Posts

Showing posts from November, 2017

Cara-Cara Buka Buku Pink - Ngeh Ngeh Ngeh

Assalamualaikum! Hahahaaa! Saja la nak cover pasal topik ni. Bukan apa, untuk rujukan di masa depannnnnnnn. Heeeee. 😁 Okay, walaupun anda hendak bersalin di hospital kerajaan mahupun swasta, adalah digalakkan untuk buka buku rekod kesihatan ibu ni (selalu orang panggil buku pink sebab warnanya pink). Adakah anda tahu, jika anda bukan warganegara, segala proses yang anda lalui iaitu ambik urine test, blood test, scan perut, consultation doctor dan juga bekalan ubat adalah dianggarkan sebanyak RM100++ tauuu. Itu kalau buat di Klinik Kerajaan (KK). Kalau buat di hospital/klinik swasta, anda darabkan ajalah kosnya dengan setimpal berapa bintang hospital/klinik tersebut. Bagi aku lah, rutin check up aku prefer buat di KK saja. Rekod dan laporannya tidak kurang terperincinya. Dapat pula lagi info dan nasihat daripada nurse yang ramah-tamah. (Serious okay!) Dannnn FREE of charge bagi warganegara. Ada orang tak nak check up kat KK sebab : 1) Banyak duit 2) Takde masa nak

Pengakhiran Yang Baik - Itu Yang Kita Nak.

Assalamualaikum. Amacam tempat korang? Hujan tak? Kat sini sekarang tengah renyai-renyai. Dari malam tadi lagi dah hujan tak berenti.  Pagi tadi bila bangun, tengok baju kotor dalam bakul dah kosong. Dalam hati kata - Oh mesti suami dah basuhkan. Tapi mesti tak sidai nih. So, untuk kepastian, jenguk ampaian. Allahu..siap bersidai semuanya. Astaghfirullahalazim. Apa punya bini la asik bersangka buruk jer dengan suami. Huhuuu. Terus sedih mengenang diri yang selalu bersangka buruk kat suami di pagi buta ni sambil memotong bawang - buat bekal untuk anak. Dalam hati berdoa, semoga Allah ampunkan dosa sendiri, dosa suami, beri suami kelapangan hati, permudahkan urusannya dan dimurahkan rezekinya. Aamiin. Pegi jenguk bilik pulak. Kemain berpeluk tido anak dengan bapaknya. Bapaknya tu bukan boleh percaya sangat bab tido. Tido mati. Betulkan kedudukan anak yang terhimpit dek lengan sado bapaknya. Hari ni suami kata dia kerja lambat. So, biar jer dia tido. Malam tadi pun dah balik la

Kenangan Umrah - Selipar

Post ni tersimpan dalam draft. Masa bulan puasa kot ni aku mengarangnya. Bukti aku ada jer niat nak tulis tapi semua terkandas di tepi jalan. Heeee. Ni aku sambung ye... ======================================================================== Assalamualaikum. Apa kabar? Hari ni aku sakit rahang. Nak buka mulut pun tak boleh luas. Jadinya, sahur tadi aku mampu minum air jer. Huhuuu. Harap-harap bertahanlah. Tadi dapat panggilan telefon dari seorang kakak yang sangat baik hati. Rupanya dia baru balik dari umrah. Patutlah lama tak dengar khabar berita.  Untungnya dia dapat buat umrah dengan Mak dan suami. Bila sembang-sembang pasal umrah tu, teringat macam-macam kenangan aku dan Mak pergi umrah tahun 2009 dulu. Memang banyak benda yang berlaku cuma tak terluah ja di blog ni. Insyaallah akan aku kongsikan sikit-sikit untuk semua. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan, ok. Ni cerita masa aku mula-mula sampai Mekah.  Masa kami tiba kat hotel, dekat pi