Posts

Rabiulawal.

Assalamualaikum. Seseorang yang istimewa lahir pada bulan ini, Dia juga diambil penciptanya pada bulan ini, Yang tinggal adalah kasih sayangnya yang subur sepanjang zaman, Ajarannya, sabdanya, kisah perjuangannya dan segala-galanya tentang dia. Ya Allah, biarkan hati ini tetap rindu, Biarkan jiwa ini sentiasa tercari-cari, Izinkan diri ini bertemu dia, Demi syafaat, demi cinta, demi rindu. Aku rindu padamu, Ya Rasulullah. ps - Bacalah selawat 'Allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala aalihi wa as-haabihi ajma'iin.' Maksudnya, "Ya, Allah, kurniakan pujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat beliau." ps - Kisah Rasulullah SAW

Tajuk Tak Payah Nak Gempak2 Sangatlah..

Image
Assalamualaikum. Semalam hati ini tak dapat ditahan-tahan lagi. Baucar Buku 1 Malaysia yang terselit di dalam dompet murah aku seakan-akan minta ditebus. 'Inilah masanya, inilah masanya', getus hati aku. Selepas mengetik kad perakam waktu, berasap-asap mobil kecilku menyusur jalan raya menuju toko buku. Sampai di sana, meleleh-leleh air liur. Ghairah melihat kedai buku. Liar mataku mencari pembantu kedai. Tak ada pula kecuali petugas kaunter. Aaahhh! Aku terus menuju ke bahagian stationary. Aku capai benda alah yang aku idam-idamkan sekian lama itu. RM29.90. Hehehhh..Jimat duit aku kalau aku boleh beli guna baucar. Tetapi aku tidak gelojoh. Aku terus ke kaunter. 'Dik, yang ni boleh guna baucar?' Aku buat efek mata bersinar untuk cuba menarik aura positif.  'Tak boleh. Cuma boleh beli buku dan stationary yang ada label notebook atau notepad ja, Kak. Majalah pun tak boleh. Novel terhad untuk satu ja bagi setiap baucer RM50'. kata Adik tu. Aku berlalu longlai. O...

Sajak 'Sila Berurusan Dengan Senduk'

Assalamualaikum. Oh Customer always right! Kalau kau bisa seperti Indonesia Bisa, Menganggap diri kau sentiasa 'customer always right', Kau perlu bisa berfikir juga, Adakah kau berurusan dengan monyet? Atau engkaukah yang berkelakuan seperti monyet? Janganlah engkau nak always right sangat, Sebab bukan semua benda kau always know, Sekali sekala cubalah percaya, Customer sometimes get it wrong. Sekalipun kau hendak mempertahankan kau punya right, Kau minta lah dan buatlah dengan cara seperti kau berurusan dengan MANUSIA, Barulah kau akan dilayan dengan lebih baik sebagai MANUSIA Manusia yang pandai kecik hati bila kau cakap dia tak pandai buat kerja, Manusia yang tahu marah bila kau tuduh dengan fakta yang salah, Manusia yang tahu geram bila kau tak faham apa yang dia cakap, Manusia yang tahu fade-up bila kau asik nak cepat sedangkan kau tahu kau kena sabar, Kau kena menunggu, Menunggu sampai masalah yang kau ciptakan itu, Dapat diselesaikan. ps- Bila kita berurusan di mana-...

Multi Tasking

Image
Assalamualaikum. Bagi aku multi tasking tu ialah kalau kita mampu layan internet, 'dengar' game N.Sembilan vs Selangor dekat tivi dalam keadaan berbengkung (dengan sapuan krim pati halia di dalam). Idola awang-awang hitam di Malaysia. Dan supporters NS jugeeee. ps - Multi tasking tu bagus, tapi adalah menjadi satu kerugian jika kepakaran seseorang itu tidak digunakan pada tempat yang sepatutnya yang menyebabkan sumbangannya menjadi kurang. 

