Posts

TRIBUTE - TERLANTAR

Assalamualaikum.   Ayah duduk di atas kerusi roda. Tunduk. Emak juga ada di sisi. Juga memandang kosong.   'Doktor, berapa kos kalau hendak buat operation di sini?' 'Lebih kurang 20 ribu.' Dr. Lukman menjawab lembut. Memandang aku dengan riak simpati.   Sepi. Aku juga sepi. Ya Allah, anak-anak mahu berikan rawatan yang terbaik buat Ayah. Tapi di mana pula hendak cari 20 ribu? Pada saat ini aku tidak sanggup memandang wajah Ayah. Tidak sanggup dan tidak mampu untuk mengangkat muka.   Adik beradik aku tidak ada yang bekerja kerajaan. Cuma aku saja, itu pun separuh kerajaan. Kepala aku mula sakit. Serabut. Mula berfikir-fikir apa benda yang boleh aku gadai atau jual. Mula terbayang-bayang wajah orang-orang yang berpotensi menghulur pinjaman. Ya Allah...    'Takpe, kalau hendak saya tolong referkan pada hospital kerajaan saya akan telefon ke hospital yang terdekat.' Doktor bersuara seolah-olah faham kemelut yang berperang dalam hati ...

Petua Menghilangkan Kesan Turun Warna Pada Tudung Raya

Image
Assalamualaikum.   Ewaahhhh..beraya sakan nampak? Berat berapa naik? Hahahaa!   Nak jadi cerita, masa nak sambut ambang Syawal baru-baru ni aku pun sebok-sebok macam orang lain beli baju raya. Dah beli baju raya kena la beli kasut raya dah beli kasut kenala beli tudung raya seterusnya kuih raya kemudian langsir raya lepastu sarung kusyen raya dan akhirnya peruntukan duit raya pun takde. Maaf adik-adik.   Sebab keghairahan melampau aku pun pakai baju baru yang sepatutnya digayakan pada hari raya ke pejabat lengkap dengan tudung raya sekali. Perghhh. Memang satu kepuasan dapat pakai baju raya awal dan adalah alasan yang kukuh nak pegi beli lagi baju lain. Ye lah, pagi raya hukumnya sunat memakai pakaian baru. Tak gitu?   Nak jadi cerita, lepas buat laundry, aku lupa nak jemur baju sebab kelam kabut balik kampung nak beraya. Elok jer dalam bakul semua konon-konon aku nak sidai. Nasib baik aku kerja pada raya ke-2 tu (perghh 'nasib baik' tuuu..kau...

Tribute - Punca

Assalamualaikum. Kisah benar. Hari tu di pejabat aku dapat panggilan telefon dari kakak. Dikhabarkan yang Ayah sakit perut. Lewat malam tadi dibawa oleh abang aku ke hospital kerajaan tapi doktor kata cuma keracunan makanan. Masuk air sebotol dan disuruh balik. Lewat sungguh berita sampai kepada aku. Marah ada, geram pun ada. Tapi mungkin niat abang tidak mahu menyusahkan adik-beradik lain. Ya, faham. Tapi, tolonglah. Ketepikan niat untuk menyusahkan. Yang penting hal kecemasan sebegitu perlu dikongsi segera.  Mak kata Ayah mengadu masih sakit perut yang teramat sangat. Kasihan. Selepas bincang adik-beradik, kami hendak rujuk Ayah ke hospital swasta di Shah Alam, dekat dengan pejabat aku. Mujur Bos aku sangat bertimbang rasa. Dengan kebenaran dia, aku dapat pelepasan keluar untuk urus Ayah di hospital nanti. Terima kasih, Bos. Hanya Allah dapat balas jasa Bos tu. Lebih kurang jam 10 pagi, Ayah sampai di hospital di bawa oleh abang ipar aku dan kakak. Mak pun ada. ...

