Posts

Terima Kasih Part 1

Assalamualaikum.   Hari ini nak ucapkan TERIMA KASIH. Ucapan yang tertangguh. Juga tidak terlafaz dek kerana hati terlalu rapuh pada waktu tu. Sekarang, aku tunaikan. Janji yang aku simpan sendiri.   To All My Sistas, U know who U are. Roro, I terharu bila U masih ingat baju apa yang I pakai waktu datang interview. It was 7 years ago and I dont realize that I'm being so outdated. Haha! Biar kita kenal tidak lama tapi persahabatan ini sangat bermakna buat saya. Saya tak akan lupa setiap yang kita lalui bersama. Ketawa dan menangis juga bersama. Sebagai bos dengan pekerja. Sebagai kakak dengan adik. Terima kasih atas ilmu dan pengalaman yang sangat bernilai. Terima kasih kerana selalu menjadi pendengar yang setia. Biarlah apa juga orang nak kata, mereka tak akan faham kita selalu bersama kerana apa. Saya akan selalu rindukan masa-masa kita bersama. Sampai bila-bila.   Hunny Bunny, Bila terasa susah nak tido, saya akan ingat ...

LAPOR DIRI HARI PERTAMA

Assalamualaikum.   Weyh, apa ke halnya aku tak update blog ni? Bagaikan traffic sesak la konon kat blog aku, yer. Hahaa! Time aku tulis ni ialah kurang 6 hari lagi, genaplah 2 bulan aku dekat sini. Lendu, Melaka. Totally a new place to me. Kali pertama aku jejak tempat kerja aku ialah dengan Lulu. Aku paksa dia teman aku cari tempat ni. Padahal Lulu time to lagi 2 minggu jer nak menikah. Oh lupa. Lulu dah kawin. Kurang la sikit kerja dia nak melayan aku sekarang. Sob. Sob   Kitorang dua-dua pun tak pernah datang sini. Sepanjang perjalanan Lulu dok mengutuk aku. Pendalaman katanya. Gadis desa lah katanya. Mini market lah katanya. Haha! Vongoks.   Opis aku ni kat pekan jer. Tapi aku okay aja. Tak ada nak jammed bagai. Suasana pun tenang aja. Nak pegi mana-mana pun dekat.   Aku lapor diri pada 16 November 2012. Satu hari sebelum aku lapor diri bos aku sms.   'Awak dikehendaki mengikuti lawatan kerja ke Kedah, Perlis dan Pulau Pinang pa...

Buku Baru

Image
Assalamualaikum! Hari ni, aku dah buat keputusan nak tukar tajuk blog aku. Itu pun kalau ada yang perasan la..Hahaa! Insyaallah, aku akan mula kerja dekat tempat baru pertengahan bulan ni. Ni lah namanya rezeki yang tak disangka-sangka. Syukur.   Walau pun dapat tentangan (ececehhhh) dari kawan-kawan yang tak sanggup melepaskan pemergian aku, tapi demi cita-cita, ku turutkan jua. Dont worry, our friendship is not to the end. Insyaallah.   Belum lagi bab orang bertanya apa kerja aku, mengapa lain dari yang sekarang? Jenuh nak menerangkannya. Walau macam mana panjang lebar aku terangkan, orang akan kata 'oh, keja mak guard lah yer?'   Many things happened, many things to be settle, many things to be solve. Sighs. Syukur, everything have done and going well as planned.     So, i'm proudly announce that yes, i am Mak Guard to be. So, nantikan cerita-cerita seram dari aku di hari-hari yang mendatang. Haha!!   Masa aku kerja deka...

Benda Yang Ada Juga Orang Tak Tahu

Image
Assalamualaikum. Smart Tag - Darjah kecerunan  masa nak di halakan ke sensor tu hendaklah sama dengan kecerunan cermin yer. Ia memang direkacipta sebegitu rupa. Tajamkan la skill ambik kecerunan tu. Bukannya smart tag tu rosak ke hapa, kalau bateri high dan baki masih banyak. Tidaklah nanti mengundang sumpah seranah orang lain. Gitu.   Daki - Mengapa sarung tangan mandi (bath glove) tu dicipta? Sebab secara purata setiap orang membuang 1.5 juta sel kulit mati dalam masa sejam. Bayangkan kalau dalam setahun kita tak pernah sental badan. Berapa kilo la sel kulit mati yang menyumbang kepada berat badan kita sendiri. Ni aku ada terbaca dalam majalah. Bukan aku reka-reka. Sental jangan tak sental.   Colour blocking - Sekarang ni trend colour block tau. Jangan nak mengejek pulak orang pakai baju kuning tudung biru. Trend ok, trend!

