Tribute - Punca

Assalamualaikum.

Kisah benar.

Hari tu di pejabat aku dapat panggilan telefon dari kakak. Dikhabarkan yang Ayah sakit perut. Lewat malam tadi dibawa oleh abang aku ke hospital kerajaan tapi doktor kata cuma keracunan makanan. Masuk air sebotol dan disuruh balik. Lewat sungguh berita sampai kepada aku. Marah ada, geram pun ada. Tapi mungkin niat abang tidak mahu menyusahkan adik-beradik lain. Ya, faham. Tapi, tolonglah. Ketepikan niat untuk menyusahkan. Yang penting hal kecemasan sebegitu perlu dikongsi segera. 

Mak kata Ayah mengadu masih sakit perut yang teramat sangat. Kasihan. Selepas bincang adik-beradik, kami hendak rujuk Ayah ke hospital swasta di Shah Alam, dekat dengan pejabat aku. Mujur Bos aku sangat bertimbang rasa. Dengan kebenaran dia, aku dapat pelepasan keluar untuk urus Ayah di hospital nanti. Terima kasih, Bos. Hanya Allah dapat balas jasa Bos tu.

Lebih kurang jam 10 pagi, Ayah sampai di hospital di bawa oleh abang ipar aku dan kakak. Mak pun ada. Sayu hati tengok Ayah. Jelas riak wajahnya menahan kesakitan. Perutnya bulat membesar. Semacam buncitnya. Ayah mengadu sakit bila terhentak-hentak dalam kereta. Ayah, kesian Ayah.

Bayangkan dari pukul 10 pagi membawa ke tengahari prosedur hospital yang bermacam-macam masih tak selesai. Jumpa doktor, pergi X-ray, periksa darah, tunggu result dan akhirnya lebih kurang jam 3 petang baru dapat berjumpa doktor semula. Doktor tunjukkan x-ray perut Ayah. Doktor terangkan bagaimana usus kecil Ayah membengkak dengan kemungkinan ada kebocoran pada ususnya. Doktor beritahu risiko sekiranya usus terus membocor. Dan doktor beritahu hanya dengan pembedahan saja boleh mencari di mana punca kebocoran usus. Hanya dengan pembedahan usus yang bocor boleh dipotong untuk mengelakkan ia meracuni badan Ayah.. Ayah..kesian Ayah..betapa sakitnya Ayah..muka Ayah pucat..Ayah tak berkata apa-apa. Hanya menahan sakit.

......

Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.