Pengomen (Apakah)

Assalamualaikum. Kalau aku baca blog orang, aku paling suka baca comments. Lagi2 blog politik. Sebab dekat blog politik jer aku boleh hilang stress. Sebab aku rasa orang yang comment dekat blog politik tu tabah2, hati kering, jujur dan dalam tak sedar diorang hiburkan hati aku dengan comment diorang yang lawak2. Apa nak stress sangat pasal isu politik? Politik tu sebahagian dari hidup dan apa jadi pun kita kena teruskan hidup. Heheh. Tadi masa blogwalking aku bukak blog Kak Senduk . Ada entry dia mintak pendapat readers macam mana nak hilangkan blackhead whitehead dia. Selain daripada jawapan tipikal putih telur dengan biore pore pack, mari kita lihat apalagi petua yang dicadangkan kepada Kak Senduk.. Hihi.  aeedy said... 1) tumbuk cili padi sambil duduk sopan bersimpun 2) kaut dgn 2 jari runcing gajah 3) sapu pada muka dan biar terkena mata juga 4) muka akan merah dan cantik jelita.. sekian.. sri sara semah camelia said... kak senduk mudah jerr.. 1..bahan..p...

Campur-Campur

Image
Assalamualaikum. Dasar pemalas update blog. Maaf, ini masalah hormon. Tiap kali ada cerita nak kongsi, dah cakap dah dalam hati 'nanti update kat blog'. Tapi, tu la kan..sapa suruh cakap dalam hati. 1) Kuasa Pengguna Aku sekarang boikot kedai-kedai makan yang jual makanan mahal tak tentu pasal. Contoh jual mee ala2 mee maggi harga 8 ringgit semangkuk. Konon kita kena bayar lebih sebab tempat makan tu cosy atau kedai tu terletak dalam shopping complex yang high standard. Boleh blah. Lagi satu aku tak faham sesetengah orang yang condemn Kedai Rakyat 1 Malaysia tu. Pada aku itu salah satu usaha yang baik. Macam aku, kalau setakat pencuci pinggan aku pakai cap pelik2 aja sebab murah. Asal bersabun dan boleh cuci pinggan. Lainlah nak cuci muka kan. Heheh. Sepatutnya kita ambik kesempatan terhadap kedai-kedai murah ni. Tengok apa barang yang kita boleh beli pada harga dan kualiti yang munasabah. Nak bangkitkan soal ingredient dan safety? Sila buat kajian terhadap semua baran...

Hijrah, Khairul Fahmi Che Mat Dan Hijrah.

Image
Assalamualaikum. Selamat Tahun Baru 1433 Hijrah. Jangan memasang angan-angan yang baru jika yang tahun lepas pun belum tercapai. E'eh. Cakap orang, aku pun sama. Cita-cita tahun lepas semua bersangkut paut dengan takdir. Siapalah kita hendak melawan ketentuan takdir, ye dak. Jadi, teruskan saja berusaha yer. Sekurang-kurangnya azam tahun 2009 aku masih on going dan maintain lagi iaitu 'beli 1 buku setiap bulan'. Alhamdulillah. Buku bulan ni aku beli 'Sabda-Sabda Nabi Muhammad SAW - Daripada Hadis-Hadis Pilihan.' Jadi aku nak share. "Orang Muda", (Nabi SAW bersabda kepada Abdullah Ibnu al-Abbas R.A) dengarkanlah beberapa perkataan nasihat : Sentiasalah ingat akan Tuhan, maka anda akan dilindungiNya; Sentiasalah ingat akan Tuhan, maka anda akan dapati Dia berada bersama anda; Sekiranya anda mohonkan sesuatu, maka pohonlah kepada Tuhan; Kiranya anda mencari bantuan, carilah bantuan daripadaNya. Ketahuilah bahawa sekiranya kesemua orang berkumpul dan ...