Posts

Showing posts from August, 2014

Ayam Panggang Sempoi Dann? Dan Apa? Pandaiii. Hahaa!

Image
Assalamualaikum!
Hola-holaaa! 
Ketandusan idea untuk memasak? Jangan gundah-gulana. Google kan adaaa. Hahaaa! Kemain semangat sejak nak due date ni. Ececehh. Korang pulak jangan pandang serong kat aku asik share resepi jer. Nak tunjuk rajin leteww kata ko. Oyo la tu? Hahahaa! Nanti Akak majuk, pukul-pukul dada, sapa yang rugi? Hihii. Tulis resepi kat blog ni, boleh la tengok-tengok balik kalau lupa. Yang utama, niat aku nak share dengan orang lain yang kot-kot singgah sini. Tu je. Takkan tabuliii. Uhuk.
Okay!
Resepi asal Ayam Panggang ni aku ambik dari blog Kak Fila. Tapi menjadi NorabukanLola, adakah aku akan patuh kepada resepi? Jika tak banyak, pasti sedikit penderhakaan akan berlaku. Hahahaa! 
Bahan-Bahan.
1) Ayam. Jangan buang kulit tapi aku buang lemak dia yang melampau. Tak melampau, biarkan. Time tu aku cuma beli 2 ketul whole-leg (betul ke aku ni) dengan 5 ketul kepak jer. Tak bajet nak panggang pun. Nak cantik pakai sekor ayam la..baru acah-acah omputih.
2) Satu (1) batang c…

Aku Adalah Aku. Ecewahh.

Assalamualaikum.
Aku dilahirkan dalam keluarga yang sangat mementingkan norma-norma ke'Melayu'an. Semua ibu bapa dalam dunia ni ada cara tersendiri dalam mendidik anak masing-masing. Dan aku percaya tak ada yang sengaja nak didik anak jadi jahat/buruk pekerti. Anak-anak yang berubah sebab banyak faktor. Pergaulan, ketegasan ibubapa, pengaruh media. Bermacam faktor.
Masa kecik-kecik kami adik beradik di larang guna perkataan yang pada hemah Mak Ayah aku adalah tak sesuai pada waktu tu. Sikit-sikit :
Makkkk, dia cakap Akuuu! Makkkk, dia cakap Ba Alif Ba Yaaa! Makkkk, dia cakap Gilerrrrr! Makkkk, dia cakap Bodohhh!
Dan macam-macam lagi.
Masa aku sekolah menengah, mulut aku laser. Tak tau lah tahap mana. Tapi pernah aku dapat ucapan harijadi 'jagalah sikit mulut tu'. Hahaaa!
Masa zaman universiti, aku out spoken sampai semua orang tolak-tolak aku ke depan untuk suruh aku wakilkan bercakap dalam banyak perkara.
Masa zaman bekerja, aku masih out-spoken tapi ramai described …

Resepi Fettuccine Goreng Sedap Plus Cerita Kawin Sikit

Image
Assalamualaikum!
Tak menahan, kalau entry resepi jer aku mesti nak taruk sedap kat belakang. Hahahaa! Haruslah. Bajet sedap je walau hakikatnya hanya aku yang ngertik. Hihii.
Introduction please!! (Yada-yada-yada)
Baki hidup bujang, Insyaallah tinggal beberapa hari je lagi. Terima kasih kepada Emak, Adik-Beradik, Ipar-Duai, Pakcik, Saudara-Mara dan Kawan-Kawan yang banyak sangat hulur bantuan, sokongan dari pelbagai sudut, segi dan bentuk untuk raikan aku dan bakal suami. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah.
Semua almost ready kecuali aku tak sempat fitting baju sanding aku. Biar betik? Ya, udah-udahlah. Akak redho. =_=
Kemain nak dekat, kemain bertambah selera makan aku. Kemain subur pulak jerawat tumbuh kat muka aku yang tembun ni. Nak marah pun tak guna. Jadi kita enjoyyyy! Hahaa! Giler.
Semalam dapat jemputan makan tengahari dari kawan Tunang TerTonjer. Terima kasih jamu kami orang makan nasik yang sedap. Aku time tu kemain, makan sesenduk nasik jer. Bila malam sikit, mulalah selongka…

Resepi Brownies Senang dan Sedapppp!

Image
Assalamualaikum!
Halo-halo. Buat apa tu? Hihii. Cerita dia, tiap kali timbul hasrat nak buat kek dan yang seangkatan dengannya, selalu patahkan semangat sendiri sebab kat rumah ni belum ada mixer. Walaupun, ada jer resepi yang tak perlu guna mixer, tetap berdegil nak cukupkan dulu kelengkapan baru nak start baking.
Yang ada kat rumah ni cuma hand-whisker cap Tesco sajer. Sampaikan baru-baru ni Lulu tanya nak apa for wedding gift? And I request stand mixer! Hahaaa! Siap demand nak yang kaler-kaler. Untungggggla kalau dapat. Syukur, Alhamdulillah. Tengkiu Lulu! Lebiu! Hahaaa!
Sekali tu.....dengan satu gambar Brownies yang di-tag di Facebook oleh Tunang patik yang terTonjer tanpa sebarang caption, tewas diri ini. Setewas-tewasnya. Aku ni tak boleh kalau bab orang kepingin-kepingin makan ni. Tak sampai hati. Mesti nak tunaikan. Bergegas google resepi Brownies yang mudah, cepat dan sedap. Dan yang penting tak suruh guna mixer. Hahaa!
Terimalah, resepi 'Brownies Terpana Daku Melihatmu …