Doa Untuk Syria

Assalamualaikum.

Doa aku untuk bumi Mesir agar tiada lagi pertumpahan darah. 
Bermula dengan hasrat mengembalikan kegemilangan pemerintah Islam di Mesir, terpaksa dibayar dengan darah mereka yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak. Apa lah tahunya.

Pencetusnya adalah dari rasa tidak puas hati dan tidak redha dengan pilihan majoriti rakyat dalam memilih pemimpin. Sekarang berbaloikah memanggil-manggil semula 'Morsi! Morsi! Morsi!?'

Berbaloikah bila pengkhianat seperti Al-Sisi menangguk keamanan yang dulunya ada dan kini diganti dengan kekerasan dan 'pembunuhan'?

Sedarlah sahabat-sahabat dan adik-adik aku semua..
Apa yang berlaku di seberang mata kita tidak mustahil dan boleh berlaku di depan mata kita sendiri atas sebab yang sama..
Tidak puas hati, tidak redha, tamak, pengkhianatan..
Semasa kita sedang jalani hidup yang aman ini, adakah kita kenal dan kita tahu siapa yang akan mengkhianati kita?

Berhati-hatilah dengan apa yang kita perjuangkan. Belajarlah menerima perbezaan dengan cara yang hormat. Belajarlah redha setelah kita berusaha. Belajarlah memperbaiki kerosakan dengan kebaikan bukan kebinasaan. Dan teruslah berusaha kerana bukankah Allah telah janjikan kejayaan bagi yang  berusaha? 

Aku bukanlah pejuang. Aku cuma hamba Allah yang hina dan kerdil, hidup di bumi Malaysia, punya hati dan perasaan melihat saudara seagama aku sakit dan menderita di bumi mereka sendiri hanya kerana berebutkan kuasa.

Ya Allah, hentikan pertumpahan darah di Mesir, Palestin dan negara-negara saudara Islam yang lain. Kekalkan keamanan di bumi Malaysia.




ps - Morsi itu seorang Hafiz dan juga profesor bidang kejuruteraan. Tokoh yang sebegini juga ada penentang apatah lagi Najib Tun Razak.

ps - Aku percaya Malaysia, masih aman kerana semua rakyat berusaha kekalkan keamanan itu dan membuang sedikit ego masing-masing. Tahniah, rakyat Malaysia,


Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang