Posts

Terpaksa Dan Terpaksa.

Image
Assalamualaikum. Banyak yang telah berlaku akhir2 ni. Semua benda pun mengkehendaki kita membuat keputusan segera. Jika dibiar, difikir2 takut memakan diri, terluka hati, merana badan. Semua orang pun pernah terpaksa. Biar keterpaksaan itu akhirnya mendamaikan hati semua. Tentu ini bukan keputusan yang salah. Terpaksa ditinggalkan. Terpaksa meninggalkan. Terpaksa menangguhkan. Terpaksa meng 'iya' kan. Terpaksa mengabaikan. Terpaksa sabar. Terpaksa tabah. ps* What goes around, comes around. Iya ke? Bila dengar lagu ni kena cucuk dua batang pensel dalam lubang idung, tangan letak atas kepala. Baru feel hidup ni.

Teori Kehidupan - Terpulang Kepada Hati Masing-Masing.

Image
Assalamualaikum. Bila kenang2 segala macam dugaan yang datang menimpa, tertanya2 juga dalam hati. Bila tertanya2 dalam hati, buat jadi berfikir2 pula. Bila difikir2 ternyata begitu banyak petanda bahawa Allah sentiasa bersama. Memberi pada setiap perkara yang tidak disukai itu jalan keluarnya. Memberi sedikit air mata yang jatuh itu kelapangan hati dikesudahannya. Memberi pada setiap kesusahan itu insan2 yang sedia meringankan. Memberi pada setiap kesakitan hati itu ketabahan untuk terus rasa gembira. Awas lho! ps - Maaf, hidup aku happening in my own way. Simpati buat mereka2 yang sentiasa iri hati.

Maaf. Saya Tidak Dapat Memuaskan Hati Semua Orang Sekaligus.

Image
Assalamualaikum. Biarpun hati kita sekeras batu atau sepejal getah sekerap, bila ada orang berkata perkara yang tidak tepat tentang diri kita, mesti kita akan berasa sedih dan hati akan bertukar menjadi selembut jeli. Amalan meluahkan perasaan tidak puas hati di belakang orang yang tidak dipuas hati itu (??) adalah tidak akan menyelesaikan masalah. Lebih2 lagi bila perilaku memburuk2kannya menggunakan fakta2 yang tidak tepat  dengan harapan supaya orang itu dibenci oleh orang lain, amatlah tidak baik sekali, ya.. Biarlah kita disayangi, dihargai dan dihormati oleh sedikit sahaja orang yang betul2 mengenali kita dari kita pura2 dihormati oleh ramai orang yang sebenarnya tidak mengenali kita sama sekali. ps - hari ini mode serius. Pemilik mulut itu, aku akan mencarimuuuu..Huahuahuaa! Tatot tak? 

Wish List Tahun Lepas.

Assalamualaikum. Aku memang ada masalah mengingat jalan yang kronik. Aku cuma tak mungkin sesat kalau nak pegi opis, pegi kelas, balik rumah Mak, pegi JJ dan pegi rumah Lulu. Kalau nak pi tempat2 yang tak biasa, aku memang sangat2 memerlukan co-pilot a.k.a yang bukan Ratu/Raja Sesat macam aku. Alah, tempat yang biasa aku pegi pun kadang2 aku sesat sedas dua. Paling tragik, tahun lepas dari Shah Alam aku nak pi Midvalley, tapi aku kena rempuh Selayang dulu amik Lulu then baru aku dengan jayanya sampai Midvalley. Dah, kena bahan dengan pilot kat opis aku sampai sekarang. Lulu memang penyelamat aku dari dulu.. Penah satu malam aku nak pi hospital Damansara. Lulu pulak ada kat Bangi sebab kursus. Jadi sebab aku tak nak sesat sampai KL,(sangat tak suka memandu di KL) aku pun offer Lulu teman aku. Jadi aku nak amik dia dekat Bangi dengan syarat kitorang bercakap jer dekat fon so Lulu boleh bagi direction. Lulu kata kena masuk exit Putrajaya. 'Masuk ke? Masuk ke?'  Aku tanya. ...

Antara Betul Dan Salah.

Image
Assalamualaikum. Pada aku jodoh itu bukan lah menemui seseorang yang kita rasakan betul dan tepat untuk diri kita. Tapi jodoh ialah apabila ianya datang pada masa dan keadaan yang betul. Kerana setiap orang boleh berubah menjadi lebih baik atau lebih buruk. ps- Terpulang kepada kita untuk memastikan kebahagiaan terus berkembang dalam sesebuah perkahwinan. Yang pasti ia memerlukan usaha dari semua pihak. ps2 - Tidak perlu menjadi isteri terlebih dahulu untuk memberi buah fikiran kepada seorang isteri yang lain. Tak kan lah perlu menjadi seorang pembunuh kucing baru boleh menasihati seorang pembunuh kucing?

Bersendiri.

Image
Assalamualaikum. Ada kalanya hidup kita yang hampir sempurna ini akan diuji. Tapi bukankah kita telah dijanjikan bahawa ujian itu hanya yang mampu kita hadapi? Bersabarlah. Jika terasa bersendiri, ingat Allah sentiasa ada di sisi. ps - i'm with u Anya.

Tahun Baru. Perangai Lama.

Image
Assalamualaikum. Tak usah meletakkan azam yang terlalu tinggi setiap kali tahun baru. Azam bukan tiap hujung tahun, patut ada keinginan nak buat sesuatu yang lebih baik setiap hari. Ok lah, kalau nak ada azam tiap hujung tahun pun boleh juga. Dengan syarat kena betul2 buat dan amalkan. Azam aku tahun lepas nak datang opis ontime atau awal sikit. Aku anggap azam tahun 2010 tu berjaya. Aku bagi 90/100 markah. Sebab ada juga aku terlewat datang seminit dua. Tahun ni azam kecik aku, rahsia. Merbahaya nak dedahkan. Takut terkena sabotaj. Haha. Azam besar aku dah illustratekan. Wish me luck. Fasa 1 Fasa 2 Fasa Akhir ps - Tahun 2010 : tahun meninggalkan dan ditinggalkan. Hmmphh.