Posts

Terung Dan Bendi Di Tempurakan.

Image
Assalamualaikum. Weyh. Lama jugak aku tak up cerita memasak aku yer. Apa? Ingat aku ni pemalas sangat ke? Pemalas sikit adalah. Hahaaaa! Sebenarnya, dalam tempoh ini (ececeeeehhhhh) aku masak tau. Itu hari aku masak favourite dish aku buat pertama kalinya iaitu Laksa. Aku siap bagi kat student aku lagi. Komen student aku 'Ok Miss, sedap tapi kurang masin.' Heheeee. Kat student aku berani la bagi rasa..kat budak opis aku, jangan harap...hahahaa!  Paling kerap aku masak akhir-akhir ni ialah Maggi Chef perisa Tomyam tu. Walawehhhhh. Lepas bertahun aku tak makan maggi, sejak balik PULAPOL aku makan balik. Ni semua PULAPOL punya pasal. Kuang ajaqqq. Tapi maggi aku bukan standard normal tau yang style rendam dalam air panas je. Aku masak guna dapur. Aku siap bubuh telur, fishball dan macam-macam lagi. Kira standard premium la.  Nak jadikan cerita, Bos aku kat opis suka berkebun. Kat opis kitorang ada pokok sawi, cili. Semua dia tanam. Kat rumah dia pulak lagi macam-...

Rutin Malam Jumaat

Image
Assalamualaikum. Tajuk memang. Abaikan aja. Yang sebenarnya aku nak imbas sikit kenangan aku masa dekat opis lama tiap kali hari Jumaat. Jumaat ni sebenarnya hari yang best kalau kerja. Selain hari yang Allah janjikan banyak pahala (itu pun jika kau tahu bagaimana nak kutip dan mendapatkannya) hari Jumaat kalau dekat pejabat kerajaan kau paling tak sabar nak tunggu pukul 12.15 tengahari. Hihii. Mari aku kenalkan watak-watak utama dalam hidup aku masa kat Shah Alam dulu. 1) Kak Roha - Pemutus kata di waktu semua buntu nak buat keputusan dan kadangkala pemiutang. Hihi. 2) Dila - Pencadang utama 3) Kak Mid - Pengikut dan kadangkala diperlukan untuk membuat keputusan muktamad 4) Yah - Pencadang sampingan 5) Kak Zura - Penghibur 6) Syika, Od, Cikin dan lain-lain lagi - Pengiring dan pelawak 7) Aku - Pemandu. Itu je jawatan yang aku dambakan. Aku tak suka fikir nak makan kat mana. Hahaa!  Selalunya time sarapan lagi Dila dah ingatkan konsep lunch Jumaat kitora...

Dr. Love

Image
Assalamualaikum! Poyo! Hahaaa! Saja nak share cerita2 lawak. Aku ni kalau ikutkan takde la banyak nau pengalaman putus cinta..ada la setakat 78 kali..hahahaa! Tipu jer. Ada la sikit.. Baru-baru ni, kawan aku introduce aku dengan kawan dia. Untuk mengisi kekosongan hati aku ni katanya..hihii..Ye lah, orang nak kenal kita tak kan kita nak sombong2 pulak kan..nak jadikan cerita, mula2 SMS jeww. Pastu main tipon-tipon pulak..hihi..Basically, mamat ni okayla..dia buat aku rasa selesa sangat bercakap dengan dia..kitorang sembang macam dah lama kenal and i think that was a good sign to know him further..senang cerita mamat ni dengan aku sama jer iaitu POYO! Hahaha! Di pendekkan cerita seperti di bawah.. Sekali tu hari ke-7 kenal dia tu ajak jumpa. Ye la, tengok rupa pun kat whatsapp icon jer. Guna camera 360 pulak tu. Hahahaa!  Ceeehh. Kalau ikutkan, kali terakhir aku dating rasanya 2 tahun lepas kot. Ni pulak nak jumpa stranger. Tapi aku kan pencinta profesional..so,...

