Posts

Showing posts from November, 2009

Bila Anda Menerima Perkhidmatan Terbaik Pada Waktu Anda Terburu2 Maka Haruslah Memberi Pujian Yang Sewajarnya, Bukankah Begitu?

Image
KWSP Cawangan Shah Alam - Baek Punyoo! 'Sebagai warganegara yang setia dan sabar, saya percaya masih ada badan kerajaan yang berusaha memberikan perkhidmatan terbaik buat rakyat jelata melebihi spesifikasi yang telah ditetapkan' - Aku

Jawapan Kepada Lamaran Si Teruna? No, He Is Married Man..

Image
Jawapan balas kepada 'Mengapa Anda masih Belum Berkahwin Di Usia 28 Tahun??' Penanya : Encik O** Penjawab : Aku Situasi : Melalui e-mel (kerana Encik O hanya berani di belakang aku bukan di depan) assalamualaikum! wah wah wah..o**..kembang kempis idung kena puji.. harapan aku semoga apa yang dikata, dibuat benar.. aminnn.. o** nampak tak tulisan merah tu? maknanya, betul lah o** ni dah kawen..beristeri satu beranak lima? tapi mengapa o** susah hendak mengaku, malah berselindung pula status diri yang sebenar..kan tak baik begitu.. soal jodoh ini terletak di tangan allah..tetapi sebagai manusia, pengalaman diri dan pengalaman orang lain, jadi panduan dalam memilih jodoh..aku bukanlah orang yang terdesak hendak berteman hidup biarpun keinginan itu ada, takut berbuat diri marah kepada takdir allah pula.. yang dipinta hanya satu iaitu allah kurniakan kepada aku suami yang soleh, supaya aku jadi isteri yang solehah dan dapat didik anak2 jadi soleh dan solehah..umur, pangkat dan juga ...

Kisah Si Penjahit Manik

Image
Di tangannya ada sebilah jarum Tersemat manik dilembar benang Cantik warna manik Penuh warna-warni Terbias dek cahaya Hatinya berbunga riang Di sulam manik itu Pada sehelai baju Biar bertambah seri Yang memakai terasa cantik Yang memandang terasa berkenan Memuji cantiknya kerja seni Si Penjahit Manik.. Terdengar dia pujian itu Kembang hatinya bak matahari Bersinar-sinar, berwarna-warni Umpama taburan manik Tambah senang rasa hatinya Melihat yang memakai rasa gembira Kerana memang itu yang diinginkannya Membuat gusar jadi ceria Membuat suram jadi berwarna Membuat duka jadi suka Tidak tinggi harapannya Hanya berharap bajunya cantik Oleh kerana manik Siap manik dijahit pada baju Habis selembar benangnya Habis butir maniknya Tangannya kosong Tiada bertari lagi jari seninya Hampa wajahnya Bagaimana pula dengan hatinya? Tidak dia meminta lebih Cuma sepalit rasa suka Yang bisa isi kekosongan hatinya Yang dapat tutup kelompangan sunyinya Yang dapat paut harapan Dan segala impiannya Dia hidup s...

Pernah Tak Anda Berasa Seperti Hendak Berkata Sesuatu, Tetapi Ternyata Anda Gagal Menyusun Kata2 Dalam Fikiran Anda Sendiri Jadi Apatah Lagi Menulis?

Image
Assalamualaikum! Terima kasih jika anda membaca ini..izinkan aku poyo seketika dengan bertanya..’adakah anda ternanti2 entry terbaru saya?’ Hah! :p Melainkan aku adalah jasni evil, pidomat kencing sumbang atau macham iz yang suka pakai selendang, barulah aku layak bertanya sedemikian, bukan? Secara jujur..penulisan dari hati ini, (kononnya) aku telah tidak tahu lagi hala tujunya..penubuhan asal blog ini adalah kerana nuffnang namun ternyata aku gagal..(wang tambahan itu dari hasil jual ubat kurus rupanya..) Kemudian ia telah tersasar menjadi travelog..himpunan kisah2 benar..sehinggalah ianya benar2 terjadi.. It is all about my own self..yang handal buat Juriah ketawa..yang sanggup membuat lakonan semula aksi2 buruk depan Aza dan yang kalau menasihatkan orang, memang ada yang terpedaya..hehehh.. Akhir2 ini, aku seperti berasa ciri2 asli dalam diri aku sudah mula menghilang sedikit demi sedikit..bertukar menjadi seseorang yang agak membosankan (namun masih cantik) dan lebih sentimental...