Posts

Showing posts from 2012

Buku Baru

Image
Assalamualaikum! Hari ni, aku dah buat keputusan nak tukar tajuk blog aku. Itu pun kalau ada yang perasan la..Hahaa! Insyaallah, aku akan mula kerja dekat tempat baru pertengahan bulan ni. Ni lah namanya rezeki yang tak disangka-sangka. Syukur.   Walau pun dapat tentangan (ececehhhh) dari kawan-kawan yang tak sanggup melepaskan pemergian aku, tapi demi cita-cita, ku turutkan jua. Dont worry, our friendship is not to the end. Insyaallah.   Belum lagi bab orang bertanya apa kerja aku, mengapa lain dari yang sekarang? Jenuh nak menerangkannya. Walau macam mana panjang lebar aku terangkan, orang akan kata 'oh, keja mak guard lah yer?'   Many things happened, many things to be settle, many things to be solve. Sighs. Syukur, everything have done and going well as planned.     So, i'm proudly announce that yes, i am Mak Guard to be. So, nantikan cerita-cerita seram dari aku di hari-hari yang mendatang. Haha!!   Masa aku kerja dekat Pusat pun, Ustaz ada

Benda Yang Ada Juga Orang Tak Tahu

Image
Assalamualaikum. Smart Tag - Darjah kecerunan  masa nak di halakan ke sensor tu hendaklah sama dengan kecerunan cermin yer. Ia memang direkacipta sebegitu rupa. Tajamkan la skill ambik kecerunan tu. Bukannya smart tag tu rosak ke hapa, kalau bateri high dan baki masih banyak. Tidaklah nanti mengundang sumpah seranah orang lain. Gitu.   Daki - Mengapa sarung tangan mandi (bath glove) tu dicipta? Sebab secara purata setiap orang membuang 1.5 juta sel kulit mati dalam masa sejam. Bayangkan kalau dalam setahun kita tak pernah sental badan. Berapa kilo la sel kulit mati yang menyumbang kepada berat badan kita sendiri. Ni aku ada terbaca dalam majalah. Bukan aku reka-reka. Sental jangan tak sental.   Colour blocking - Sekarang ni trend colour block tau. Jangan nak mengejek pulak orang pakai baju kuning tudung biru. Trend ok, trend!

TRIBUTE - TERLANTAR

Assalamualaikum.   Ayah duduk di atas kerusi roda. Tunduk. Emak juga ada di sisi. Juga memandang kosong.   'Doktor, berapa kos kalau hendak buat operation di sini?' 'Lebih kurang 20 ribu.' Dr. Lukman menjawab lembut. Memandang aku dengan riak simpati.   Sepi. Aku juga sepi. Ya Allah, anak-anak mahu berikan rawatan yang terbaik buat Ayah. Tapi di mana pula hendak cari 20 ribu? Pada saat ini aku tidak sanggup memandang wajah Ayah. Tidak sanggup dan tidak mampu untuk mengangkat muka.   Adik beradik aku tidak ada yang bekerja kerajaan. Cuma aku saja, itu pun separuh kerajaan. Kepala aku mula sakit. Serabut. Mula berfikir-fikir apa benda yang boleh aku gadai atau jual. Mula terbayang-bayang wajah orang-orang yang berpotensi menghulur pinjaman. Ya Allah...    'Takpe, kalau hendak saya tolong referkan pada hospital kerajaan saya akan telefon ke hospital yang terdekat.' Doktor bersuara seolah-olah faham kemelut yang berperang dalam hati aku.  

Petua Menghilangkan Kesan Turun Warna Pada Tudung Raya

Image
Assalamualaikum.   Ewaahhhh..beraya sakan nampak? Berat berapa naik? Hahahaa!   Nak jadi cerita, masa nak sambut ambang Syawal baru-baru ni aku pun sebok-sebok macam orang lain beli baju raya. Dah beli baju raya kena la beli kasut raya dah beli kasut kenala beli tudung raya seterusnya kuih raya kemudian langsir raya lepastu sarung kusyen raya dan akhirnya peruntukan duit raya pun takde. Maaf adik-adik.   Sebab keghairahan melampau aku pun pakai baju baru yang sepatutnya digayakan pada hari raya ke pejabat lengkap dengan tudung raya sekali. Perghhh. Memang satu kepuasan dapat pakai baju raya awal dan adalah alasan yang kukuh nak pegi beli lagi baju lain. Ye lah, pagi raya hukumnya sunat memakai pakaian baru. Tak gitu?   Nak jadi cerita, lepas buat laundry, aku lupa nak jemur baju sebab kelam kabut balik kampung nak beraya. Elok jer dalam bakul semua konon-konon aku nak sidai. Nasib baik aku kerja pada raya ke-2 tu (perghh 'nasib baik' tuuu..kau ado? Hahaa!) ja

