Posts

Tribute - Aku Dan Kadet Itu.

Assalamualaikum!   Kali ni aku nak share satu lagi kira macam cerpen la hasil nukilan aku berdasarkan real story. Seingat aku, cerita pendek pertama yang aku karang tajuknya 'Pesan Pada Angin' yang aku tulis masa aku Form 2. Ada la dalam 10 helai kertas kajang bukan depan belakang. Watak utama dalam cerita tu aku letak nama 'Noy' sempena nama kawan aku Yon. Cerita dia, cerita sedih sebab aku buat cerita tu Noy akhirnya mati. Apa la. Hahaha!   Cerita yang ni pulak kisahnya kawan aku yang request aku tulis based on our experience as Cadet Navy Volunteer lebih kurang 14 tahun lepas dekat UiTM. So, i came up with this humble story. Enjoy reading and rate me. :) ********************************************************************************* Isnin, Pagi – Menara UiTM Pagi itu saya dan kawan-kawan ada misi penting. Hari ini hari terakhir untuk ‘daftar KO’. Kami tidak ada pilihan, perlu pergi ke HEP, Menara untuk daftar KO. Dalam bas, kami telah berbincang....

Mak Guard Dan T-Baton

Image
Assalamualaikum!   Tak pernah lagi aku share cerita aku sejak jadi Mak Guard kan? Hihii. Gila kau. Kerja aku ni sibuk, tauhu tak? Mana ada masa nak up entry jer. Ni kira aku rajin baru la boleh share cerita. Terima kasih la kepada yang tak sengaja bukak blog aku nih. Hahahaaa!!   Okay, minggu depan ni aku kena pi kursus Polis. Jadi opis aku sediakanlah macam-macam latihan. Satu daripadanya latihan T-Baton.   Untuk yang tak familiar apa dia T-Baton mari akak bawa anda mengembara bersama akak yer. (Maklumat akak dapat hasil google yaw. Kalau salah tolong perbetulkan akak yang gemuk lagi naif ini..)   T-Baton ni atau nama sebenar dia Tonfa Baton adalah sejenis alat mempertahankan diri Jepun yang boleh dipendekkan dan dipanjangkan. Lebih praktikal daripada cota. Banyak dah agensi yang gunakan T-Baton ni macam RELA, JPAM termasuklah PDRM. Mula digunakan dalam PDRM sejak tahun 2008 kalau tak silaplah. T-Baton ni sesuai digunakan untuk menangkis ancaman sen...

Cerita Bersiri Yang Best (Dulu-dulu)

Image
Assalamualaikum.   Dulu-dulu, masa zaman aku jadi Ratu TV ada cerita bersiri yang aku suka tengok. Genre aku bukan yang macam Awan Dania, Halimah Jongang ke apa. Aku ni serius orangnya. 1) La Femme Nikita. Ni cerita penyiasatan. Nikita ni kira protege penyiasat dia punya mentor nama Michael. Nikita ni asalnya jahat, drug addict dan terbunuh orang. Jadi ada agensi ni ambik dan latih dia untuk selesaikan kes-kes jenayah untuk tebus salah dia. Lebih kurang macam tu lah cerita dia. Gigih aku tengok setiap episod sebab aku tunggukan si Michael tu jer. Huahua. Michael. Comey dak Kak Toonn.     2) The X-Files   Ni aku rasa orang ramai tau. Aku suka jer cerita macam ni sebab aku percaya jer makhluk asing. Tagline dia pun 'I Want To Believe' gitu haa. Seperti biasa, dah tentu sebab Ejen Fox Mulder tu yang buat aku bertahan menontonnya. Huahua.     3) White Collar   Ni cerita ni baru lagi. Taste aku terhadap ejen-ejen pe...

Aku Akan Merindui Kamu - Kakak Ku.

