Posts

Showing posts from September, 2015

Resepi Sos Steamboat Ala Johnny's

Image
Assalamualaikum! Walaweyhhhhhhh! Kemain malas lately ni nak menulis. Ada pun semua separuh jalan lepastu terperap kat draf. Namun demi pembaca dan stalker ku yang setia, ku gagahkan jua. Heheeheheee. Alaaaaa, gurau pun tabuli. ;p Menulis is my passion, and I want to keep writing as I could. Ceewah. So, makan-makan ni buat dah lama dah. Time puasa hari tu rasanya. Ni kira menu berbuka dah hujung-hujung. Semuanya sebab tergoda dengan menu berbuka dari blog Kak Fillanie ler. Resepi pun dapat dari situ. Tengkiu kak. Sumber inspirasi sangat. Hihiii. So, ni bahan-bahan untuk sos ala Johnny's nya. Lebih kurang seperiuk dapatnya. 10 biji cili besar merah (buang biji) 4 ulas bawang putih 5 sudu besar minyak bijan 5 sudu besar sos ikan 5 sudu besar cuka makan 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar kicap manis 1 sudu besar pati oren Sunquick  1/2 sudu kecil tepung jagung 1 cawan air Garam dan gula secukup rasa Bijan yang disangai secukupnya Daun ketu

Bersyukur Apa Yang Ada

Assalamualaikum. Holaaa-holaaaaa!! Apa kabar semua? Od, apa macam kawen? Best tak? Hahaaa! Ni soalan standard yang akan selalu ditanya kepada pengantin baru. So, chill je dan bagitaulah bestttttt sangatttt! Hihhiii. Ogos telah melabuhkan tirainya dan kini kita sedang menjalani September. Ceeewaaaahh! Of course la ada penekanan di situ kerana  this both months is very significant to me. Hihiii. Alhamdulillah, me and Tonjer menader-menader dah melepasi fasa satu tahun pertama perkahwinan pada 30 Ogos yang lepas. Alhamdulillah. It was very 'adventerous' journey, ok. Haha! Apapun, terima kasih atas masa, perhatian, pujuk, nasihat, gurau, uwettt (hihii) dan terutama sekali kasih sayang yang tidak berbelah bagi..And also the anniversary gift! Thank you Ebyy, i really need it and i loveeeeeeee it! (Konon bercakap dengan suami dalam blog, padahal kat rumah terkinja-kinja , tersipu-sipu panggg kanggg hahahaaaa) Dan selepas tu, hari jadi pulak tibaaaa. Time hari jadi

UPSR

Image
Assalamualaikum. Hari ni last paper UPSR eh? Tengok member-member kat ofis punya komited amik cuti sebab anak nak UPSR terkenang pulang zaman aku UPSR dulu-dulu. Hihi. Result aku takdelah flying colors mana setakat 3A1B je. Yang B tu pulak Matematik padahal tahun tu subjek Matematik adalah senang nak score. Siap kena panggil dengan Guru Besar lagi time tu. Tapi apa nak buat kan. I just hate Math very mucho-mucho gracias. Heee. Seingat aku batch aku yang dapat 4A ialah dua orang jer. Yesss! 2!! Aku rasa itulah prestasi sekolah paling teruk tahun tu. Sebabnya aku tak tahu. Tapi seingat aku ada sikit ketidakpuasan hati di kalangan murid Tahun 6 time tu (kitorang lahh hahaa).  Cerita dia, masa kitorang darjah 4, sekolah akan cari talent-talent seni untuk wakil sekolah dalam pertandingan nasyid, koir dan macam-macam lagi. Ye lah takkan nak suruh budak darjah 1 pulak kan. Suara pun chipmunk lagi. Hihii. Kira darjah 4 tu dah mantap la sikit. Aku ingat lagi detik-detik awal pe

