Posts

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Image
Assalamualaikum. Aku bukanlah alim mana. Dan aku jugak tidaklah se arif mana. Jahil, dan masih jahil.  Seingat aku, aku mula pakai tudung masa darjah 4. Dari darjah 1 sampai darjah 3 aku pakai pendaform. Ke Spendaform? Pendaflour? Hahaa!  Alaaa..aku pakai lagi uniform sekolah yang skirt tu. Selamba jer. Dah la betis banyak parut kudis buta. Berkeyakinan sungguh. Ye la. Mana tau syahwat ke apa time tu. Tak paham lagi. Budak lelaki time tu pun bukan reti bab-bab gatal ni. Semua kisah nak main tutup botol, tepuk terup, jentik pemadam jer..... Tak macam budak lelaki zaman sekarang. Darjah 3 dah pandai beromen.......nauzubillah min zalik. Nak salahkan sapa tu? Fikir balik... Naik sekolah menengah seingat aku, aku pakai tudung on-off. Pegi sekolah, pakai. Pegi kedai tak pakai. Masa tu masih juga tak faham hal aurat yang sebenar-benarnya. Pakai tudung pun jenis skaf kecik 4 segi lipat hujung ke hujung jadi 3 segi. Bayangkan, dapat? Dapat? Alaaaa..yang macam Cikgu...

Dr. Love Lagi?

Image
Assalamualaikum. Sama gak. Saja jer nak cerita yang lawak-lawak. Ni bukanlah kesinambungan atau sambungan cerita. Aku pun tak nak ulas apa jadi selepas date langgar moto itu hari..Biarlah ia terus poyo di dalam sanubari ini..Apahal poyo sangat aku ni? Hahaa! Anggaplah kami ini dalam fasa perkenalan, ok. Take it easy.  Kami orang ni memanglah tersangat kontra ok.   Dia tersangat beku, aku tersangat jeli. Dia tersangat kayu, aku tersangat romantik. Hahaaa! Yang elok-elok semua aku eh. Hahaaaa! Kelebihan dia, lain chapter aku ulas. Itu pun kalau aku kuasa. Heeeee. Baik kita cerita pasal aku yang tersangat advantage ni.  (Libas rambut).  Medium komunikasi kitorang ni memang SMS lah. Tak pun whatsapp. Tapi terkini FB Message. Sejak-sejak dia approve aku kat FB ni. Memantau ler tu. Ada satu hari tu, aku buat perangai. Merajuk tak tentu hala. Lama jugak tak bertegur. Tapi tak lebih 3 hari la. Sebab berdosa kan putuskan sillaturrahim. Gitu. Heeeee. Bila dah ...

Permata Yang Hilang Dan Kamasutra.

Image
Assalamualaikum. Hahaaa! Bodo.  Kalau yang lahir tahun 90-an ke atas memang tak akan faham kenapa aku gelak sorang-sorang. Tapi kalau yang veteran macam aku dan golongan klasik mesti teruja dengan tajuk yang aku nak bangkitkan ni. Hahaa! Cerita dia, bermula pada tahun 2000-an. Secara spesifiknya aku tak ingat bila tapi berlaku masa aku dekat lebih kurang semester 5 ke ntah 6 Diploma..time tu aku and the geng jalan-jalan dekat Kompleks PKNS. Biasa la student..PTPTN ada, keja asik nak makan McDonald aja. Tak pun Kyros Kebab.  Lepas makan-makan jalan-jalan la dekat BATA. Depan sikit ada satu kedai buku. Dia bukan kedai buku macam MPH ke apa. Buku tak banyak mana pun. Kalau ada pun jenis yang jarang-jarang kita nak baca macam 'Seksa Kubur', '10 Jenis Azab Neraka' dan yang seangkatan dengannya..tak jumpa nya I Love U Mr. Arrogant macam sekarang ni..Heeeee. Kitorang berenti kat situ saja nak tengok-tengok. Sekali tu Loli (semua nama kawan-kawan aku ni bukan...

Terung Dan Bendi Di Tempurakan.

Image
Assalamualaikum. Weyh. Lama jugak aku tak up cerita memasak aku yer. Apa? Ingat aku ni pemalas sangat ke? Pemalas sikit adalah. Hahaaaa! Sebenarnya, dalam tempoh ini (ececeeeehhhhh) aku masak tau. Itu hari aku masak favourite dish aku buat pertama kalinya iaitu Laksa. Aku siap bagi kat student aku lagi. Komen student aku 'Ok Miss, sedap tapi kurang masin.' Heheeee. Kat student aku berani la bagi rasa..kat budak opis aku, jangan harap...hahahaa!  Paling kerap aku masak akhir-akhir ni ialah Maggi Chef perisa Tomyam tu. Walawehhhhh. Lepas bertahun aku tak makan maggi, sejak balik PULAPOL aku makan balik. Ni semua PULAPOL punya pasal. Kuang ajaqqq. Tapi maggi aku bukan standard normal tau yang style rendam dalam air panas je. Aku masak guna dapur. Aku siap bubuh telur, fishball dan macam-macam lagi. Kira standard premium la.  Nak jadikan cerita, Bos aku kat opis suka berkebun. Kat opis kitorang ada pokok sawi, cili. Semua dia tanam. Kat rumah dia pulak lagi macam-...

Rutin Malam Jumaat

Image
Assalamualaikum. Tajuk memang. Abaikan aja. Yang sebenarnya aku nak imbas sikit kenangan aku masa dekat opis lama tiap kali hari Jumaat. Jumaat ni sebenarnya hari yang best kalau kerja. Selain hari yang Allah janjikan banyak pahala (itu pun jika kau tahu bagaimana nak kutip dan mendapatkannya) hari Jumaat kalau dekat pejabat kerajaan kau paling tak sabar nak tunggu pukul 12.15 tengahari. Hihii. Mari aku kenalkan watak-watak utama dalam hidup aku masa kat Shah Alam dulu. 1) Kak Roha - Pemutus kata di waktu semua buntu nak buat keputusan dan kadangkala pemiutang. Hihi. 2) Dila - Pencadang utama 3) Kak Mid - Pengikut dan kadangkala diperlukan untuk membuat keputusan muktamad 4) Yah - Pencadang sampingan 5) Kak Zura - Penghibur 6) Syika, Od, Cikin dan lain-lain lagi - Pengiring dan pelawak 7) Aku - Pemandu. Itu je jawatan yang aku dambakan. Aku tak suka fikir nak makan kat mana. Hahaa!  Selalunya time sarapan lagi Dila dah ingatkan konsep lunch Jumaat kitora...

Dr. Love

Image
Assalamualaikum! Poyo! Hahaaa! Saja nak share cerita2 lawak. Aku ni kalau ikutkan takde la banyak nau pengalaman putus cinta..ada la setakat 78 kali..hahahaa! Tipu jer. Ada la sikit.. Baru-baru ni, kawan aku introduce aku dengan kawan dia. Untuk mengisi kekosongan hati aku ni katanya..hihii..Ye lah, orang nak kenal kita tak kan kita nak sombong2 pulak kan..nak jadikan cerita, mula2 SMS jeww. Pastu main tipon-tipon pulak..hihi..Basically, mamat ni okayla..dia buat aku rasa selesa sangat bercakap dengan dia..kitorang sembang macam dah lama kenal and i think that was a good sign to know him further..senang cerita mamat ni dengan aku sama jer iaitu POYO! Hahaha! Di pendekkan cerita seperti di bawah.. Sekali tu hari ke-7 kenal dia tu ajak jumpa. Ye la, tengok rupa pun kat whatsapp icon jer. Guna camera 360 pulak tu. Hahahaa!  Ceeehh. Kalau ikutkan, kali terakhir aku dating rasanya 2 tahun lepas kot. Ni pulak nak jumpa stranger. Tapi aku kan pencinta profesional..so,...

Di Sebalik E-mail Address

Image
Assalamualaikum. Kala ini sedang di dalam kelas. Kawan sedang buat presentation di hadapan, aku merapu-meraban di belakang. Maafkan aku, kawan. Tapi body gesture aku jaga. Muka pandang ke hadapan cuma jari jemari saja main peranan. Haa boleh bah kalakauuu. Takde.  Everytime orang mintak email address mesti they all akan complaint yang apa ke benda lah kau bubuh address yang macam mintak penampar jer nak sebutnya. Tapi hari ni, ada orang tanya aku 'apa makna add kau ni?' Mak aihhh terharu terus. Hihiii. Well, begini kisahnya.  Berbelas tahun yang lampau, suatu waktu aku di alam persekolahan dan begitu teruja dengan teknologi e-mail telah mentakdirkan aku untuk membina e-mail persendirian. Apabila sampai ke arahan menetapkan 'username' yang terpahat di dalam minda adalah wajah pujaan hati aku - motor rider - Norifumi Abe. Aku bukanlah ikut sangat cerita pasal dia, tapi lebih kepada cinta pandang pertama. Dari situ, terciptalah  email address aku sebag...