Tribute - Punca

Assalamualaikum. Kisah benar. Hari tu di pejabat aku dapat panggilan telefon dari kakak. Dikhabarkan yang Ayah sakit perut. Lewat malam tadi dibawa oleh abang aku ke hospital kerajaan tapi doktor kata cuma keracunan makanan. Masuk air sebotol dan disuruh balik. Lewat sungguh berita sampai kepada aku. Marah ada, geram pun ada. Tapi mungkin niat abang tidak mahu menyusahkan adik-beradik lain. Ya, faham. Tapi, tolonglah. Ketepikan niat untuk menyusahkan. Yang penting hal kecemasan sebegitu perlu dikongsi segera.  Mak kata Ayah mengadu masih sakit perut yang teramat sangat. Kasihan. Selepas bincang adik-beradik, kami hendak rujuk Ayah ke hospital swasta di Shah Alam, dekat dengan pejabat aku. Mujur Bos aku sangat bertimbang rasa. Dengan kebenaran dia, aku dapat pelepasan keluar untuk urus Ayah di hospital nanti. Terima kasih, Bos. Hanya Allah dapat balas jasa Bos tu. Lebih kurang jam 10 pagi, Ayah sampai di hospital di bawa oleh abang ipar aku dan kakak. Mak pun ada. Sayu hati

Menu Berbuka - Aku

Assalamualaikum. Sekarang ni, aku beli jer la. Dah berbulan jugak tak petik tombol dapur. Nak kata malas tak malas. Apa ke dia tu. Keadaan tak mengizinkan. Hihi. 1) Karipap. Tiap hari makan karipap pun takpe. 2) Murtabak. Ni tengok hari. 3) Roti john. Tengok penjual. Kacak, aku beli. 4) Karipap balik. Mak aiiihhh. Adakah aku sangat membosankan? Tidakkkkkkkkkkkk. Aku kurang makan nasik kat luar. Kecuali bila balik rumah Mak. Lagi satu, jangan bergantung pada aku bila nak review makanan. Semua aku kata sedap atau boleh lah. Kecuali pasal harga, aku pandai komplen. Secara kesimpulannya, apa pun yang kita makan, itulah rezeki yang Allah beri pada kita. Alhamdulillah sangat. Jangan banyak komplen, jangan membazir. ps - Aku suka makan, sebab tu aku gemuk. :)

Perasaan Oh Perasaan

Assalamualaikum. Vavavavaaaa..apa khabar semuanya? Pejam celik dah lima hari puasa yer.. Alhamdulillah, berjumpa juga kita dengan Ramadhan yang penuh berkat dengan rezeki di dalamnya..semoga ada Syawal yang penuh bahagia untuk kita semua..ececehhh..skema pulak aku akhir-akhir ni yer..hehhheh.. Hari ni aku nak kongsi pasal 'perasaan'. Perasaan yang bila kau rasa kau tak boleh bangun setiap pagi pada waktu yang kau tak pernah fikir kau kena bangun semata-mata sebab kau nak pergi KERJA. Ya, kerja. Supaya tiap hujung bulan, kau dapat gaji, dengan duit gaji tu kau akan beri pada mak, tutup lubang-lubang pinjaman, bayar bil-bil, beli kasut, baju, makan sedap-sedap, belanja kawan-kawan dan tak lupa juga beli benda yang tak berfaedah. Apa dia, biarlah aku dan kau saja tau. Ya, itu baru perasaan nak pergi kerja. Sambung lagi. Dengan perasaan kau drive waktu jalan lengang, hari masih gelap, layan radio, makan skittle sebab nak renjatan berjaga, lumba-lumba sikit supaya te

Persediaan Sebelum Kena Transfer

Assalamualaikum. Amaran : Persediaan ni sesuai untuk sesetengah orang je. Terutama yang jenis macam aku. Yang kena transfer dari Shah Alam ke Kuala Kubu Baru. Juga Ratu Sesat. Heheh. Satu. Pergi tinjau ofis baru 2 hari sebelum lapor diri. Tengok-tengok jalan mana yang kita nak lalu. Masa ni buat catatan berapa tol nak lalu, berapa ringgit, berapa lama, berapa jarak. Time tu boleh pikir2 dalam hati nak ulang alik ke atau nak sewa rumah dekat dengan opis. Boleh pikir dan terus berpikir. Dua. Beli smart tag. Tak payah beli kalau tempat kerja kau tak lalu tol. Sebab kalau jarak transfer menyebabkan kau kena keluar rumah seawal Subuh, jangan ambik risiko bayar tol tunai-tunai ni. Sekali hulur duit yang sambut tu takde kepala. Masak. Hahahaa! Lawak jer. Tak kuasa lah penat-penat drive lepastu nak queue panjang-panjang sebab bayar tol. Lepastu sampai rumah dah penat, merempan-rempan. Terus malas kerja. Berenti terus. Tiga. Polish kereta. Imej tu. Pegi cuci kereta bagi berkila