30DBC - Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak

Assalamualaikum. Apa ni. Berabad dah 30 days challenge aku tak sudah-sudah. Kah kah kah. Takpe lah, tengah ada mood ni nak menulis. Ni meja aku bertimbun kerja kita biarkan dulu. Eeewaaaahhhh!! Masa aku kecik-kecik, aku adalah boyish. Muka aku comot dan takde sekeping pun gambar yang aku simpan. Tapi kat Mak aku ada lah kot dia simpan.  Aku ingat aku selalu main basikal dan suka main bawah rumah. Mak ngan kakak aku kata aku jenis easy to handle masa kecik mungkin sebab aku anak tengah-tengah dan ramai kakak so aku tak terabai. Heeee. Tak tahu lah lucu ke tak, Mak kata aku selalu kena tinggal kalau diorang nak pegi jalan-jalan. Sebab aku suka muntah dalam kereta dan suka 'nak berak' di pertengahan jalan. Potong stim semua orang. Hahaaaa! Ada satu kali balik kampung, dekat jalan yang sunyi sepi tu lah aku nak terberak. Dulu-dulu mana ada banyak RNR tu semua kan. Kesudahannya Ayah berenti kat kilang kayu dan tumpang berakkan aku kat situ. Hihiiii. So setiap kali

Tips Memilih Limau

Image
Assalamualaikum. Selalunya aku beli limau memang failed. Samam (masam) kata Ebob. Rupanya ada petua beb nak pilih limau ni. Kata kunci dia ialah 'pilih yang bontot dia buruk'.  Tapi kalau nak pilih suami atau isteri, tak boleh pakai petua ni sebab dilarang melihat bontot sebelum kawin. Bila dah nikah, kau terima je lah bontot berkerak ke apa. Kata dah laki/bini kauuuu. Hahaaaa! Lepas nikah baru ejas. Heeee. Ok lawak bodoh je ni.  Ni contoh limau bontot buruk, ok. Masamla jugak tapi sedap. Good luck.

Nyaris.

Image
Assalamualaikum. Hari tu Mak datang spot-check hihiii. Tak lah Mak datang lepaskan hajat buat makan-makan kat rumah aku. Buat kecik-kecik ja, dalam 30 orang tetamu. Alhamdulillah, berjalan lancar. Terima kasih Mak! I love you soooooooo strongggg! Muahh! Kalau Mak datang, aku ngan suami akan tido 'bilik merajuk' hihii. Bilik tu sapa tido memang tak ingat dunia punya. Merajuk kat dalam ni, gerenti takde sapa pujuk punya..hihiii. Bilik ni lighting dia syahdu je, sentiasa gelap. Tido hari ni, 8 tahun lagi kalau tak kena sepak baru tahu erti bangun tido. Melampau mandremnya. =_= Bilik tu ada tilam single je. Time tu lah nak tido himpit-selit-belit bagai hahaaa! So, malam tu aku siap-siap ambik posisi dah. Tonjer pulak duk tertiarap mendugong main hanfon ngan COC kat laptop. So, aku dengan solehahnya memejamkan mata dulu laa. Dalam 2, 3 kali aku tersedar cahaya lampu hanfon hala kat aku. Tapi aku buat dunno je la sebab sangkaan aku mesti konsentrasi Tonjer aku ni tergang

Hai.

Assalamualaikum! Hola-holaaaa! Ambooiiiiii kemain lagi ye. Tiba-tiba je hihiii. Saja jer nak marah korang. Macam-macamlah berlaku lately. Alhamdulillah, yang baik-baik aja. Ada juga mendapat perkhabaran buruk dari kawan-kawan. Hanya mampu mendoakan saja.  Hidup ni macam roller-coaster. Ada pepatah yang berbunyi : 'Hidup ini terbina antara pahit dan manis. Jika selalu saja pahit, hati akan menjadi rawan. Tapi kalau selalu saja manis, hati akan menjadi bosan'. Apapun, kita mestilah bersangka baik dengan Allah. InsyaAllah. :)