Posts

Showing posts from November, 2014

30DBC - 3 Perkara Nak Cakap Kat Ex-Boyfren

Assalamualaikum. Okay aku ada 3 minit je nak selesaikan entry ni. Aku takkan proof read. Pegi lantak segala typo kalau ada. Takde kaluuuu, terel lah aku ni. Hahahaa! Sempattttt. Ok. Aku ni takde ramai beno ex-boyfren. Ada la dalam lapan belas juta puluh perpuluhan satu empat enam bundarkan orang jer. Pffftt. 1) Thank You 2) Sorry 3) Good Luck ps - Maaf, masa aku terlalu berharga untuk aku habiskan bagi mengingati benda lepas yang cuma akan datang sekali-sekala sebagai kenangan. Ta-ta exboyfren, welcome husband. :)

30DBC - Buku Kegemaran

Image
Assalamualaikum. Amboiii. Kemain lama nak sambung blog challenge. Ni elok-elok 30 hari punya challenge, ikut cara aku terus up jadi 365 hari punya challenge. Hahaaa! Ok. Aku memang banyak beli buku. Sebab hobi cliche aku ialah membaca dan hobi sebenar aku ialah memoyo. Hahahaaa!  Tapi dalam banyak-banyak buku yang aku baca ada DUA yang aku paling suka. Bagi aku buku ni menyentuh perasaan aku. 1) Permata Yang Hilang Kini Dijumpai/Kamar Sutera - HAMKA Buku ni aku beli online harga dua-dua RM63 termasuk pos. Mula-mula aku baca PYHKD lepastu baru baca Kamar Sutera. Ni buku agama sebenarnya. Tapi cara penulisan dia sangat sempoi, lawak dan senang faham.  Pada aku, buku ni paling sesuai baca SEBELUM KAHWIN nescaya lepas baca kau orang akan berubah. Hahaa! Serius. Aku insaf bila baca buku ni. Masa aku kawan dengan Tonjer aku, dia bawak buku ni masa operasi. Tu yang lepas balik operasi macam nak segera jer menamatkan zaman bujang. Aku yakin dia dah insaf. Hahahaaa! S

Puding Karamel Tanpa Telur

Image
Assalamualaikum. Ambooiiii. Kemain rajin yer. Eloklahh kan..kang kalau aku malas sesaja korang laharkan aku pulakkk. Hahaa! Aku suka makan puding karamel ni tapi aku tak berapa suka yang ada bau telur. Biasalah kerja aku kannn..menggoogle jer. Aku buat ikut resepi ni. Derhaka? Of chosss. Hahaaa! Aku kurangkan gula dengan susu pekat tu sikit..ye laaa aku kan tak mulut manis macam sesetengah tu. Hahaa!  Lagi satu, pasal buat gula karamel tu. Punya bijak aku ni aku satukan terus gula dengan air lepastu masak atas api. Sebab aku tengok ramai yang kata masa gula panas kita letak air benda tu akan meletup-letup. So, aku pun konon-konon nak buat pencegahan awal la kan. Eh ehh..tapi kenapa tak brown pun gula aku. Aku pun telefon talian hayat aku. Aku : Mummy, orang nak buat gula hangus. Dah letak air tapi kenapa tak hangus pun. Uhuk. Mak : Itu kau masak air gulaaaa,.. Hahahaaa! Lain kali, memang takde pilihan pun. Masak gula tu dulu atas api yang kecik. Bila da

Kelas Bahasa.

Image
Assalamualaikum. Kalau masa sekolah orang tanya aku suka subjek apa aku akan jawab dua.  1) Biology 2) English Ambooiii. Kemain. Memang aku suka dua subjek tu akan tetapi aku taklah se'excellent' mana pun malah hampeh. Hihii. Masa SPM gred untuk subjek English aku taklah segempak mana. Cuma aku jer yang suka gempak-gempak nyanyi lagu orang putih hafal segala lyric lagu Mariah Carey, Jon Secada (Kau kenal? Hahaa!). Tu kira terel english lah tu. Time exam, segala grammar, verb, vocabulary kau terpisat-pisat nak kenal. Padan muka. Aku suka subjek English pun sebab aku suka belajar pronunciation. Sebab penting untuk karier nyanyian omputih aku. Hahaa! Sampai sekarang pun, kalau aku tak yakin dengan apa perkataan bahasa Inggeris yang aku nak tulis aku akan check kat Google. Tak faham maksud, aku google translate.  Kalau sesiapa yang ambik subjek Biology tahun 1998, korang mesti biasa ada buku rampaian yang kulit tebal tu dan cikgu akan suruh lukis gambar j

Resepi Potato Fritters Gitu.

