Posts

Berapa Penduduk Dunia? Aku Pun Tak Tahu..Tapi Bukankah Setiap Masalah Ada Tahap Tinggi Dan Rendah?

Image
Assalamualaikum! Bertemu lagi. Adalah tidak adil menyalahkan waktu dan mengatakan 24 jam sehari itu tidak mencukupi untuk berbuat pelbagai perkara sekiranya kau pilih untuk tidur 8 jam sehari hanya semata2 hendak kurangkan eye bag dan tak mahu nampak tua. Oh! Itu seakan2 aku. Baiklah. Masalah 1 - Ayesh anak buah aku tidak tahu mengaplikasi kata2 selaras dengan body language. Mulut kata nak, tapi kepala geleng-geleng. Parah. Ayesh, Mak Cik akan cuba menunaikan apa yang Ayesh mahu kan biarpun Mak Cik keliru. Ayesh minta gunakan hati saja. Jangan susah2 ok. Masalah 2 - Kawan baik aku jatuh cinta dengan seorang lelaki baik tetapi lelaki tersebut kehilangan satu gigi di bahagian belakang, atas. (tolonglah bayangkan. Aku merayu.) Bila tersenyum lebar, nampak sangat lopong satu gigi. Itu yang mengganggu fikirannya. Buat kawan aku rasa tak selesa dan membayangkan kemungkinan2 yang akan muncul di masa hadapan bagi mereka dengan kondisi gigi jejaka idamannya itu. Masalah bagi dia. Kawan aku para...

Hal Perasaan Kadangkala Memang Memenatkan Lah..Haisshh!!

Assalamualaikum! Malas nak cerita banyak. Layan jer lagu ni. Tak suka, pause.

Di Antara Memilih Suami Dan Maintain Cantik : Dua Dua Perlu Kos!

Image
Assalamualaikum! Dengar cerita, Diana Danielle tuh kata kos maintenance diri dia ja (dari hujung rambut sampai hujung kaki) lebih kurang RM5,000.00 sebulan..no wonder la kan..jadi Farid Kamil ko faham2 lah sendiri yer..harusla ko berlakon setiap hari..e'eh? Aku sibuk apasal..ampunnn.. 'Terus terangla aku cakap, biarlah badan ko besar tempayan pun, aku tetap nak kat ko..aku suka ko pun bukan sebab ko cantik. Fullstop. - Mr. Justin Baba ps1** Memangla terharu kan, orang suka kat kita bukan sebab rupa kita..tapi hati aku yang 'terguris' dengan pengakuan ikhlas nih kalau pegi klinik kerajaan pun kena bayar seringgit tau dak? Kan aku dah kata, ada kos..... ps2** ye lah, aku debab..tapi suara aku sedap sikit dari Diana Danielle..kira ok la tu kan? kan? (harus ke aku letak gambar diana danielle? Ini bukan Justin Baba..Ini kegilaan aku sekarang..hehehhh)

Pesen Miskol Confirm Aku Tipon Balik, Alih2 Aku Dengar Lagu Justin Bieber..

Assalamualaikum! Apa ke halnya aku asik nak tifon balik bila dapat miskol? Kan jimat kalau aku miskol je balik..biar lantak 156 kali macam tu..hehehhh Ps ** sebab aku dahagakan lawak gonjeng kau kot..ko cakap 'hello' je pun dah lawak..

PILIHAN

Image
Adalah lebih baik untuk memilih daripada tidak membuat pilihan sama sekali.. *ps - siapa yang tahu jika pilihan itu adalah terbaik buat kita? Sigh

Polis Jahat?

Image
Assalamualaikum Sekarang semua orang sedang mempersoalkan tindakan polis yang menembak kereta yang didakwa dipandu Allahyarham Adik Aminulrasyid yang menyebabkan arwah terbunuh kerana salah satu tembakan tersebut mengenai belakang kepalanya. Memang sedih mengenangkan kejadian mengorbankan nyawa tersebut berlaku dalam negara kita dan ianya terjadi tidak berapa jauh dari rumah aku..dekat facebook dah wujud fanpage 'kami benci kekejaman polis malaysia' yang mengecam tindakan polis dan banyak juga kata2 yang menghentam, menghina, mencaci, menyalahkan dan pelbagai men men lagi yang berunsur tidak puas hati dengan tindakan polis.. Pada aku, serahkanlah kepada pihak yang berkuasa untuk menyiasat perkara ini dengan telus dan seadil-adilnya..dan hentikanlah untuk membuat spekulasi tentang arwah dan juga polis..kasihankan keluarga arwah dan keluarga polis-polis ini.. ps* bukan tidak ada polis yang dilanggar lari waktu bertugas, dirempuh waktu sekatan jalanraya hingga koma, ditembak dan d...

Poem Of Heart - Permintaan Terbaik

Image
Satu ketika Waktu diri ini kecil Ditolak kawan, jatuh.. Dirampas lolipop dari tangan, menangis.. Adu pada emak Emak bersihkan luka Adu pada ayah Ayah belikan aiskrim pula Riang.. Selepas besar sedikit Waktu diri faham apa itu kekecewaan Pandai pula mencari teman Meluah perasaan Sekali bersedih, nangis bersama Sekali suka, sama ketawa.. Kawan pengubat duka Bila bertambah besar Pandai pula memilih teman Tersilap kata, dimusuhi Kena gaya, disenangi.. Mula pandai mencari bahu Untuk berkongsi sendu di hati Kekasih datang, kekasih pergi.. Roda kehidupan berputar tanpa henti Angka jadi pemberat Begitu juga segalanya Sekejap menimbun, sekejap rata Dibuang, diganti Yang tersurat tetap tersurat Semua perlu dijalani.. Ayah telah pergi Emak menjadi lemah Kawan punya agenda tersendiri Kekasih hati belum kembali Sedang diri tercari-cari Dia tetap disitu Kekal, satu.. Menunggu dan menanti Apa jua permintaan hati Namun Hanya yang terbaik saja Akan terjadi.. *ps - Dalam doa hari ini, tidak ada lagi ber...