Posts

Showing posts from July, 2017

Ubat Batuk Yang Selamat Untuk Ibu-Ibu BF

Image
Assalamualaikum!

Dua minggu lepas diri ini kena batuk gatal. Cara batuk gatal tu, kau baru terdehem sikit, mula lah tak berenti menyahut batuknya. Dah pulak tu, tak berkahak. Kalau kahak hijau tu puas hati juga lah kan. Seakan batuk kering gayanya. Bila malam makin menjadi-jadi. Huhuuuu.

Memang sejak bersalin tak makan sebarang ubat sebab menyusukan baby kan. Selalunya akan cuba treat guna essential oils Young Living and alhamdulillah berkesan. Memandangkan stock eo Thieves dah habis, tak dapatlah nak buat resepi untuk dry cough guna essential oil masa tu.

Sebab dah tak tahan sangat batuk tu, pegilah ke Farmasi Rayhan kat Alor Gajah tu (bagus farmasi ni, recommended!)


Ni yang dicadangkan. No alcohol, 100% herba. Harga tak ingat. Tak sampai RM10 pun rasanya. Memang berkesan.