Posts

Showing posts from September, 2009

...KehilangaN 2...

Image
Kehilangan tidak semestinya kerugian. Ada masanya ia menjadi begitu hampir dan sangat akrab dengan kita. Ketika kehilangan wang ringgit, kerugiannya tentu dilihat kuantitinya, banyak atau sedikit. Kehilangan orang, disayang atau sebaliknya, dalam apa keadaannya sekalipun, sering pula dilihat melibatkan makna kehadiran. Begitu, kehilangan ada kalanya adalah juga kehadiran, selama mana kehadiran itu dimaknakan dalam jiwa.

**credit to Dr. Nash

...Kehilangan...

Apabila bercerailah nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau?
b. Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau dunia himpunkan engkau?
c. Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau?

Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat mengapa jadi lemah?
b. Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang petah bercakap mengapa diam?
c. hai anak Adam, di manakah kekasih engkau mengapakah jadi mulia rakan engkau?

Apabila dibawa ke atas kain kapan maka menerjah suara dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam, engkau herjalan kepada perjalanan yang jauh dengan tidak berbekal?
b. Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya?
c. Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada engkau kenderaan selama-lamanya? Dan engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!

Apabila man…

Sepatutnya Bila Berpuasa Otak KIta Cerdas- Nak salahkan Pil Pati Ayam Brands

Assalamualaikum!

Sejak 1 Ramadhan aku telan pil pati ayam Brands..dengan beberapa harapan seperti berikut :

1) Klien aku cakap skrip ini
Aku : Ok, saya check dulu perkara ni, esok pagi saya telefon balik ya?
Klien : Ok, tapi semalam pun kata nak telefon balik..tak telefon pun..

2) Classmate aku tak salahkan aku dalam kelas sebab tak ingat fakta dia sewaktu dia buat presentation..(fakta dia ya..bukan aku yang tengah present kat depan..)

3) Aku tak malukan diri aku depan bos aku
Aku : Eh, kenapa saya tak datang opis hari tu ya?
Bos : Sebab kau ada exam la..eh? apasal aku pulak yang ingat?

4) Supaya aku tak makan 'murtabak yang telur ayam sudah dibasuh' 3 hari berturut-turut hanya kerana aku tak boleh fikir makanan lain..

Am I brain damage?

ps ** mari sembahyang terawikh 20 rakaat..