Posts

Showing posts from May, 2017

Amukan Oven.

Assalamualaikum. Dekat ofis hari ni ada buat potluck sempena Ihya' Ramadhan plus bacaan Yaasin dan tahlil sekali. So masa tentukan menu, aku dengan bangganya bagitau nak bawak brownies kedut. Bahan memang dah berkurun beli tapi masa yang sesuai belum tiba lagi. So, ini lah masa yang ditunggu-tunggu! Hihiii. So, malam tadi suami ajak makan kat luar. Plan aku ialah nak buat popia sayur as kudapan sebab suami tak nak makan nasik. End up, dia ajak makan steamboat kat Klebang. Apalagi, zasss! Memang suka lah kan tak jadi masak. Hihihii. Cepat2 simpan semua bahan dalam peti ais balik. Balik dari Klebang dah pukul 10.30 malam. Anak pun dah tido. Aku pun keluarkan lah bahan brownies kedut. Suami dengan keyakinan yang tinggi request nak bawak bekal popia sayur yang aku war-warkan tu esok pagi. =_+ Tarik nafas jap.  Kletang-kletung aku buat inti popia. Dalam masa yang sama duk double-boil chocolate. Pastu ayak tepung. zas-zas siap inti popia and sejukkan. Kulit popia pul

Aku Anak Yatim Piatu

Image
Assalamualaikum.... Kiranya, ini lah punca hilang segala keinginan nak menulis di blog selama ini. 8 tahun yang lepas, Aidifitri kami sambut bersama Mak dan pertama kali tanpa Ayah. Canggung. Namun atas ketabahan Mak, kami tetap bersatu sekeluarga. Tahun ini, ketibaan Ramadhan kami sambut tanpa Mak. Sunyi. Kosong.  ======================================================================== Tanggal 22 April 2017, telah pulang ke pangkuan pencipta seorang ibu yang dicintai...selama-lamanya..tak dapat lagi aku pegang dan cium..tak dapat lagi aku peluk..terhenti sudah doa seorang ibu buat aku.. Terlalu banyak cerita..cubaan dan dugaan.. Tak akan padam dari ingatan saat dia terbujur kaku..tanpa nyawa..kami anak-anak memandikan, mengkafankan..mencium dahinya buat kali terakhir..menghantarnya ke daerah yang kekal abadi.. Mak.. Tinggal lah Mak baik-baik di sini.. Selagi hayat dikandung badan, doa untuk Mak Kak Chik kirimkan.. Semoga Mak dan Ayah disatuka