Posts

Showing posts from May, 2011

Percaya dan Syukur

Assalamualaikum.

Percayalah bahawa Allah SWT itu sentiasa memberi apa yang kita minta.
Dan jangan pula lupa untuk bersyukur.

Percayalah bahawa setiap perkara yang kita tidak inginkan berlaku dalam hidup kita tidak semestinya tidak baik untuk kita.
Dan jangan pula menyalahkan ketentuan Nya.

Percayalah bahawa tiap niat yang baik itu akan diberi pertolongan oleh Allah.
Dan jangan pula cepat berputus asa.

Syukur kepada Allah atas begitu banyak kasih sayang yang aku miliki dari mereka yang menyayangi aku.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah
Senyum.

Waktu Dulu2

Assalamualaikum.

Dulu-dulu kan..

1) Ambik limau kasturi, belah tengah lepastu sumbat dengan asam boi. Sedut. Hek eleh, sedap wohh. Melepuh mulut.

2) Duit belanja sekolah rendah 50 sen jer, boleh beli satay kerang dengan kerepek besar macam pinggan yang kaler pink,hijau..

3) Try buat love bite kat tangan sendiri..hahahaa!! Pervert.

4) Main 'spirit2 of the coin' pastu tanya bila saya akan kawen, sapa nama boyfren saya. Matang sungguh. Bila antu tak nak go HOME, menggelabah semua.

Ada tak? Hehehh. Aku tak buat pun. Aku cakap jer.