Image
Assalamualaikum. Aku akan merindui kamu, Kakak ku, Kerana hati ini ada ruang tersendiri untuk kamu. Tak mungkin aku tidak menangis untuk kamu, Kakak ku, Kerana kita pernah menangis bersama. Tak mungkin aku lupa kamu dalam doaku, Kakak ku, Kerana aku mahu kamu bahagia di sana. Jangan takut Kakak ku, Anak-anak kamu yang kecil ini akan jadi dewasa, Akan kami ajarkan mengenal Allah, Akan kami ajarkan merindui kamu, Akan kami ajarkan mengingati kamu, Akan kami ajarkan memeluk kamu dalam pelukan hati mereka. Kakak ku, Maafkan aku kerana tidak menjadi adik yang paling sempurna. Kita akan bertemu nanti Kakak ku, Kita akan bertemu nanti di sana, Di satu daerah yang abadi, Aku bawa rasa rindu. ~ Al-Fatihah buat Kakak ku 24 Julai 1979 - 24 Mac 2013

Rahsia Kurus

Image
Assalamualaikum.   Saja nak share dekat sini macam mana aku hilang 10 kilo dalam masa 21 hari. Kejadian berlaku baru-baru ini. Yer, semasa aku di bumi Melaka Bandaraya Bersejarah ini. (Jeng..jeng..Jeng)   Sebelum tu sila patrikan (gila ayat macam nak tulis sajak) dalam otak prinsip-prinsip penurunan berat badan.   1) Tidak ada jalan singkat seperti - Tidak perlu berdiet, Tidak perlu bersenam atau hilang 5 kilo dalam masa sehari. 2) Tidak ada jalan murah iaitu langsung tak payah keluar duit walaupun 50 sen . 3) Tidak semudah dengan hanya meminum atau memakan formula 'magic' atau sekadar sapuan krim pelangsing terhebat. 4) Tidak dengan hanya memakai korset dan lemak terbakar. 5) Tidak semudah yang diwar-warkan. Hahahaa!   Dulu-dulu seingat aku, berat paling ringan aku pernah ada ialah 52kg. Itu suatu waktu dulu. Masa aku Tingkatan 5. Masa berganti masa, waktu berganti waktu aku masih ingat berat zaman pekerjaan ialah 75kg. Dan berat p...

'Nak Kawin Dengan Komando' - Pandangan Peribadi

Image
Assalamualaikum.   Dari dulu lagi. Aku dah pernah ceritakan kat sini pun. Sampai satu tahap, aku cakap pada Lulu 'Aku nak kawin dengan mana-mana jer badan beruniform kecuali BOMBA'. Hahaa! Tapi itu dulu. Masa aku masih mentah, dan tak kenal erti penyesalan.   Tapi sekarang, impian itu masih sama. Cuma impian itu punya landasan, sebab musabab yang tersendiri. Agak peribadi untuk dikongsi. Dan bagi sesetengah orang mungkin, 'INI SEMUA POYO!'   Tapi aku tak kisah. Aku tak perlu nak terangkan kepada semua orang mengapa dan mengapa. Betapa seriusnya aku hingga aku minta officemate aku kenalkan anak squadmate dia yang join military pada aku (please take note that aku sekarang minta orang yang jodohkan aku. Penat dah nak cari sendiri). And luckily, my officemate ramai yang ex-military and we have ex-komando here too! Auuukk!   Selesai bincang isu Sulu, one of ex-komando said this to me.   Encik : Dalam mencari jodoh ni, kita tak boleh memilih n...

Terima Kasih Part 1

Assalamualaikum.   Hari ini nak ucapkan TERIMA KASIH. Ucapan yang tertangguh. Juga tidak terlafaz dek kerana hati terlalu rapuh pada waktu tu. Sekarang, aku tunaikan. Janji yang aku simpan sendiri.   To All My Sistas, U know who U are. Roro, I terharu bila U masih ingat baju apa yang I pakai waktu datang interview. It was 7 years ago and I dont realize that I'm being so outdated. Haha! Biar kita kenal tidak lama tapi persahabatan ini sangat bermakna buat saya. Saya tak akan lupa setiap yang kita lalui bersama. Ketawa dan menangis juga bersama. Sebagai bos dengan pekerja. Sebagai kakak dengan adik. Terima kasih atas ilmu dan pengalaman yang sangat bernilai. Terima kasih kerana selalu menjadi pendengar yang setia. Biarlah apa juga orang nak kata, mereka tak akan faham kita selalu bersama kerana apa. Saya akan selalu rindukan masa-masa kita bersama. Sampai bila-bila.   Hunny Bunny, Bila terasa susah nak tido, saya akan ingat ...