Posts

Showing posts from August, 2011

Hadiah Untuk Birthday Kamu - Nah!

Image
Assalamualaikum! Hari jadi kamu bakal menjelang tiba. Sebab kamu selalu usaha jadi kawan baik saya, selalu ada bila saya perlukan kamu, selalu cuba memahami perasaan saya, selalu kutuk saya, keji saya, puji saya, marah saya, sayang saya? ambik berat tentang saya dan selalu ingat pada saya maka saya masih berfikir2 hendak beri kamu hadiah apa sempena hari jadi kamu. Kamu tengoklah. Bagitau saya kalau ada yang kamu suka.   Kalau kamu rasa kamu kategori 'intelectual'. Lighted Magnifier For Menu Reading Handheld Electronic Sudoku Games Journal For World Travelers Kalau kamu rasa kamu kategori 'hipster'. Shadow Wall Art Candle Jazzy Oxford Shoes Instant Camera For Shutterbugs Kalau kamu rasa kamu kategori 'fitness and health nut'. Nike + Sport Watch GPS Go Fit Ultimate Pro Gym In A Bag Electronic Massagers For Office Seats Or Car Atau kamu 'geek'? Angry Birds Toy And Gear Projection Alarm Clock Harry Potter Quiditch Helmet ps - Selamat

Cerita Ramadhan, 7

Image
Assalamualaikum. Kampung Oya. Lepas buka puasa dengan Mak, Oya solat Maghrib. Waah! Dah pukul 8. Tu lah dia kalau makan berbuka tak sudah2. Makan seolah2 esok tiada lagi. Heheh. Lepas solat, Oya kemas beg baju. Mak dah tau Oya nak balik ke kota terus lepas terawih dekat masjid. Ye lah, esok Oya kena kerja. Masa puasa pertama itu hari, Oya gerak balik ke kota lepas sahur. Sampai depan mesin pengetik kad tepat2 pukul 8. Haissh! Oya tak suka macam tu. Sebab Oya bawak kereta laju2. Tekan minyak kuat2. Potong kereta lain tak bagi signal. Lampu isyarat kuning pun Oya lagi tekan minyak, siap tukar gear rendah. Oya tak suka, sebab kenapa Oya kena jadi samseng atas jalan raya? Sebab Oya bukanlah samseng sangat, macho je sikit. Sampai masjid, azan Isya' belum berkumandang. Oya buat solat sunat tahiyatul masjid. Oya buat dekat saf belakang2 aja. Saf depan memang ada kosong, lobang2. Tapi nanti bila nak mula solat Isya' Oya pegilah selit2 kat depan. Boleh punya. Masa azan Isya'

Bersatu Demi Islam

Image
Assalamualaikum. Ingat Allah SWT Takutlah kepada pembalasan Akhirat itu pasti, balasan di dunia telah dijanji Jangan takut untuk bersatu Demi agama kita, Islam yang mulia Sayu, sedih, hiba dan terhina Agama Islam dipermainkan Amalan dan syariat kita dipertikaikan! Saudara seagama kita sendiri yang mempersenda agama kita Kafir harbi tidak lagi menghormati agama kita Ketepikan kepentingan diri Perkukuhkan keimanan Bersatu demi Islam! Bersatu demi Islam! Bersatu demi Islam! *credit to http://malaydelima.blogspot.com/ Mungkin ramai dari kalangan kita masih belum faham hujung pangkal isu serbuan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) yang hangat diperkatakan sekarang kerana gerakan mengkristiankan orang Islam. Eloklah di perjelaskan secara kronologi agar senang difahami. Pada 3 Ogos 2011 antara jam 9.45 pm hingga 12pm, sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa JAIS bersama 10 anggota polis dari IPD Petaling Jaya telah melakukan pemeriksaan terhadap sat

Makan Pasir

Assalamualaikum. Aku bukan plastik, bukan kayu, bukan batu. Allah beri aku hati. Aku tak pandai berpura-pura Sebab aku bukan pelakon tambahan Aku tak pandai bermuka-muka Sebab muka aku ada satu Jangan kata aku berdendam Kalau kau pandang, aku berpaling Kalau kau tegur, aku tak jawab Kalau kau senyum, aku tak balas Kalau kau tanya, aku tak jawab Sebab, lepas apa yang dah kau buat pada aku Kau tak pernah minta maaf? ps1 - Ke kau nak tunggu raya? ps2 - Kalau aku hidup lagi time tu..kalau aku dah mati? ps3 - Aku boleh maafkan, tapi aku tak jamin boleh lupakan..aku ni manusia biasa. ps4 - Pinggan dah retak, memang boleh guna, tapi tak kan sama macam dulu. Harap maklum ps5 - Jangan expect aku boleh ramas mesra dengan kau macam sebelum kau tabur pasir dalam periuk nasi aku. Nasib baik pasir pun aku makan. Apa ada hal. Semua pun boleh...

Nah!

Assalamualaikum! Alhamdulillah, Dengan izinNya, tersedar kita dari tidur untuk bangun bersahur.. Maka bersahurlah walau dengan setitik air.. Kerana Dia jua lah, Kita masih daya bersiap ke tempat kerja.. Bekerja dan ada sikit2 terlena.. Maka kuatkan semangat kita.. Kerana dengan kemurahan dan kasih sayangNya, Diberikan kita rezeki berbuka yang melimpah ruah.. Maka bersyukurlah dan jangan pula kita membazir.. Di atas keluasan rahmatNya di muka bumi ini, Diberikan kita kebahagiaan untuk melalui Ramadhan ini bersama orang-orang yang kita sayang dan cinta.. Maka berusahalah menjaga sillaturrahim.. Telah Allah janjikan dibulan mulia ini, Yang tidak terbelenggu hanyalah nafsu sahaja Maka jika kita malas, Itu adalah kita.. Jika kita sombong dan angkuh, Itu adalah kita.. Jika kita masih ada iri hati yang tak mahu padam, Itu adalah kita.. Jika kita masih berpura-pura, Itu adalah kita.. Jika kita masih berdendam, Itu adalah kita.. Nafsu yang berada dalam hati kita