Posts

Showing posts with the label my 20cents

Sembahyang Terawih dan Kawin Muda : Ada Kaitan

Assalamualaikum. Di Selangor, kabarnya surau2 imamkan sembahyang terawih 8 rakaat sahaja. 4 rakaat, tazkirah dan sambung balik 4 rakaat. (Kecuali masjid) Ada sesetengah kata : Baguih! Memahami sungguh pemerintah ni. Pemerintah dolu, kojam bongek. Terawih 20 abes kul 10 lebih, esok nak kojer lagi.. Hmmphh..20 rakaat tu tak sesuai zaman nih, dulu Nabi pun buat 8 jer.. Eleh! Berkira ya nak buat ibadat! Yang aku nampak, impaknya sama juga. Masih juga orang merungut. Tazkirahnya panjang maka sama waktu balik dengan orang yang buat 20 rakaat di masjid. Kan baik dianjurkan saja 20 rakaat di semua masjid dan surau. Kenapa nak pupuskan amalan yang baik? 8 ke 20 ke, terpulang pada individu. Mana tahu, sampai rakaat yang ke 8 Allah bagi kekuatan terus sambung 20..ni kalau dah dari awal berkira dengan Allah, macam mana. Lagi pun, benda yang baik, dibuat banyak, Insyaallah hitungannya banyak. Kan? Kan? Kan? Ni satu lagi yang pasal kerajaan Melaka nak bagi kebenaran kawin bawah 18 tahun (lelaki) dan...

Polis Jahat?

Image
Assalamualaikum Sekarang semua orang sedang mempersoalkan tindakan polis yang menembak kereta yang didakwa dipandu Allahyarham Adik Aminulrasyid yang menyebabkan arwah terbunuh kerana salah satu tembakan tersebut mengenai belakang kepalanya. Memang sedih mengenangkan kejadian mengorbankan nyawa tersebut berlaku dalam negara kita dan ianya terjadi tidak berapa jauh dari rumah aku..dekat facebook dah wujud fanpage 'kami benci kekejaman polis malaysia' yang mengecam tindakan polis dan banyak juga kata2 yang menghentam, menghina, mencaci, menyalahkan dan pelbagai men men lagi yang berunsur tidak puas hati dengan tindakan polis.. Pada aku, serahkanlah kepada pihak yang berkuasa untuk menyiasat perkara ini dengan telus dan seadil-adilnya..dan hentikanlah untuk membuat spekulasi tentang arwah dan juga polis..kasihankan keluarga arwah dan keluarga polis-polis ini.. ps* bukan tidak ada polis yang dilanggar lari waktu bertugas, dirempuh waktu sekatan jalanraya hingga koma, ditembak dan d...