Di Sebalik E-mail Address

Image
Assalamualaikum. Kala ini sedang di dalam kelas. Kawan sedang buat presentation di hadapan, aku merapu-meraban di belakang. Maafkan aku, kawan. Tapi body gesture aku jaga. Muka pandang ke hadapan cuma jari jemari saja main peranan. Haa boleh bah kalakauuu. Takde.  Everytime orang mintak email address mesti they all akan complaint yang apa ke benda lah kau bubuh address yang macam mintak penampar jer nak sebutnya. Tapi hari ni, ada orang tanya aku 'apa makna add kau ni?' Mak aihhh terharu terus. Hihiii. Well, begini kisahnya.  Berbelas tahun yang lampau, suatu waktu aku di alam persekolahan dan begitu teruja dengan teknologi e-mail telah mentakdirkan aku untuk membina e-mail persendirian. Apabila sampai ke arahan menetapkan 'username' yang terpahat di dalam minda adalah wajah pujaan hati aku - motor rider - Norifumi Abe. Aku bukanlah ikut sangat cerita pasal dia, tapi lebih kepada cinta pandang pertama. Dari situ, terciptalah  email address aku sebag...

"Footloose"

Image
Assalamualaikum. Amboi..amboi..bukan main marah nampak harga minyak naik? Hahaaa! Aku pun kecewa jugak. Tapi cenggitu la ceritanya. Semua benda naik harga. Cuba bagi tau apa yang turun? Ada ke? Ada ke? Kerajaan dah habis duit buat BRIM, BRooM. Banyak belanja tu. Tapi takpelah, yang dapatnya pun Mak-mak kita jugak, makcik-pakcik kita jugak. Dalam pada harga minyak naik, McD kau orang sesah jugak seminggu sekali, spenda nak La Senza aja..Hahaaa!   Aku secara peribadi, tak rasa kesan sangat sebab walaupun guna kereta, jarak rumah aku dengan pejabat 3 kali menguap dah sampai. Seminggu sekali aku balik kampong, dengan kenaikan 20sen seliter ianya memberi impak pertambahan duit sebanyak RM6 sahaja seminggu. So, aku boleh korbankan kos beli jajan yang aku kudap sepanjang perjalanan tu untuk tampung kos minyak asalkan aku dapat jumpa Mak aku. Rezeki masing-masing. E'eh, terpanjang pulak mukadimah. Dah, dah. tak payah nak iya-iya sangat. Be rasional ok.   Itu h...

Doa Untuk Syria

Image
Assalamualaikum. Doa aku untuk bumi Mesir agar tiada lagi pertumpahan darah.  Bermula dengan hasrat mengembalikan kegemilangan pemerintah Islam di Mesir, terpaksa dibayar dengan darah mereka yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak. Apa lah tahunya. Pencetusnya adalah dari rasa tidak puas hati dan tidak redha dengan pilihan majoriti rakyat dalam memilih pemimpin. Sekarang berbaloikah memanggil-manggil semula 'Morsi! Morsi! Morsi!?' Berbaloikah bila pengkhianat seperti Al-Sisi menangguk keamanan yang dulunya ada dan kini diganti dengan kekerasan dan 'pembunuhan'? Sedarlah sahabat-sahabat dan adik-adik aku semua.. Apa yang berlaku di seberang mata kita tidak mustahil dan boleh berlaku di depan mata kita sendiri atas sebab yang sama.. Tidak puas hati, tidak redha, tamak, pengkhianatan.. Semasa kita sedang jalani hidup yang aman ini, adakah kita kenal dan kita tahu siapa yang akan mengkhianati kita? Berhati-hatilah dengan apa yang kita perjuangka...

IJAB DAN QABUL

Image
Assalamualaikum! Hahaaaa! Over kan..Teruja sungguh nak buat ulasan pasal cerekarama malam tadi.. Hellooo, boyfren I berlakon mestila I semangat nak ulas..Hihiii.. Walaupun dekat newsfeed FB beratur duk update status menangis, syahdu, airmata dan seumpamanya tapi entah mengapa aku tak menangis pun? Sedangkan aku yang berhati jeli ni tengok iklan hari raya pun menangis, tapi mengapa drama malam tadi tak berjaya menumpahkan airmata macho aku ni? Mengapa? Ini adalah antara penyebabnya : 1) Pernahkah kau lihat seorang ayah sebok-sebok pasal cucu? Selalunya Mak-Mak aja. Lepastu, kau bangkitkan soal cucu dan kawin lagi depan menantu dan besan kau? Oh apakah ini? Jadi watak bapak mertua yang kepochi memang spoil... 2) Bila kau disuruh kawin lagi oleh ayah kau jawapan kau ialah 'Tidak, Imran tak nakkk.' Oooo emmm jiiii. Spoil sangat. Hahahaaa! Aku tak tau kenapa aku tak suka dialog ni walaupun aku tahu ramai perempuan akan rasa ni sweet sangat jawapan Imran niii..Seba...