New Chapter

Assalamualaikum. Akhirnya...akhirnya..akhirnya... Penghijrahan yang dinanti telah bertemu jalan mula.. Biar pun memberi kesan dalam hati, Ternampak juga jalan keluar bagi kegundahan hati yang terpendam selama ini.. Terima kasih Ya Allah.. Hari ini, esok dan seterusnya, Perlu cekalkan hati, Demi satu lembaran baru, Demi cabaran yang menanti di depan.. Biar orang terus berkata, Biarkan, biarkan biarkan.. Bukankah kebenaran akan tetap berdiri, Cuma masa jadi penentu.. Ya Allah Ya Tuhanku, Terima kasih kerana sudi mendengar, Rintihan hati hambaMu yang lemah, Dan hina ini..

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.

Assalamualaikum. Saja ja bubuh tajuk macam tu. Sebab orang selalu google keyword macam tu kan? Hihi.  Semalam, rasa sakit tengkuk. Siap diagnose diri sendiri ada darah tinggi atau ada hantu duduk kat tengkuk. Padahal, tak jaga diri sendiri..memanglah macam-macam sakit. Satu badan rasa stress and I really need full body massage. Tak menahan pulak tu. Nak time-time tu jugak. Dasar gelojoh. Nak dijadikan cerita, dah lama jugak tak tak buat spa treatment..ada la dalam 6 bulan lepas kot. Selalu nya aku buat dekat Spa D'Wajah, Plaza Alam Sentral. Aku suka situ sebab tempat dia very cosy, senang nak parking dan tukang urutnya are from Indonesia. I am not prefer local masseuse. Kalau aku pi sini aku akan call direct adik urut tu dan buat booking through her. Tapi sejak budak tu sms bagitahu dah berenti dan promote tempat kerja dia yang baru which is not in Shah Alam, aku pun tak pi sana dah...Spa ni  okay, tapi a little bit pricey la..So, sebab hari ni aku kedekut dan berkira, a

Untuk Semua Rakan Sekerja.

Assalamualaikum. Saya tahu, kita semua sedang melalui hari-hari yang sukar. Kita semua sedang bergelut dengan semangat, motivasi diri, rasa hormat, perasaan marah dan bermacam-macam lagi perasaan yang kita semua tidak dapat terjemahkan dengan kata-kata. Apa yang mampu kita buat adalah memendam perasaan dan berdiam diri.  Atau ada di antara kita yang mengambil peluang ini dengan melakukan pelbagai pekerjaan yang boleh mengalihkan perhatian kita dari terus memikirkan permasalahan yang sama seperti menghilangkan diri dari pejabat dan membuat kerja-kerja peribadi seperti berjumpa pegawai bank untuk submit borang overlapped, berjumpa pembekal tudung bagi menjalankan perniagaan secara online, melayari airasia.com untuk survey-survey harga tiket paling murah untuk cuti panjang, mengemaskini resume dan sijil-sijil akademik sebagai persediaan temuduga, mendownload lagu-lagu terkini ke dalam handphone, melayari mudah.com untuk survey sparepart kancil convert MIRA, mengulangkaji pasaran em

Survey.

Assalamualaikum. Betapa boringnya bila kerja yang sepatutnya siap hari ni dah siap semalam. Lepas tu duduk diam-diam dan tak campur masyarakat sebab nak kembangkan sifat 'buat apa yang disuruh saja'. Selamatlah macam ni, tak ada kerja.  Tapi apa yang boleh dikatakan lagi kerana separuh semangat berjuang dah tercicir di medan perang. Bekalan peluru pulak dah habis, tak kan nak keluar duit sendiri beli peralatan perang. Tak kuasa. Rasa nak tampar diri sendiri pulak tulis macam ni. Tapi tak kan lah nak cederakan muka yang tak jemu dipandang ini. Matila puji diri sendiri. Lepas tu asik nak salahkan orang lain diri sendiri kurang rajin bekerja. Cakap jer nak curi tulang sekejap. Nak jawab survey.  1.. What time did you get up this morning? 5.30 am - sebab nak kena makan ubat cuci kolon. Heheh. 2. How do you like your steak? Well done. 3. What was the last movie you saw at the cinema?   Battleship-repeat. 4. What is your favorite TV show? White Collar. 5. If you could l

Apa Khabar Adik-Adik

Assalamualaikum ya.. Apa khabar semua? Ada baik? Gaji ada naik? Hahaaaa! Bukan tak sudi nak update akan tetapi ada kekangan yang terkangkang-kangkang makanya faham-faham ajalah. Ini dulu buat sementara waktu. Panjang umur berjumpa lagi. Apa? Entri sampaahhhhh kata kauuuu? Ko ada? Hahaaaa!!

