Aku Adalah Aku. Ecewahh.

Assalamualaikum.

Aku dilahirkan dalam keluarga yang sangat mementingkan norma-norma ke'Melayu'an. Semua ibu bapa dalam dunia ni ada cara tersendiri dalam mendidik anak masing-masing. Dan aku percaya tak ada yang sengaja nak didik anak jadi jahat/buruk pekerti. Anak-anak yang berubah sebab banyak faktor. Pergaulan, ketegasan ibubapa, pengaruh media. Bermacam faktor.

Masa kecik-kecik kami adik beradik di larang guna perkataan yang pada hemah Mak Ayah aku adalah tak sesuai pada waktu tu. Sikit-sikit :

Makkkk, dia cakap Akuuu!
Makkkk, dia cakap Ba Alif Ba Yaaa!
Makkkk, dia cakap Gilerrrrr!
Makkkk, dia cakap Bodohhh!

Dan macam-macam lagi.

Masa aku sekolah menengah, mulut aku laser. Tak tau lah tahap mana. Tapi pernah aku dapat ucapan harijadi 'jagalah sikit mulut tu'. Hahaaa!

Masa zaman universiti, aku out spoken sampai semua orang tolak-tolak aku ke depan untuk suruh aku wakilkan bercakap dalam banyak perkara.

Masa zaman bekerja, aku masih out-spoken tapi ramai described aku as soft-spoken person. Uhh really?

See? Time has changed people. And it is our self to choose whether to be better person or to be defensive with 'inaccurate stand'.

Aku tengok sekarang ramai orang berkeras pertahankan pendirian berbanding pertahankan hukum agama.

Ambik contoh, kawan perempuan kepada kawan lelaki aku. (Nak jugak cakap pasal orang. Hahaa!)

Bila bercinta (baca dengan niat akan berkahwin), bercakap dengan boyfriend engkau aku, lu gua. Bajet sempoi konon takde hipokrit. Bila marah, habis hilang engkau aku, lu gua. Yang keluar ialah jantan betina. Nauzubillah min zalik.

Ni bukan sempoi. Pada aku, ni tolol. Ok, memang itu style masing-masing. Ikut selesa masing-masing. Dan aku masih reti dan  faham bila nak guna 'harsh word' untuk bergurau. And no one can describe 'respect' objectively.

Tapi aku nak tanya. Kalau dengan orang lain yang takde kena mengena dengan kita, kau boleh address dengan gelaran yang jauh lebih baik dan lebih lembut macam 'awak-saya, tuan-puan, kita-kita, saudara-saudari, you-i, kenapa dengan suami/isteri/anak/ibu/bapa/adik-beradik kau sendiri kau tak boleh guna perkataan yang baik-baik? 

Dulu, aku pernah pandang serong pada kawan aku yang bila bercakap dengan boyfren bukan main lembut ya amat sampai gigi pun lembut macam jeli. Hipokrit sangattt. Hahaa! End up, sekarang aku faham 'practise make perfect'. Alhamdulillah, dia dapat suami pun yang sangat baik budi bicara sampai segan kita dibuatnya. Dan anak dia pun very polite bila bercakap dengan orang walaupun masih budak lagi.

Ingat diri bila bercakap. Dengan siapa kita bercakap. 

Pada aku, bercakaplah dengan bahasa yang baik. Ikutlah syariat. Ikutlah adab. Tak kira kepada sapa-sapa. Sedangkan kanak-kanak pun ada hak untuk dihormati, ini kan kita yang dewasa.

Tak kan rugi. Dan ia hanya akan menambah rasa hormat.

Apalah guna hidup segalanya ada tapi tidak dihormati.

ps - Bezakan antara keperluan dan tanggungjawab. 
ps - Dalam blog ni, izinkan aku guna ganti nama Aku sebab aku umpama bercakap sorang diri. Hahaa!


Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Do's And Don'ts Semasa Berpantang