Benda Yang Ada Juga Orang Tak Tahu

Assalamualaikum.

Smart Tag - Darjah kecerunan  masa nak di halakan ke sensor tu hendaklah sama dengan kecerunan cermin yer. Ia memang direkacipta sebegitu rupa. Tajamkan la skill ambik kecerunan tu. Bukannya smart tag tu rosak ke hapa, kalau bateri high dan baki masih banyak. Tidaklah nanti mengundang sumpah seranah orang lain. Gitu.
 
Daki - Mengapa sarung tangan mandi (bath glove) tu dicipta? Sebab secara purata setiap orang membuang 1.5 juta sel kulit mati dalam masa sejam. Bayangkan kalau dalam setahun kita tak pernah sental badan. Berapa kilo la sel kulit mati yang menyumbang kepada berat badan kita sendiri. Ni aku ada terbaca dalam majalah. Bukan aku reka-reka. Sental jangan tak sental.
 
Colour blocking - Sekarang ni trend colour block tau. Jangan nak mengejek pulak orang pakai baju kuning tudung biru. Trend ok, trend!


Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.