Menu Berbuka - Aku

Assalamualaikum. Sekarang ni, aku beli jer la. Dah berbulan jugak tak petik tombol dapur. Nak kata malas tak malas. Apa ke dia tu. Keadaan tak mengizinkan. Hihi. 1) Karipap. Tiap hari makan karipap pun takpe. 2) Murtabak. Ni tengok hari. 3) Roti john. Tengok penjual. Kacak, aku beli. 4) Karipap balik. Mak aiiihhh. Adakah aku sangat membosankan? Tidakkkkkkkkkkkk. Aku kurang makan nasik kat luar. Kecuali bila balik rumah Mak. Lagi satu, jangan bergantung pada aku bila nak review makanan. Semua aku kata sedap atau boleh lah. Kecuali pasal harga, aku pandai komplen. Secara kesimpulannya, apa pun yang kita makan, itulah rezeki yang Allah beri pada kita. Alhamdulillah sangat. Jangan banyak komplen, jangan membazir. ps - Aku suka makan, sebab tu aku gemuk. :)

Perasaan Oh Perasaan

Assalamualaikum. Vavavavaaaa..apa khabar semuanya? Pejam celik dah lima hari puasa yer.. Alhamdulillah, berjumpa juga kita dengan Ramadhan yang penuh berkat dengan rezeki di dalamnya..semoga ada Syawal yang penuh bahagia untuk kita semua..ececehhh..skema pulak aku akhir-akhir ni yer..hehhheh.. Hari ni aku nak kongsi pasal 'perasaan'. Perasaan yang bila kau rasa kau tak boleh bangun setiap pagi pada waktu yang kau tak pernah fikir kau kena bangun semata-mata sebab kau nak pergi KERJA. Ya, kerja. Supaya tiap hujung bulan, kau dapat gaji, dengan duit gaji tu kau akan beri pada mak, tutup lubang-lubang pinjaman, bayar bil-bil, beli kasut, baju, makan sedap-sedap, belanja kawan-kawan dan tak lupa juga beli benda yang tak berfaedah. Apa dia, biarlah aku dan kau saja tau. Ya, itu baru perasaan nak pergi kerja. Sambung lagi. Dengan perasaan kau drive waktu jalan lengang, hari masih gelap, layan radio, makan skittle sebab nak renjatan berjaga, lumba-lumba sikit supaya te...

Persediaan Sebelum Kena Transfer

Assalamualaikum. Amaran : Persediaan ni sesuai untuk sesetengah orang je. Terutama yang jenis macam aku. Yang kena transfer dari Shah Alam ke Kuala Kubu Baru. Juga Ratu Sesat. Heheh. Satu. Pergi tinjau ofis baru 2 hari sebelum lapor diri. Tengok-tengok jalan mana yang kita nak lalu. Masa ni buat catatan berapa tol nak lalu, berapa ringgit, berapa lama, berapa jarak. Time tu boleh pikir2 dalam hati nak ulang alik ke atau nak sewa rumah dekat dengan opis. Boleh pikir dan terus berpikir. Dua. Beli smart tag. Tak payah beli kalau tempat kerja kau tak lalu tol. Sebab kalau jarak transfer menyebabkan kau kena keluar rumah seawal Subuh, jangan ambik risiko bayar tol tunai-tunai ni. Sekali hulur duit yang sambut tu takde kepala. Masak. Hahahaa! Lawak jer. Tak kuasa lah penat-penat drive lepastu nak queue panjang-panjang sebab bayar tol. Lepastu sampai rumah dah penat, merempan-rempan. Terus malas kerja. Berenti terus. Tiga. Polish kereta. Imej tu. Pegi cuci kereta bagi ber...

New Chapter

Assalamualaikum. Akhirnya...akhirnya..akhirnya... Penghijrahan yang dinanti telah bertemu jalan mula.. Biar pun memberi kesan dalam hati, Ternampak juga jalan keluar bagi kegundahan hati yang terpendam selama ini.. Terima kasih Ya Allah.. Hari ini, esok dan seterusnya, Perlu cekalkan hati, Demi satu lembaran baru, Demi cabaran yang menanti di depan.. Biar orang terus berkata, Biarkan, biarkan biarkan.. Bukankah kebenaran akan tetap berdiri, Cuma masa jadi penentu.. Ya Allah Ya Tuhanku, Terima kasih kerana sudi mendengar, Rintihan hati hambaMu yang lemah, Dan hina ini..