Posts

Apa Khabar Adik-Adik

Assalamualaikum ya.. Apa khabar semua? Ada baik? Gaji ada naik? Hahaaaa! Bukan tak sudi nak update akan tetapi ada kekangan yang terkangkang-kangkang makanya faham-faham ajalah. Ini dulu buat sementara waktu. Panjang umur berjumpa lagi. Apa? Entri sampaahhhhh kata kauuuu? Ko ada? Hahaaaa!!

Putry Qalesya

Image
Assalamualaikum. Aku meniarap di samping Qalesya. Cuba bermanja-manja dengan dia. Maklumlah, Qalesya ni agak diva sikit perangai dia. Hanya orang tertentu saja yang bisa mendekati dia. Qalesya belek2 gambar yang dirompak dari beg abang dia, Atak. Aku : 'Uuu Echa,cantik..cantik..' Aku tunjuk-tunjuk gambar pasir berwarna yang dia pegang. Gambar tu gambar pemandangan kapal layar atas laut. 'Ini apa?' Aku tanya sambil tunjuk gambar matahari. Qalesya : Chan. (Sun) Aku : 'Pandaii...ini apa?' Aku tunjuk gambar burung. Qalesya : Bird Aku : 'Ini?' Aku tunjuk pada air laut warna biru. Qalesya cakap-cakap bahasa tinggi. Maknanya dia tak tahu. Aku beritahu dia, 'Ini sea.' Aku ulang-ulang supaya dia sebut ulang-ulang.  Aku : 'Ini awan.' kata aku sambil tunjuk pada gambar awan. 'Awan, cloud. Awan apa? Awan cloud.' Aku ulang. Qalesya : 'Awan nano (dalam pelat) Aku : "Bukan, awan cloud.' Qalesya : Nanooo. Aku : Clooouuudddd. Biar b...

Sexy Sunday.

Image
Assalamualaikum. Dengan insiden ampaian runtuh segala, spagetti goreng mamak membuatkan diri terasa lebih sesuai menceburi bidang surirumah tangga. Hoih-hoih. Ting! Rotate.

Berjalan Dan Jatuh.

Image
Assalamualaikum. Oh yes. Baru-baru ni pegi berjalan dengan kawan-kawan dekat shopping complex baru dekat Shah Alam. And yes, aku jatuh terjelepuk di khalayak 'beberapa orang strangers' sebab leka berborak guna handphone dan tak perasan lantai tu macam bertangga sikit . Malu? Oh yesss. Hahaaa! Tapi apa nak buat kan..hidup mesti diteruskan. Bak kata kawan aku yang menyaksikan kejadian penuh keintiman tersebut 'siapalah yang tak pernah jatuh depan orang ramai..' So..sapa-sapa yang tak pernah lagi jatuh depan orang tu..jaga-jaga haaa.. Nak share satu benda menarik pasal Space U8 tu. Pujian patut diberi kepada pemaju, arkitek dan pihak-pihak terlibat yang sangat tidak berkira sediakan kemudahan surau bertaraf 5 bintang. Sangat selesa, luas dan menenangkan. Ini macam, baru perniagaan boleh maju. Hehehh.   Hoih-hoih. Tak reti aku nak pusing gambar ni. Nasiblah. Hoihh. Tak reti lagi. Ni tempat ambik wudhuk. (Ni dia rotate sendiri. Magic) Part ni best. Dalam surau ni, ...

Sejarah Telefon

Image
Assalamualaikum. Holaaa! Yer, hari ini masak spagetti lagi. Macam semalam. Hahaaa! Tapi I ada improvised sikit letak ikan bilis. So jadila spagetti goreng kampung gitew..U all tak ada kan? Haha! Dua tiga hari lepas masa outstation, pilot pasang Sinar FM. Time tu KE and gang bincang-bincang pasal apa handphone pertama yang kita pernah pakai. Bila dengar tu, teringat aku pada handphone pertama aku. Memang sentimental value. Masih aku simpan sampai sekarang. Tada! Jenama KYOCERA buatan Korea katanya. Ini lah  telefon pertama aku yang dibelikan oleh arwah ayah aku. Ayah belikan masa aku second year dekat ITM, tahun 2000. Masa kitorang tengah tengok2 handphone tiba2 telefon tokey tu berbunyi lagu Doraemon. Lepas tokey habis bercakap, ayah aku kata 'Tokey, saya mahu itu, macam awak pakai'. Tokey kata 'Aiyaa uncle, ini saya baru pakai 2 minggu, ini baru punya model, saya tak ada jual lo'. Lepas tu Ayah aku kata 'Kalau itu macam, kasi saya angkat lu punyalah'. Dan...

Brunch.

Image
Assalamualaikum. Holaaaaa!! Aku tak taulah sama ada brunch tu benar-benar untuk 'breakfast + lunch'. Sejurus membuka mata yang bundar, 'eh, dah tengahari?' maka bergegas melihat jika ada makanan telah tersedia. Of course lah hampa. Haha! Tengok peti ais, apa pun tak ada. Setelah membuat pemerhatian yang teliti maka terhasil menu yang cukup menyelerakan lagi menggemukkan serta mengenyangkan khusus untuk orang-orang bujang yang desperate nak makan akan tetapi sangat pemalas nak ke pasar membeli barang basah apatah lagi hendak ke restoran-restoran makanan bagi membeli makanan siap sedia. Mempersembahkan 'Spageti Bujang - Hapuskan Airmatamu, Banyak2 Berdoa Pelamin Anganmu Tidak Musnah. ps - Sonang jo masak eh. Den raso sodap jo. Den tak kisah pun tak sodap. Raso macam spageti carbonara pun ado, raso mee mamak pun ado. Hahahaa! Alhamdulillah, boleh tido.

Rabiulawal.

Assalamualaikum. Seseorang yang istimewa lahir pada bulan ini, Dia juga diambil penciptanya pada bulan ini, Yang tinggal adalah kasih sayangnya yang subur sepanjang zaman, Ajarannya, sabdanya, kisah perjuangannya dan segala-galanya tentang dia. Ya Allah, biarkan hati ini tetap rindu, Biarkan jiwa ini sentiasa tercari-cari, Izinkan diri ini bertemu dia, Demi syafaat, demi cinta, demi rindu. Aku rindu padamu, Ya Rasulullah. ps - Bacalah selawat 'Allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala aalihi wa as-haabihi ajma'iin.' Maksudnya, "Ya, Allah, kurniakan pujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat beliau." ps - Kisah Rasulullah SAW