TRIBUTE - TERLANTAR

Assalamualaikum.   Ayah duduk di atas kerusi roda. Tunduk. Emak juga ada di sisi. Juga memandang kosong.   'Doktor, berapa kos kalau hendak buat operation di sini?' 'Lebih kurang 20 ribu.' Dr. Lukman menjawab lembut. Memandang aku dengan riak simpati.   Sepi. Aku juga sepi. Ya Allah, anak-anak mahu berikan rawatan yang terbaik buat Ayah. Tapi di mana pula hendak cari 20 ribu? Pada saat ini aku tidak sanggup memandang wajah Ayah. Tidak sanggup dan tidak mampu untuk mengangkat muka.   Adik beradik aku tidak ada yang bekerja kerajaan. Cuma aku saja, itu pun separuh kerajaan. Kepala aku mula sakit. Serabut. Mula berfikir-fikir apa benda yang boleh aku gadai atau jual. Mula terbayang-bayang wajah orang-orang yang berpotensi menghulur pinjaman. Ya Allah...    'Takpe, kalau hendak saya tolong referkan pada hospital kerajaan saya akan telefon ke hospital yang terdekat.' Doktor bersuara seolah-olah faham kemelut yang berperang dalam hati ...

Petua Menghilangkan Kesan Turun Warna Pada Tudung Raya

Image
Assalamualaikum.   Ewaahhhh..beraya sakan nampak? Berat berapa naik? Hahahaa!   Nak jadi cerita, masa nak sambut ambang Syawal baru-baru ni aku pun sebok-sebok macam orang lain beli baju raya. Dah beli baju raya kena la beli kasut raya dah beli kasut kenala beli tudung raya seterusnya kuih raya kemudian langsir raya lepastu sarung kusyen raya dan akhirnya peruntukan duit raya pun takde. Maaf adik-adik.   Sebab keghairahan melampau aku pun pakai baju baru yang sepatutnya digayakan pada hari raya ke pejabat lengkap dengan tudung raya sekali. Perghhh. Memang satu kepuasan dapat pakai baju raya awal dan adalah alasan yang kukuh nak pegi beli lagi baju lain. Ye lah, pagi raya hukumnya sunat memakai pakaian baru. Tak gitu?   Nak jadi cerita, lepas buat laundry, aku lupa nak jemur baju sebab kelam kabut balik kampung nak beraya. Elok jer dalam bakul semua konon-konon aku nak sidai. Nasib baik aku kerja pada raya ke-2 tu (perghh 'nasib baik' tuuu..kau...

Tribute - Punca

Assalamualaikum. Kisah benar. Hari tu di pejabat aku dapat panggilan telefon dari kakak. Dikhabarkan yang Ayah sakit perut. Lewat malam tadi dibawa oleh abang aku ke hospital kerajaan tapi doktor kata cuma keracunan makanan. Masuk air sebotol dan disuruh balik. Lewat sungguh berita sampai kepada aku. Marah ada, geram pun ada. Tapi mungkin niat abang tidak mahu menyusahkan adik-beradik lain. Ya, faham. Tapi, tolonglah. Ketepikan niat untuk menyusahkan. Yang penting hal kecemasan sebegitu perlu dikongsi segera.  Mak kata Ayah mengadu masih sakit perut yang teramat sangat. Kasihan. Selepas bincang adik-beradik, kami hendak rujuk Ayah ke hospital swasta di Shah Alam, dekat dengan pejabat aku. Mujur Bos aku sangat bertimbang rasa. Dengan kebenaran dia, aku dapat pelepasan keluar untuk urus Ayah di hospital nanti. Terima kasih, Bos. Hanya Allah dapat balas jasa Bos tu. Lebih kurang jam 10 pagi, Ayah sampai di hospital di bawa oleh abang ipar aku dan kakak. Mak pun ada. ...