Putry Qalesya

Image
Assalamualaikum. Aku meniarap di samping Qalesya. Cuba bermanja-manja dengan dia. Maklumlah, Qalesya ni agak diva sikit perangai dia. Hanya orang tertentu saja yang bisa mendekati dia. Qalesya belek2 gambar yang dirompak dari beg abang dia, Atak. Aku : 'Uuu Echa,cantik..cantik..' Aku tunjuk-tunjuk gambar pasir berwarna yang dia pegang. Gambar tu gambar pemandangan kapal layar atas laut. 'Ini apa?' Aku tanya sambil tunjuk gambar matahari. Qalesya : Chan. (Sun) Aku : 'Pandaii...ini apa?' Aku tunjuk gambar burung. Qalesya : Bird Aku : 'Ini?' Aku tunjuk pada air laut warna biru. Qalesya cakap-cakap bahasa tinggi. Maknanya dia tak tahu. Aku beritahu dia, 'Ini sea.' Aku ulang-ulang supaya dia sebut ulang-ulang.  Aku : 'Ini awan.' kata aku sambil tunjuk pada gambar awan. 'Awan, cloud. Awan apa? Awan cloud.' Aku ulang. Qalesya : 'Awan nano (dalam pelat) Aku : "Bukan, awan cloud.' Qalesya : Nanooo. Aku : Clooouuudddd. Biar b

Sexy Sunday.

Image
Assalamualaikum. Dengan insiden ampaian runtuh segala, spagetti goreng mamak membuatkan diri terasa lebih sesuai menceburi bidang surirumah tangga. Hoih-hoih. Ting! Rotate.

Berjalan Dan Jatuh.

Image
Assalamualaikum. Oh yes. Baru-baru ni pegi berjalan dengan kawan-kawan dekat shopping complex baru dekat Shah Alam. And yes, aku jatuh terjelepuk di khalayak 'beberapa orang strangers' sebab leka berborak guna handphone dan tak perasan lantai tu macam bertangga sikit . Malu? Oh yesss. Hahaaa! Tapi apa nak buat kan..hidup mesti diteruskan. Bak kata kawan aku yang menyaksikan kejadian penuh keintiman tersebut 'siapalah yang tak pernah jatuh depan orang ramai..' So..sapa-sapa yang tak pernah lagi jatuh depan orang tu..jaga-jaga haaa.. Nak share satu benda menarik pasal Space U8 tu. Pujian patut diberi kepada pemaju, arkitek dan pihak-pihak terlibat yang sangat tidak berkira sediakan kemudahan surau bertaraf 5 bintang. Sangat selesa, luas dan menenangkan. Ini macam, baru perniagaan boleh maju. Hehehh.   Hoih-hoih. Tak reti aku nak pusing gambar ni. Nasiblah. Hoihh. Tak reti lagi. Ni tempat ambik wudhuk. (Ni dia rotate sendiri. Magic) Part ni best. Dalam surau ni,

Sejarah Telefon

Image
Assalamualaikum. Holaaa! Yer, hari ini masak spagetti lagi. Macam semalam. Hahaaa! Tapi I ada improvised sikit letak ikan bilis. So jadila spagetti goreng kampung gitew..U all tak ada kan? Haha! Dua tiga hari lepas masa outstation, pilot pasang Sinar FM. Time tu KE and gang bincang-bincang pasal apa handphone pertama yang kita pernah pakai. Bila dengar tu, teringat aku pada handphone pertama aku. Memang sentimental value. Masih aku simpan sampai sekarang. Tada! Jenama KYOCERA buatan Korea katanya. Ini lah  telefon pertama aku yang dibelikan oleh arwah ayah aku. Ayah belikan masa aku second year dekat ITM, tahun 2000. Masa kitorang tengah tengok2 handphone tiba2 telefon tokey tu berbunyi lagu Doraemon. Lepas tokey habis bercakap, ayah aku kata 'Tokey, saya mahu itu, macam awak pakai'. Tokey kata 'Aiyaa uncle, ini saya baru pakai 2 minggu, ini baru punya model, saya tak ada jual lo'. Lepas tu Ayah aku kata 'Kalau itu macam, kasi saya angkat lu punyalah'. Dan

Brunch.

