Kau kenal? Hahaa!). Tu kira terel english lah tu. Time exam, segala grammar, verb, vocabulary kau terpisat-pisat nak kenal. Padan muka. Aku suka subjek English pun sebab aku suka belajar pronunciation. Sebab penting untuk karier nyanyian omputih aku. Hahaa!

Sampai sekarang pun, kalau aku tak yakin dengan apa perkataan bahasa Inggeris yang aku nak tulis aku akan check kat Google. Tak faham maksud, aku google translate. 

Kalau sesiapa yang ambik subjek Biology tahun 1998, korang mesti biasa ada buku rampaian yang kulit tebal tu dan cikgu akan suruh lukis gambar jantung dengan detail dia sekali. Vena pulmonari, vena kava ntah apa lagi aku pun dah lupa. Time tu dulu, aku hafal ok. Meaning that aku boleh lukis macam tu jer at any time. 

Sebab aku minat Biology, masa trial SPM aku dapat gred 2 untuk subjek tu. Zaman aku masih pakai number grading, makin kecik nombor maknanya makin bagus. Sekarang pakai A,B, C kan? Masa final SPM aku cuma score gred 7 subjek Biology. Susah betul nak terima keputusan tu sampai aku buat semakan semula, tapi still sama result dia. 

Waaahhh. Muhasabah diri terus. Over-confident yang memakan diri. Tapi hikmah dia besar jugak bila subjek Matematik yang aku TAK PERNAH lulus sejak sekolah rendah dan score gred F9 masa trial aku score gred 5......apakah keajaiban ini? Hihii.

Agaknya, kalau aku score bagus subjek Biology tu but still fail in Mathematic, aku tak dapat pun further study. See?

Nah, jom belajar English US dengan UK. Kecik? Besarkan.



ps - On the way to London. Eheh. Aku bukan pelajar terbaik sekolah atau scorer pun but still boleh pegi London. Come on, join me.......in my dream. Hahahahaaaaa!

Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.