Hijrah, Khairul Fahmi Che Mat Dan Hijrah.
Assalamualaikum. Selamat Tahun Baru 1433 Hijrah. Jangan memasang angan-angan yang baru jika yang tahun lepas pun belum tercapai. E'eh. Cakap orang, aku pun sama. Cita-cita tahun lepas semua bersangkut paut dengan takdir. Siapalah kita hendak melawan ketentuan takdir, ye dak. Jadi, teruskan saja berusaha yer. Sekurang-kurangnya azam tahun 2009 aku masih on going dan maintain lagi iaitu 'beli 1 buku setiap bulan'. Alhamdulillah. Buku bulan ni aku beli 'Sabda-Sabda Nabi Muhammad SAW - Daripada Hadis-Hadis Pilihan.' Jadi aku nak share. "Orang Muda", (Nabi SAW bersabda kepada Abdullah Ibnu al-Abbas R.A) dengarkanlah beberapa perkataan nasihat : Sentiasalah ingat akan Tuhan, maka anda akan dilindungiNya; Sentiasalah ingat akan Tuhan, maka anda akan dapati Dia berada bersama anda; Sekiranya anda mohonkan sesuatu, maka pohonlah kepada Tuhan; Kiranya anda mencari bantuan, carilah bantuan daripadaNya. Ketahuilah bahawa sekiranya kesemua orang berkumpul dan ...