Image
Assalamualaikum. Holaaaaa!! Aku tak taulah sama ada brunch tu benar-benar untuk 'breakfast + lunch'. Sejurus membuka mata yang bundar, 'eh, dah tengahari?' maka bergegas melihat jika ada makanan telah tersedia. Of course lah hampa. Haha! Tengok peti ais, apa pun tak ada. Setelah membuat pemerhatian yang teliti maka terhasil menu yang cukup menyelerakan lagi menggemukkan serta mengenyangkan khusus untuk orang-orang bujang yang desperate nak makan akan tetapi sangat pemalas nak ke pasar membeli barang basah apatah lagi hendak ke restoran-restoran makanan bagi membeli makanan siap sedia. Mempersembahkan 'Spageti Bujang - Hapuskan Airmatamu, Banyak2 Berdoa Pelamin Anganmu Tidak Musnah. ps - Sonang jo masak eh. Den raso sodap jo. Den tak kisah pun tak sodap. Raso macam spageti carbonara pun ado, raso mee mamak pun ado. Hahahaa! Alhamdulillah, boleh tido.

Rabiulawal.

Assalamualaikum. Seseorang yang istimewa lahir pada bulan ini, Dia juga diambil penciptanya pada bulan ini, Yang tinggal adalah kasih sayangnya yang subur sepanjang zaman, Ajarannya, sabdanya, kisah perjuangannya dan segala-galanya tentang dia. Ya Allah, biarkan hati ini tetap rindu, Biarkan jiwa ini sentiasa tercari-cari, Izinkan diri ini bertemu dia, Demi syafaat, demi cinta, demi rindu. Aku rindu padamu, Ya Rasulullah. ps - Bacalah selawat 'Allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala aalihi wa as-haabihi ajma'iin.' Maksudnya, "Ya, Allah, kurniakan pujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat beliau." ps - Kisah Rasulullah SAW

Tajuk Tak Payah Nak Gempak2 Sangatlah..

Image
Assalamualaikum. Semalam hati ini tak dapat ditahan-tahan lagi. Baucar Buku 1 Malaysia yang terselit di dalam dompet murah aku seakan-akan minta ditebus. 'Inilah masanya, inilah masanya', getus hati aku. Selepas mengetik kad perakam waktu, berasap-asap mobil kecilku menyusur jalan raya menuju toko buku. Sampai di sana, meleleh-leleh air liur. Ghairah melihat kedai buku. Liar mataku mencari pembantu kedai. Tak ada pula kecuali petugas kaunter. Aaahhh! Aku terus menuju ke bahagian stationary. Aku capai benda alah yang aku idam-idamkan sekian lama itu. RM29.90. Hehehhh..Jimat duit aku kalau aku boleh beli guna baucar. Tetapi aku tidak gelojoh. Aku terus ke kaunter. 'Dik, yang ni boleh guna baucar?' Aku buat efek mata bersinar untuk cuba menarik aura positif.  'Tak boleh. Cuma boleh beli buku dan stationary yang ada label notebook atau notepad ja, Kak. Majalah pun tak boleh. Novel terhad untuk satu ja bagi setiap baucer RM50'. kata Adik tu. Aku berlalu longlai. O

Sajak 'Sila Berurusan Dengan Senduk'

Assalamualaikum. Oh Customer always right! Kalau kau bisa seperti Indonesia Bisa, Menganggap diri kau sentiasa 'customer always right', Kau perlu bisa berfikir juga, Adakah kau berurusan dengan monyet? Atau engkaukah yang berkelakuan seperti monyet? Janganlah engkau nak always right sangat, Sebab bukan semua benda kau always know, Sekali sekala cubalah percaya, Customer sometimes get it wrong. Sekalipun kau hendak mempertahankan kau punya right, Kau minta lah dan buatlah dengan cara seperti kau berurusan dengan MANUSIA, Barulah kau akan dilayan dengan lebih baik sebagai MANUSIA Manusia yang pandai kecik hati bila kau cakap dia tak pandai buat kerja, Manusia yang tahu marah bila kau tuduh dengan fakta yang salah, Manusia yang tahu geram bila kau tak faham apa yang dia cakap, Manusia yang tahu fade-up bila kau asik nak cepat sedangkan kau tahu kau kena sabar, Kau kena menunggu, Menunggu sampai masalah yang kau ciptakan itu, Dapat diselesaikan. ps- Bila kita berurusan di mana-