Posts

Showing posts from June, 2017

Tips _ Pembelian Carseat

Image
Assalamualaikum. Selamat datang ke blog Mak-Mak. Hahaaa! Kala ini bumi Lendu sedang hujan lebat. Lighting pun dah sepoi-sepoi bahasa. Pulak tu Ramadhan ke 26. Faham-faham je lah kan. Orang dah tak duduk mengadap kerja dah. Sebab kerja pun dah takde. So, aci jelah kan update blog. Walaupun bulan puasa ramai orang update makanan berbuka, tapi diri ini terkecuali. Sebab makanan berbuka ku agak sendu untuk dipamerkan. Hahaa! Biasa-biasa aja sebab aku pun kaki google resepi gak. 😎 Okay, nak share pasal carseat untuk anak-anak ni. Kat Malaysia ni budaya pakai carseat kat anak-anak tak tular lagi. Sebab undang-undang kita tak ketat. Kalau kat luar negara, kita boleh kena saman kalau anak tak duduk dalam carseat waktu memandu. Bagi aku, carseat ni penting dan membantu sebab : Satu : Kemudahan Ibubapa. Dalam kes aku, lepas pantang suami pergi operasi 3 bulan. Dah aku kena drive sendiri dengan anak umur 2 bulan lebih. Nak hantar rumah babysitter, nak balik kampung. So

Happy Birthday Abubutttt!

Image
====ENTRY TERTUNDA=== Assalamualaikum. 26 Mei satu tarikh yang tidak mungkin akan aku lupakan.  Allah Maha Pemurah, Maha Berkuasa. Dengan izinNya, aku diberi peluang merasai nikmat menjadi seorang ibu. Mengandungkan, membawa zuriat ini dalam kandunganku selama 9 bulan tanpa alahan dan dipermudahkan segala-gala urusan sepanjang mengandung.  Allahuakbar. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Saat melahirkan anak ini baru lah aku betul-betul faham hati seorang ibu....... Sakit, penat, jerih..dalam ketawa dan bahagia bila tengok anak di depan mata.. Ammar Raees, Awaklah cinta hati Ummi.. Anak Ummi nombor satu.. Yang mengajar Ummi jadi seorang ibu.. Yang mengajar Ummi sabar.. Yang mengajar Ummi berdikari.. Yang mengajar Ummi erti pengorbanan.. Dengan kudrat yang ada Ummi akan lakukan yang sehabis baik untuk kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan hidup Ammar Raees. Terima kasih kerana selalu menghilangkan rasa sedih, gundah dan kecewa Ummi.

Jatuh Cinta Pada Young Living Essential Oils!

Image
Assalamualaikum! Korang-korangggg! Aku nak share benda baik ni.  Ni semua gara-gara terlalu banyak melayari instagram waktu berpantang dulu. Hihii. Lantas terjumpa lah produk from Young Living ni. Masa Ammar Raees nak dekat-dekat lahir, memang berazam nak besarkan dia dengan seboleh-bolehnya yang natural/organic ingredients dan products. Bermula dengan cloth diapers lah dulu masa tu. Memang keep beli and top up month by month stock cloth diapers.  Lepastu dalam tergoogle tu jumpalah testimoni pengguna essential oils from Young Living ni. Macam mana nak sembuhkan demam, selsema, batuk, HFMD and macam-macam sakit yang common kena pada baby guna essential oils. Akhirnya, tertarik, terbuat order dan memang terjatuh cinta sangat-sangat dengan esential oils! Berkat sabar, istiqomah setakat ni Ammar Raees masih belum makan ubat klinik atau hospital kalau demam, selsema atau batuk. Alhamdulillah setakat ni tak ada lah pulak terkena penyakit yang teruk-teruk dari 3 tu. Be

Testimoni - Air Fryer Philips HD9220 Viva

Image
Assalamualaikum. Semalam benda alah ni sampai kat ofis, semalam jugak terus test try cuba. Maklumlah, ni kira gadget idaman. Orang lain dah lama pakai, aku baru nak sakai. Hihiii. Lama tau tunggu. Aku beli through instagram UKshop4malaysia harga RM549.00 kapasiti 0.8kg. Yang ni bukan digital tau. Kalau yang digital harga dalam RM700++ camtu. Tapi tau lah beli barang dari UK ni memang jauh lebih murah tapi menuntut kesabaranlah. Tapi aku suka sangat tunggu di samping bayaran pun boleh installment. Hehehee. Aku tengok untuk model yang sama macam ni dekat Shopee RM676, 11street RM589, Senheng RM699, Lazada RM607.  Disebabkan terlalu teruja, tema buka puasa semalam ialah airfryer. Hahahaaa! 1) Ikan Bakar Airfryer Dengan Sambal Petai Ni ikan kembung. Ada lagi sekor ikan cencaru. Tapi Tonjer I dah balun dulu tak sempat nak snap. So memang kena potong sikit ekor cencaru tu baru boleh muat 2 ekor ikan ni dalam tu. Kalau semua ikan kembung aku rasa muat kot 3-4 ek