Posts

Hijrah, Khairul Fahmi Che Mat Dan Hijrah.

Image
Assalamualaikum. Selamat Tahun Baru 1433 Hijrah. Jangan memasang angan-angan yang baru jika yang tahun lepas pun belum tercapai. E'eh. Cakap orang, aku pun sama. Cita-cita tahun lepas semua bersangkut paut dengan takdir. Siapalah kita hendak melawan ketentuan takdir, ye dak. Jadi, teruskan saja berusaha yer. Sekurang-kurangnya azam tahun 2009 aku masih on going dan maintain lagi iaitu 'beli 1 buku setiap bulan'. Alhamdulillah. Buku bulan ni aku beli 'Sabda-Sabda Nabi Muhammad SAW - Daripada Hadis-Hadis Pilihan.' Jadi aku nak share. "Orang Muda", (Nabi SAW bersabda kepada Abdullah Ibnu al-Abbas R.A) dengarkanlah beberapa perkataan nasihat : Sentiasalah ingat akan Tuhan, maka anda akan dilindungiNya; Sentiasalah ingat akan Tuhan, maka anda akan dapati Dia berada bersama anda; Sekiranya anda mohonkan sesuatu, maka pohonlah kepada Tuhan; Kiranya anda mencari bantuan, carilah bantuan daripadaNya. Ketahuilah bahawa sekiranya kesemua orang berkumpul dan ...

Jingoisme VS Jenglot

Assalamualaikum. Jingoisme ialah Sikap (pandangan, fahaman dsb) yg terlalu mengagung-agungkan kekuasaan atau kehebatan negara sendiri, dan menyokong dasar peperangan terhadap negara lain: maka lahirlah ~, iaitu aliran fahaman yg boleh membawa kezaliman kpd kumpulan lain. Jenglot ialah Hantu, entiti, makhluk, rupa buruk. Jahat? Ini macam amalan Jingoisme boleh dapat kat FB Sokerleaks sempena game penting malam ni. Serupa Jenglot yang berfahaman Jingoisme pulak boleh dapat dekat opis aku. Malas nak ulas. Heheh. ps - Jangan nak gigit kompeni lebih2 dekat orang luar, tak membina langsung. Gigit la dekat bos-bos, pengurusan tertinggi, MBJ supaya perubahan yang baik boleh dibuat. ps- Kompeni dah bayo elaun tambahan tu, sila kerja keras sikit. Jangan nak menggigit je keja. ps- Perangai serupa penyokong Indon Garudadaku. ps - MALAYSIA Boleh!

Sakit Hati Penyebab Gemuk.

Assalamualaikum. Tadi ada budak baik cakap kenapa aku nampak kurus hari ni. Aku kata sebab aku pakai baju corak tegak2. Aku tak nak la riak kan, sebab lebih jujur kalau aku terangkan apa yang dia nampak tu ilusi je, sedangkan hakikatnya berat aku turun 20.78 gram jer. Haha! Aku rasa betul la sakit hati boleh buat gemuk manakala makan hati (ni pepatah) boleh sebabkan kurus. Tapi bergantung kepada tahap metabolisme badan masing2. Macam ayat jual pil pelangsing. Penipu kan. Lepas tu siap kata 'tak perlu diet, boleh makan makanan kegemaran tapi perlu buat senaman'. Haha! Siapa suruh percaya kan, padan muka korang dan aku juga. Jangan malas sangat la, bawak2 la bersenam dan time makan tu jangan la macam ada belaan. Ecewah, pandai cakap. Tak kira la, kalau nasihat yang baik tu ikut jer la. Suka sangat membangkang yer. Tapi aku lagi suka kalau orang fikir, orang yang semakin bertambah berat badannya tu adalah orang yang semakin senang hati dan rajin. Rajin masak contohnya. Hahaa! ...

Cerita Pengorbanan

Assalamualaikum. 10 Zulhijjah kita sambut dengan pelbagai erti pengorbanan. Allah telah turunkan kisah pengorbanan antara Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail untuk kita ambil pengajaran darinya. Allah juga telah turunkan pelbagai ujian kepada kita, hambaNya yang lemah agar kita memperkuatkan iman, kuatkan hati, kuat berfikir dan kuatkan semangat kita. Semoga apa juga yang berlaku, apa jua pengorbanan yang telah kita buat dan juga yang terpaksa kita korbankan pada masa akan datang adalah semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah dan diberi ganti yang lebih baik oleh Allah kepada kita jika tidak di dunia, di akhirat kelak. Insyaallah. 