Image
Assalamualaikum! Fenomena sangat sebelum muncul pelam asam boi tu. Tapi apakan daya, baru aku nak mencuba. Kentang dalam gobok tu dah bercabang-cabang dah kaedahnya. Heeeee. As usual, banyak versi buat ni dan aku telah cuba dua versi dalam satu masa. Fuyyyyooo! Boleh cenggitu? Hahaaaa! Sebenarnya mula-mula tu aku buat tanpa bubuh tepung jagung dan telur. Ada lebih, aku simpan dan esoknya aku sambung goreng tapi bubuh tepung jagung dan telur pulak. Pada aku, versi tanpa tepung jagung dan telur lagi sedap. Sebab bila campur tepung jagung ngan telur (berapa kali nak sebut bahan ni??? Bengang ah.) dia dah macam cekodok sangat. So, haruslah aku share resepi yang terbaik untuk u olls kan. Ni aku buat untuk makan sorang. Kalau nak banyak, tambahlah bahan nya.  Bahan-bahannya. 1) 1 batang carrot 2) 1 biji kentang (Aku tak tau apa nama kentang ni sebab saiz dia besar gila. Besar tapak tangan aku ni) Kalau guna kentang biasa, pakailah 3-4 biji 3) Serbuk pati ayam 4

Kek Keju Kukus

Image
Assalamualaikum! Hola-holaaaa! Korang buat apa tu? Adakah mengadap ternet je satu hari macam akak ni? Ahaii. Hihii. Tapi aku takpela buat perangai hari ni, suami kerja (mata kedip-kedip). Hari ni aku nak share resepi kek yang terpaling senang bahan-bahannya umpama melepaskan kentut secara diam-diam. Mampu kau pepatah begitu? Macamtu lah umpama punya senangnya bagi yang?? Yang apa? Yang rajin laaa..malas kaluuuuu, semua susah. =_+ Sejak aku ni ada pengkritik dan peminat masakan aku, semangat nak masak tu menyala-nyala umpama obor (Ni baru logik kan. Hiiihi). Sapa lagi kalau bukan Mentonjer-Tonjer aku tu. Sedap tak sedap semua dia balun. Resepi aku tak pernah buat, dia lah jadi bahan ujikaji aku. Hihiiii. Itu hari suami ajak balik rumah Mama. Sebagai menantu yang amanah patonah tomakninah, haruslah membawa buah tangankan. Malam tu, aku pun google la menu ikut kemampuan skil memasak aku.  Aku ikut resepi ni.  Akan tetapi.....penderhakaan dalam keterpaksaan

30DBC - Sesuatu Yang Menguatkan Aku

Assalamualaikum. Kemain sesuai aku buat entry ni di petang nan syahdu ni. Aku pun tengah emo-emo ni. Hihiii. Sebab aku emo ialah rahsia. Eh, semua korang nak tahu dah kenapa? Nampak tak? Emo kat situ..hihiiii. Arggghhh. Pedulikan. Aku tak berniat nak tunjuk pandai, tunjuk bagus, bajet alim atau apa juga yang seangkatan dengannya kat sini. Tapi aku cuba sampaikan dari sudut hati yang paling dalam..ecewah (background muzik Ombak Rindu dimainkan) Bagi aku kekuatan aku yang paling utama ialah kepercayaan aku terhadap Allah SWT. Lumrah manusia ni, bila susah ingat Allah tapi bila senang seringkali kita terleka. Nauzubillah min zalik. Jarang kita nampak segala kelapangan hidup dan semua impian serta hajat kita yang telah terjawab adalah kerana kasih sayang dan izin Allah.  Ada pun kita tak lupa kepada Allah dan hak-hakNya, tapi kita diuji pula dengan ketaqwaan. Betapa terleka pula kita untuk istiqamah.  Contoh. Sebelum ni, sebelum aku kenal suami. Aku dah berkawan de

30DBC - 5 Cara Memenangi Hati Ini. Uhuk.

Assalamualaikum. Tak nak intro yada-yada pasal ni. Straight forward jer. 1) Bercakap baik-baik. Baik-baik maksudnya guna perkataan yang baik dan tone yang selembut salju. Hati yang keras pasti menjadi jeli. Tak dapat boleh jadi dapat. Heeee. 2) Beri pandangan/pendapat yang jujur. Tapi berhemah. Masih berhati jeli di situ. 3) Surprises are work for me! Tak perlu selalu. Sekali-sekala dah menggembirakan hati. 4) Takde. 5) Ntah. Cukup 3 je. Tak reti aku bab ni. ps - Kita tak boleh nak expect layanan orang terhadap kita. Some people knew us well while some are get to know us. ps - Sentiasa baiki diri untuk orang lain. Doakan.

Congo Bars

Image
Assalamualaikum! Apa khabar, khabar apa? Ada baik? Hihii. Lama dah nak buat congo bars ni. Banyak versi cara buatnya. .Last-last, masa nak layan game JDT-Pahang tu aku pun buatlah untuk kudap-kudapan time menonton. Aku buat ni cepat-cepat sebab kitorang tengok game tu kat rumah team JDT. Rumah skuadmate suami aku. Thank you to his wife jamu mee hailam sedap. Aku hanya mampu congo bars jer. Heeeeeee.  Pada aku, buat congo bars ni senang sikit dari brownies. Plus, aku suka sebab kita boleh bubuh banyak kacang yang kita suka.  Aku guna resepi dan cara dari blog  Masam Manis  kecuali ada beberapa penderhakaan saja yang aku buat. Takde la derhaka sangat..hahahaa! Bahan-bahannya 315 gram tepung gandum 2 1/2 sudu kecil baking powder 150 gram butter (aku guna Buttercup) 320 gram gula perang. Aku derhaka guna 280gram jer. Dan pada aku, ini pun masih manis juga =_= 3 biji telur 1 sudu kecil esen vanila 250 gram coklat chip 1 cawan kacang pecan (aku guna wal