Posts

Showing posts from January, 2011

Maaf. Saya Tidak Dapat Memuaskan Hati Semua Orang Sekaligus.

Image
Assalamualaikum. Biarpun hati kita sekeras batu atau sepejal getah sekerap, bila ada orang berkata perkara yang tidak tepat tentang diri kita, mesti kita akan berasa sedih dan hati akan bertukar menjadi selembut jeli. Amalan meluahkan perasaan tidak puas hati di belakang orang yang tidak dipuas hati itu (??) adalah tidak akan menyelesaikan masalah. Lebih2 lagi bila perilaku memburuk2kannya menggunakan fakta2 yang tidak tepat  dengan harapan supaya orang itu dibenci oleh orang lain, amatlah tidak baik sekali, ya.. Biarlah kita disayangi, dihargai dan dihormati oleh sedikit sahaja orang yang betul2 mengenali kita dari kita pura2 dihormati oleh ramai orang yang sebenarnya tidak mengenali kita sama sekali. ps - hari ini mode serius. Pemilik mulut itu, aku akan mencarimuuuu..Huahuahuaa! Tatot tak? 

Wish List Tahun Lepas.

Assalamualaikum. Aku memang ada masalah mengingat jalan yang kronik. Aku cuma tak mungkin sesat kalau nak pegi opis, pegi kelas, balik rumah Mak, pegi JJ dan pegi rumah Lulu. Kalau nak pi tempat2 yang tak biasa, aku memang sangat2 memerlukan co-pilot a.k.a yang bukan Ratu/Raja Sesat macam aku. Alah, tempat yang biasa aku pegi pun kadang2 aku sesat sedas dua. Paling tragik, tahun lepas dari Shah Alam aku nak pi Midvalley, tapi aku kena rempuh Selayang dulu amik Lulu then baru aku dengan jayanya sampai Midvalley. Dah, kena bahan dengan pilot kat opis aku sampai sekarang. Lulu memang penyelamat aku dari dulu.. Penah satu malam aku nak pi hospital Damansara. Lulu pulak ada kat Bangi sebab kursus. Jadi sebab aku tak nak sesat sampai KL,(sangat tak suka memandu di KL) aku pun offer Lulu teman aku. Jadi aku nak amik dia dekat Bangi dengan syarat kitorang bercakap jer dekat fon so Lulu boleh bagi direction. Lulu kata kena masuk exit Putrajaya. 'Masuk ke? Masuk ke?'  Aku tanya. '

Antara Betul Dan Salah.

Image
Assalamualaikum. Pada aku jodoh itu bukan lah menemui seseorang yang kita rasakan betul dan tepat untuk diri kita. Tapi jodoh ialah apabila ianya datang pada masa dan keadaan yang betul. Kerana setiap orang boleh berubah menjadi lebih baik atau lebih buruk. ps- Terpulang kepada kita untuk memastikan kebahagiaan terus berkembang dalam sesebuah perkahwinan. Yang pasti ia memerlukan usaha dari semua pihak. ps2 - Tidak perlu menjadi isteri terlebih dahulu untuk memberi buah fikiran kepada seorang isteri yang lain. Tak kan lah perlu menjadi seorang pembunuh kucing baru boleh menasihati seorang pembunuh kucing?

Bersendiri.

Image
Assalamualaikum. Ada kalanya hidup kita yang hampir sempurna ini akan diuji. Tapi bukankah kita telah dijanjikan bahawa ujian itu hanya yang mampu kita hadapi? Bersabarlah. Jika terasa bersendiri, ingat Allah sentiasa ada di sisi. ps - i'm with u Anya.