Posts

Showing posts from March, 2014

UTC Melaka

Image
Assalamualaikum. UTC...UTC..Pusat Pelbagai Perkhidmatannnnnn...hahahaaa!! Pernah dengar tak? Kalau tak pernah memang peghak la korang ni..hahaaa! UTC ni tak semua tempat ada. Kalau tak silap aku setakat ni baru ada UTC Kuala Lumpur, Sentul, KL, Melaka, Perak, Kedah, Sabah dan Pahang. Pertama kali aku pegi UTC Melaka sebab nak renew lesen dan tukar IC baru. Landmark dia, sebelah Stadium Hang Tuah. Dekat-dekat dengan kampus UTEM. Untuk dua urusan ni dalam 2 jam lebih jer settle. Memang puas hati. Hassle-free. Ambik nombor dan tunggu saja. Tak ada nak isi borang ke apa.  Untuk tukar IC, gambar pun dia snap dekat kaunter tu jugak. Nanti lepas 2 jam datang semula kutip IC baru. Sementara nak tunggu tu boleh pegi makan pizza ke apa. So takde la terasa sangat membuang masa. Kalau kat UTC Melaka, sementara menunggu boleh pegi Jusco. Hehehh.  Untuk renew lesen, sekejap aja. Ambik nombor, bila sampai giliran, bayar dan tunggu kejap. Tapi masa ni aku buat lesen yang biasa jer, yg

Tips - Buah Tangan Untuk Emak-Emak.

Image
Assalamualaikum. Bukan main girang Mak aku dapat buah tangan. Ada sehelai kain batik. Ada sebotol cencalok. Ada belacan. Ada dodol. Ada gula melaka. Aku sendiri tak terfikir nak bagi gula melaka. Aku tak puas hati betul. Hahaaaa! Aku rasa itu pilihan yang ganjil sebagai buah tangan. Tapi Mak aku bermati-matian paling suka dapat gula melaka. Dalam hati, aku lega. Agaknya Mak suka dia. Alhamdulillah. Gambar takde kena-mengena. Comel beno.

Day 10

Image
Assalamualaikum. A photo of the item you last purchased. Gitu kata dia. Heeeee. Ini aku beli dekat Daiso Setia City Mall minggu lepas. Memperkenalkan...pengasah pisau. Belum cuba, belum tahu. Ini dia...pelenyek bawang putih. Motif? Apalagi...pemalas lah ni. Hahaa! Feeling nak start berbento. Ini paper craft cutter. Boleh guna untuk seaweed juga. Tapi aku dah try dah, tumpul. Cis. Tool bento jugak. Vege cutter. Feeling nak makan carrot bunga-bunga. Amboiiii. Kemain lagi. Ni Egg Frame.  Tu diaaa. Alat senaman ok. Getah regangan (skema sungguh aku) Tapi apakah maknanya itu jika ia masih dalam plastik? Hahahaaa!

My Day 9

Image
Assalamualaikum! Dulu-dulu masa blogging ni baru nak naik, banyak orang tulis entry gaya 30 days challenge. Alah, tulis ikut tajuk,  ikut hari. Rupanya aku punya semangat tulis entry by challenge ni terhenti tahap Day-8 jer..Hahaaa! Giler pemalas. Entry tu pasal gambar favourite aku. Kat sini. Sekali tu tengok apakah tajuk My Day 9? Mak aihhhhhhhh! Tu diaaa! Tu diaaa!! Your Dream Wedding kata dia....hahahaaaa! Entahlah, aku tak ada dream wedding yang spesifik. Aku cuma harap begini. Pengantin lelaki tu bila aku pandang dia, aku pasti dia adalah orang yang aku sayang dan aku hendak hidup bersama dia di dunia dan akhirat. Masa aku pakai baju pengantin, berat aku ialah lingkungan 65kg - 68kg sahaja. Hahaaa! Aku tak terlepas menjemput kawan-kawan sejak tabika KEMAS, SRK Jalan Bomba, SMK Dato' Harun, UiTM Shah Alam, PALAPES, KD Sri Klang, MN Associates, Zahiriah & Co, MAIS dan seterusnya UiTM Melaka. Eh? Ada yang tertinggal tak? Majlis kahwin aku adalah majlis r