Posts

Showing posts from September, 2014

Bunga Manggar Online.

Image
Assalamualaikum! Cerita dia masa aku heboh-heboh nak kawin tu, aku ada join satu grup kat FB khas untuk B2B. Pada aku, bermanfaatlah juga grup tu terutama kalau nak cari-cari barang kawin. Aku punya inai pun beli online. Dasar pemalas. Hahaa!  Kalau berminat nak join grup tu boleh tengok sini  All About Majlis Perkahwinan . Dari grup ni lah aku terjumpa bunga manggar cantik ni. Bunga manggar ni, sebenarnya adat-adat jer. Saja nak meriah majlis. Takde bunga manggar pun, kenduri jalan jugak..Hihi. Tapi pada aku, bunga manggar yang ni sangat unik. Kita boleh mix kaler yang kita nak. Owner dia pun senang nak deal, service pun bagus. Setakat ni rezeki aku beli barang online tak pernah problem. Alhamdulillah. So sapa-sapa nak kelainan di hari persandingan nanti, silakan lah. Add kakak ni kat FB  Kakak Bunga Manggar Rose. Hihi. ps - Lepas guna untuk kenduri boleh guna bunga ni untuk buat hiasan dalam pasu. 

Letupan Telo Masin

Image
Assalamualaikum! Uhuk-uhuk. Ini kali pertama 'berpisah' dengan suami sejak menikah. Seperti separuh jiwaku pergi gitu. Tido dalam tangisan la malam ni kerana kerinduan. Ehek. *Petir sabung-menyabung* Hahaaa! Alaaa..nak manja-manja sikit pun tak boleh. Tonjer aku balik rumah Mama dia. Almaklumlah, kami akan dipersandingkan sekali lagi hujung minggu ni kat rumah dia pulak. Haruslah rindu-rinduan jadi kenang-kenangan. Lagipun, sapa yang mampu cuti kawin total 4 hari jer? Mestilah aku jer yang mampu kan. So, hari Jumaat nanti baru aku balik rumah Mama. Heee.  Time duduk sendiri-sendiri ni kemain hebat pulak rasa panahan rindunya. *guruh* Masa seminggu lepas kawin tu, Tonjer aku duduk rumah jer macam anak dara sunti. Keja dia tunggu aku balik kerja. Haaahaa! Lahaiii..bahagia jer rasa bila kita balik ada makhluk comel pura-pura tido mintak ditempeleng manja. Ada satu hari tu, bila aku balik time lunch break, suami aku cerita la dia lupa nak tutup api masa masak

Cerita Kahwin - Kad Jemputan

Image
Assalamualaikum! Hola-holaaaaa! Alooohaaaaa! Hahaaaa! Intro mesti kasi lebih sikit la sebab sekarang dah berdua..Hihi. Oyo oyo oyo! Alhamdulillah..MasyaAllah... Seminggu ni banyak indahnya. Kalau ada yang busuk pun, ialah bau kentut suami sendiri jugak. Jangan nak berangan fasa bulan madu kentut bertukar jadi wangi yer. Nak cerita lebih-lebih pun tak boleh juga. Hal rumahtangga. Hihii. Apa pun, syukur sangat ada juga yang sudi menjalani hidup ni bersama, susah senang, baik buruk, menangis ketawa. InsyaAllah, hingga hujung nyawa. Sayang 83465938753859827423 persen! Alah. Nak over sikit pun tabuli. Jeles sesaje la korang ni. Heeee. Ni nak share hal-hal persiapan untuk B2B. Kot la ada yang nak jadikan panduan. Tak nak kalu, pi jauh-jauh dari sini. Hihi. Aku start dengan kad kawin dulu. Yang lain-lain nanti kemudian kalau rajin.  Ok, nak tempah kad ni sebenarnya stage paling akhir sekali at least DUA (2) bulan sebelum tarikh kenduri. Tapi depends on what kind of material

September Ten.

Image
Assalamualaikum! Alhamdulillah..bila terjaga pagi ni, masih bernafas dengan udara yang Allah pinjamkan..masih panas darah yang mengalir dalam tubuh badan yang Allah pinjamkan, terbaring selesa di atas tilam dan bantal yang empuk melalui kelapangan rezeki yang Allah kurniakan, masih sihat tubuh badan, berfungsi baik seluruh pancaindera yang Allah pinjamkan, terjaga dalam pelukan suami yang Allah pinjamkan sementara di dunia ini..semoga Allah pinjamkan dia lama sikit.. Sesungguhnya segala-galanya yang aku miliki sekarang adalah pinjaman dari Allah SWT semata-mata.  Semoga pertambahan usia ini menambahkan lagi kematangan dan kesabaran dalam menjalani hidup. Semoga Allah sentiasa memberikan petunjuk dan hidayahNya kepada aku dan menguatkan semangat aku untuk istiqamah.  Semoga Allah memelihara dan melindungi semua yang aku sayang. Menjaga seluruh ahli keluarga, guru-guru dan rakan-rakan. Dan melimpahkan rahmatNya ke atas kesayangan-kesayangan aku yang telah meninggal dunia

Teaser

Image
Assalamualaikum! Bajet artis nak teaser-teaser? Hahaaaa! Alhamdulillah. Terima kasih, Allah, Terima kasih, Sayang, Terima kasih Mak, Terima kasih Mama dan Ayah, Terima kasih adik-beradik, Terima kasih saudara-mara, Terima kasih kawan-kawan, You all know who you are, kan. Thank you for always be by my side in thin and thick. Semoga pernikahan ini mendekatkan diri aku dan suami kepada Allah SWT. InsyaAllah, aamiin.