Posts

Showing posts from March, 2015

Kenangan Persiapan Kahwin - Yang Spoil

Image
Assalamualaikum!
Aloooohaa! Buat apa tuuuu? Hihiii. Punya lama entry ni kat draf.. =_=
Dalam menjalani hidup dengan gajet ni, kadang-kadang ada satu masa tu kita tak tau nak buat apa. Bukak FB, dah. Insta dah. Tweeter dah. Blog, dah. Rotikaya, Beautifulnara, dah. Whatsapp, dah. Wechat, dah. Last-last kau bukak Gallery. Tengok gambar. Hihii.
Lalu muncul lah kenangan lalu. Cerita kawin laaa apa lageyyyyy! Hihii.
Alhamdulillah, boleh dikatakan persiapan kahwin aku telah banyak dipermudahkan Allah. Dengan kekuasaan Allah, banyak hati orang-orang yang terlibat 'dilembutkan' dan memudahkan segala urusan aku. Cabaran sikit-sikit tu biasalah. Tapi ada dua benda paling spoil.
1) Baju Bersanding
Baju bersanding yang aku pilih ialah dress warna 'green-turqoise'. Pada aku dah cukup cantik dah. Mak aku pun suka. Nak jadi cerita, masa pergi pilih baju tu aku tak fitting pun. Ikut kata Mak Andam, aku orang nombor 2 yang akan pakai. Ye lah, aku mana ada bajet besar nak tempah baju kh…