Posts

Cracker Cheese Cake - Minum Petang.

Image
Assalamualaikum! Sejak akhir-akhir ni, aku teruja memasak. Tapi yang senang-senang aja lah.. Kalau ada resepi yang tak perlu kan aku ke dapur, lagi semangat aku nak cuba. Hahaaaa! Lempang kang. Kategori dessert atau menu minum petang yang aku tau ialah cekodok dan lempeng sahaja. Selepas tu, aku ada buat triffle sekali dua. Resepi aku campur-campur sumber dari internet. Dan baru-baru ni aku ada buat cheese cake resepi dari blog Namee Roslan . Menjadi la jugak. Dengar cerita, siap ditapau oleh Mak Mentua kakak aku. Kembang hidung sekejapan. Heee.  Semalam masa sibuk lagha kat FB, keluar newsfeed pasal resepi Cracker Cheese Cake. Sebenarnya aku ni tidaklah hantu cheese sangat. Tapi aku suka masak benda yang senang-senang. Sekali tengok bahan dan cara buatnya macam kekacangan jer. So, aku pun google lah resepi dia. Memang banyak versi. So dah pasti versi terkacang dan terjimat menjadi pilihan aku. So pemenangnya ialah resepi dari Cik Epal Yang Semakin Kurus Nih.  ...

Malam Pertama Aku.

Image
Assalamualaikum! Tajuk bajet nak cari traffic. Hahaaa! Padan muka. Aku nak cerita pasal malam pertama aku kat hospital laa. Pertama kali dalam hidup aku tidur hospital sebab diri sendiri sakit kalau tak silap aku tahun 2006. (Dah tua bangka aku time tu. Alhamdulillah.) Sebab admitted ialah kerana demam denggi. Sebenarnya aku tak sedar pun aku demam denggi. Tiga, empat hari sebelum aku admitted wad, aku demam teruk. Demam yang kepala berat, urat-urat sakit, sendi sakit. Sejuk menggigil-gigil. Tapi demam tu satu malam jer. Lepas telan Uphamol dengan Panadol bagai, esoknya aku sihat walafiat. Lepas 3, 4 hari tu ada naik bintik-bintik kat tangan aku. Tak rasa gatal ke apa. Tu pun CC kat opis aku yang tegur. Ni napa ni tangan ni bintik-bintik. Ditekan-tekannya tangan aku, bintik tu jenis bawah kulit. CC tu diagnosed aku denggi. Haaaaa. Hebat tak ketua kerani opis aku time tu..Hahaaa! Sebab dia berpengalaman la kot..dah bersara dah CC tu..memang baik dia..siap dia arahkan driver...

Mencari Ramli.

Image
Assalamualaikum. Ramli mana pulak yang aku cari. Hahaa! Setahu aku Mencari Ramli ni dah jumpa pun Ramli dia. Ni ulangan la ni dok tayang. Sekali tu Akim AF ni tanyala apa kriteria 'Ramli'. Lawak jugak bila ada yang jawab : 'Ramli tu mesti lah berbadan gempal dan tinggi. Dan yang paling penting hensem.' Lahaiii. Ini macam, sampai bila-bila pun bola sepak negara ni tak berkembang. Apa Ronaldinho tu hensem bangat ke? (Aku bukan mengutuk yer. Dia hensem apa, tapi bangat ke? Ke? Hahah!) Tu Piya player Kelantan tu tinggi bebeno ke dia? Rendang dan kecik molek jer aku tengok dalam tivi. Banyak kriteria pemain bola sepak yang berjaya ni. Macam-macam aspek. Aku rasa yang utama ialah skil. Beckham tu dapat skil dia sebab main bola sejak dari kecik. Practice make perfect gitu. Lepas tu disiplin. Disiplin berlatih, disiplin kecergasan, disiplin makan, rehat, tido, tak ambik dadah, dengar cakap coach.  Ah malas la aku nak cakap pasal ni lagi. Aku bukan tau sangat ...

