13 Ogos - Hari Kidal Sedunia
Assalamualaikum!
Pagi ni banyak kali alarm handphone aku bunyi. Sekali tu pukul 11 malam sebab aku nak tengok hujan meteor. Sekali aku keluar rumah, tengok langit nampak cerah dan nyaman jer. Elok aku nak berangan, nampak student aku tengah berdating. Haishh! Sekali kena sound, terus balik. Ni Miss Nora okay. Pantang kalau Miss tak dating, u all dating..Hahaaa! Tapi bukan sebab tu, sebabnya ialah boys are not allowed after 7pm in college area. Faham tak faham? Garang ni tau dak.
Sekali tu aku terjaga pukul 3 pagi..E'eh. Panik aku. Kenapa ni? Kenapa? Oo..percubaan untuk bangun tahajud. Memang aku set sepanjang Ramadhan itu hari pukul 3 untuk berusaha bangun malam. Seingat aku, dalam 29 kali malam nan berkat di bulan Ramadhan, SATU kali jer aku berjaya bangun. Yang lain, astaghfirullah hal azimmmmmmmmmmm! Tu la dia, betapa kuatnya cabaran bila kita nak buat benda yang elok-elok. Pray for me..Semoga diberi kekuatan di hari-hari yang seterusnya...uhuk.
Sekali lagi bunyi pukul 5.45 pagi. Aku snooze jer kerja..alarm aku setiap 3 minit pulak tu aku set. Lagi pulak 'keuzuran' melanda, tepat pukul 6 aku tarik selimut lagi sampai kepala..Yang paling lawak, alarm aku bunyi pukul 7 pagi. Hoihh! Terbukak bulat mata aku. Takde terpisat-pisat. Sebab masa tu aku macam 'Eh? Aku kat mana ni?' Hahaa! Siap aku cuba recognize ni aku tidur kat bilik mana. Bilik Mak aku ke, bilik aku kat kampung ke? Sekali tengok betul-betul, bilik aku kat Melaka. Ciss! Aku kerja la hari niii......
Menggelupur bangun. Buat sit up kat lantai. Adoii sakit pungkok. Kalih duduk atas katil, buat sit-up lagi. Sedap sikit. Hihi. Ni cerita sit-up ni, azam lepas raya, so kena buat jugak. Sit-up ke 50, terus baring..Hahaa! Jahanam...ambik hanphone, layan FB.....
Tengok ada orang share post kat FB hari ni hari kidal sedunia.
I knew someone who is kidal. Hensem (agak laa), pandai menyanyi, kelakar, hormat orang tua dan bujang. Unfortunately, a portion of his heart is taken. Jahanam. Hahaaa!
ps - Aku kecewa, tapi aku okay :)
A few good days.
I really missed these day. Oh!
Comments