Malas, Rajin, Malas, Rajin.

Image
Assalamualaikum. Malas update blog, tapi rajin baca blog orang. Hari-hari dosss. Hehehehh. Punyalah melantong, gua punya 30 days challenge pun baru sampai hari ke-9? Starlight dahi masing2. Sebab maruah, terus nak jawab challenge day-10 iaitu 'YOUR CURRENT RELATIONSHIP, IF SINGLE, DISCUSS HOW SINGLE LIFE IS. Cet! Tak habis2 nak hina aku yer dunia ni. Hahahaaa!! Apa ada hal, aku jawab sekarang. Okay, life is great. I am a great singlerian. Amboi bahasa. Suka hati aku? Marah PPSMI. Yang sucks nyer, aku selalu ngadu pada Lulu - 'Owwhh Lulu, kadang2 aku terfikir, sampai bila aku nak tido atas tilam ni..aku teringin ada katil tiang tinggi yang aku boleh tukar cadarnya tiap minggu (jangan nak bajet aku pengotor pulak yer, aku ni cuma pemalash sikit jer). Yang bestnya, banyak weh. Boleh bangun pagi, gosok gigi cuci muka pegi mandi pakai baju pegi kerja, sarapan nya di ofisssss...(ni kena baca dalam intonasi lagu bangun pagi gosok gigi..bla bla) Tak de lah kocoh2 ban...

Atok Kena Tembak.

Image
Assalamualaikum. Setiap kali balik kampung jenguk Opah, Mak akan cerita sejarah silam masa mak kecik2 dulu. Mak akan tunjuk sungai mana Mak mandi, kebun mana Opah toreh getah, jalan mana Mak lalu bila pergi sekolah. Lebih realistik bila Mak dapat buktikan kata-kata Mak bahawa masa Mak kecik dulu, Mak memang susah. 'Opah kau naik basikal pegi kebun getah. Cuba bayangkan berapa jauh rumah Mak masa tu. Pukul 3 pagi Opah dah keluar menoreh. Mak pernah ikut sekali dua ja. Isy tak tahan dengan penat, nyamuk. Opah pulak ibu tunggal. Susah dulu2...' 'Dulu mana ada merasa makan ikan laut ni semua. Makan ikan kadang2.Kalau sekali sekala dapat makan ikan sungai, sukanya lah. Itupun lampam aje lah buat pekasam.' Ya Allah,aku sekarang bawak Mak naik kereta ja pegi tengok dusun Mak yang dulu tempat Opah toreh getah. Dalam 20 minit sampailah. Jalan berturap. Bayangkan Opah kayuh basikal dulu.. Ya Allah, sedangkan aku masa kecik2 dapat makan macam2. Ikan, ayam kambing, lembu, itik...

Hadiah Untuk Birthday Kamu - Nah!

Image
Assalamualaikum! Hari jadi kamu bakal menjelang tiba. Sebab kamu selalu usaha jadi kawan baik saya, selalu ada bila saya perlukan kamu, selalu cuba memahami perasaan saya, selalu kutuk saya, keji saya, puji saya, marah saya, sayang saya? ambik berat tentang saya dan selalu ingat pada saya maka saya masih berfikir2 hendak beri kamu hadiah apa sempena hari jadi kamu. Kamu tengoklah. Bagitau saya kalau ada yang kamu suka.   Kalau kamu rasa kamu kategori 'intelectual'. Lighted Magnifier For Menu Reading Handheld Electronic Sudoku Games Journal For World Travelers Kalau kamu rasa kamu kategori 'hipster'. Shadow Wall Art Candle Jazzy Oxford Shoes Instant Camera For Shutterbugs Kalau kamu rasa kamu kategori 'fitness and health nut'. Nike + Sport Watch GPS Go Fit Ultimate Pro Gym In A Bag Electronic Massagers For Office Seats Or Car Atau kamu 'geek'? Angry Birds Toy And Gear Projection Alarm Clock Harry Potter Quiditch Helmet ps - Selamat...