Jenis-Jenis 'Student Universiti'

Image
Assalamualaikum. Sebabkan kerja Akak Mak Guard, tiap-tiap hari Akak berurusan dengan student. Jadi, Akak rasa Akak antara yang layak menghuraikan tajuk di atas. Sekadar perkongsian, siapa 'butt hurt' tanggung sendiri. Satu. Pelajar sedang belajar jadi terpelajar. Pelajar : Assalamualaikum Cik. Maaf nak tanya. Saya kena saman sebab parking kereta dekat petak staf. Tapi sebab saya nak cepat tadi. Saya mintak maaf banyak-banyak. Saya tau saya salah, boleh ke saya dapat pengurangan saman? Saya tak ada duit. Ni tinggal lima ringgit. Malam tadi makan megi jer. Esok kena pegi trip fakulti. Lusa, bla bla bla. Mak saya ...Ayah saya...bla bla...saya...bla bla. (Krik krik) Aku : Ok. Saya boleh bagi pengurangan sebanyak ni saja. Selepas ni tolong pastikan letak kenderaan di tempat yang dikhaskan untuk pelajar saja. Jangan ambik hak orang, nanti Allah ambik hak kita. Okay?  Dua Pelajar Keliru Antara Benar Dan Salah. Pelajar : Saya balik kolej nak ambik barang. Saya ...

Rozita Che Wan VS Mak Guard

Image
Assalamualaikum. Esok raya Cina. Korang pulak beria balik kampung sampai jammed jalan semua? Haaahaa!  Ala, aku pun sama jugak. Tapi aku balik esok. Kesah sangat korang kat aku. Hahaa!  Semalam aku baca kat blog Beautifulnara tajuk lebih kurang 'Rozita Che Wan Nak Hadiahkan Zain Anak'. Lebih kurang laa. Bila baca tu, aku macam terpana seketika. Apakah ini?  Ni pandangan aku berdasarkan pengalaman sendiri dan orang lain. Boleh jadi betul, boleh jadi salah.  Sebenarnya perkahwinan ni perlukan niat yang betul. Allah tak janji, dengan berkahwin kau tak kan kena madu atau memadukan. Sebab Allah nak uji. Allah tak janji dengan berkahwin kau confirm dapat suami/isteri yang solehah.  Sebab Allah nak uji. Allah tak janji dengan berkahwin kau confirm dapat anak. Sebab Allah nak uji. Tapi Allah janji dalam setiap perkahwinan itu ada rezeki. Duit, rezeki. Sihat, rezeki. Bahagia, rezeki. Anak rezeki. Yang penting usaha. Jadi, di man...

Tips Kurus - Kononnya..

Image
Assalamualaikum! Pertama sekali..aku tertanya-tanya juga samada perkataan 'konon' tu memang ada. Hahaaa! Ada kot... Okay, semua tahu cara makan yang sihat ialah separuh pinggan mesti sayur. Separuh ok, bukan suku atau sesenduk. Orang yang normal macam aku akan taruk barang sesenduk saja. Anda bagaimana? Hahaa! Sayur ni penting sebagai sumber vitamin dan serat. Bila khasiat sayur masuk dalam badan, barulah khasiat dia pegi dekat usus, darah dan akhirnya kita akan cantik. Boleh macam tu? Hahaaa! Percaya cakap aku buat apa. Aku bukannya pakar nutrisi. Aku seorang Mak Guard sahaja..Hahaaa! Senang cerita, 'you are what you eat'. Makan lemak banyak, kumpul banyak lemak. Makan minyak banyak, muka banyak minyak. Makan nasik banyak lepastu malas senam, gemuk macam badak. Hahaaa! Bagaimanakah caranya untuk memaksa diri anda untuk makan : 1) Sebatang carrot saiz besar 2) Sebatang timun jepun saiz sederhana 3) Separuh labu cauliflower (kobis bunga) saiz...

Pantang Pisang.

Image
Assalamualaikum. Cerita dia, apakah dosa sesikat pisang disimpan di dalam peti.....ais? Hahahaaaa! Adakah tidak boleh? Adakah aku vongok? Hasrat nak makan sebiji pisang sehari bertukar kepada smoothies pisang + pear. Tukarkan masalah anda kepada sesuatu yang lebih sedap. Hahaaa! Lain kali bagitau la - simpan dalam suhu bilik. Hihii. ps - Masalah datang dan pergi. Besar dan kecik. Allah beri yang kita mampu-mampu saja.