Posts

Showing posts from December, 2014

Kenangan Banjir Aku

Image
Assalamualaikum. Sebahagian rakyat Malaysia kini sedang diuji dengan bencana banjir. Semoga Allah SWT melindungi mereka semua dan mempertingkat kesabaran mereka dalam menghadapi ujian ini.  Juga semoga Allah menggantikan yang rosak dan hilang dari mereka dengan sesuatu yang lebih baik kemudian nanti. InsyaAllah. Seumur hidup aku, tak pernah berhadapan dengan banjir yang besar. Pernah dalam tahun tak ingat (aku Tingkatan 2) sekolah aku banjir air paras buku lali sebab hujan tak berhenti  turun. Boleh plak pegi sekolah aku time tu ye. Rajin bebeno. Masing-masing student angkat kain melebihi lutut. What the.....hahahaaa! Paling aku tak boleh lupa insiden terperangkap dalam kereta masa banjir. Masa tu aku aktif reserve officer dekat Jalan Semarak, KL. Time tu aku study lagi kat Shah Alam.  Hari tu pulak ada event berbuka puasa dengan VIP. Yang aku ingat, dari Shah Alam kitorang gerak dalam pukul 5 petang macam tu naik kereta senior aku. Kereta dia jenis Nissan (kalau t

Entry Khas

Image
Assalamualaikum! Terima lah sajak khas daripada aku. Untuk seseorang yang istimewa. Yang baru-baru saja hadir dalam hidup ni.  Tajuk : How I Met You Versi Ecewah-Ecewaahh Kawan temukan kita Dalam telefon Pandai-pandai la kata dia Kenal-kenal lebih kurang Kamu ajak jumpa -----> (ada cerita I dah up kat blog ni. Rajin cari le ye) Boleh aja Makan tengahari kita First date katanya Kamu yang mentekedarah nasik Sedangkan I minum je..hihi Tak lama lepas tu Kamu terpaksa pergi Kerja, kerja, kerja Berpisah tak lama 2 bulan je Dalam tempoh tu Tak dapat berhubungan kita Berserah saja pada yang Esa Tapi kenapa Hati berputik rindu Siang malam tertanya-tanya Adakah kamu juga begitu? -----> (kat sini boleh start ecewah-ecewahh hahahaa!) Dari situ mula ada kepercayaan Dan juga sikit harapan Langkah kita semakin laju Kita buat apa yang perlu Keutamaan mendapatkan restu Pertama kali Emak lihat kamu Terus kata setuju

30DBC - Sejauh Mana Pendidikan Penting Bagi Aku

Assalamualaikum Pada aku ini sangat subjektif. Sebab apa? Jika kau ada Diploma, adakah kau cukup pandai jaga hati dan hak orang lain? Jika kau ada Degree, pandaikah kau hormat pada orang yang lebih tua? Jika kau ada Master, adakah kau cukup toleransi dengan kekurangan ilmu orang lain? Apatah lagi kalau kau ada Phd... Arwah Ayah aku memang dah set bagi anak-anak dia pencapaian pendidikan paling rendah kami orang ialah lulus SPM. Ayah juga terapkan budaya membaca dalam family kitorang. Alhamdulillah, ada anak-anak ayah yang capai lebih tinggi dari tu atas keinginan sendiri demi ilmu. Adik aku, walaupun tak 'menjadi' kat sekolah, kalau berbual isu-isu semasa luas pengetahuan sebab dia suka membaca.  Pada aku, ketinggian tahap pendidikan bukan penentu ketinggian ilmu dan budi. Ada yang belajar tinggi tapi tak beramal pun dengan ilmunya. Jadilah ilmu yang terperuk dan lama-lama dia lupa.  Ada yang belajar tinggi dan bergaul dengan orang-orang berilmu, tapi

Bon Appetite

Image
Assalamualaikum. Semalam hari yang suram sesuram gigi yang sakit. Apa je lah yang boleh kita buat bila sakit gigi melainkan cepat naik angin dan kalau bercakap banyak pun air liur yang bertakung berlumba-lumba nak jatuh meleleh. Ahaii.  Semalam hanya mampu makan instant oat tapi macam biasa mesti nak lebih-lebih selera kampungnya. Sempat juga menumis sambal ikan bilis hancur. Bajet tak perlu kunyah. Sambal haruslah yang mampu mengalirkan air mata kann. Ambik kau pagi ni berry-berry. Heeee. Malam tadi, sambil nak divertkan mood sakit gigi sempatlah aku berangan whislist makanan kalau dah baik sakit gigi nanti. Tadaaaa! 1) The Loaf Ni sebab aku tengok Majalah 3 malam tadi laaa. Dokumentari roti Jepun. Terus aku terbayang kesedapan roti The Loaf. Semua sedap la kat situ. Malangnya Tun M tak sudi lagi nak bukak kat Melaka ni. Come on Tun..please laaa. 2) Dominos Pizza Yang ni aku tak dulik, baik gigi jer memang aku pegi beli. Give me chicken pepperoni, doub

Sakit Gigi

Assalamualaikum. Start malam semalam aku dah rasa sakit gigi. Aku syak ni nak tumbuh gigi bongsu sebab sakit gigi belah atas belakang. Padahal gigi atas aku cantik dan sihat-sihat aja semuanya yang kat atas belakang tu. Eh, perasan cantik. Heeee. Sebab semalam hari Ahad dan aku memang tak kuasa nak keluar rumah, aku tahankan aja lah. Buat air garam, aku kumur-kumur. Masuk petang sikit, terasa bengkak dah gusi ni. Atoiiiii. Ni lah baru merasa sakit gigi sejak berbelas-belas tahun tak sakit gigi. Sakit dia tak boleh nak kata. Pujuk hati sabar jer. Nak kunyah pun tak boleh ni.  Allah tarik sekejap nikmat makan. Allah...

Bersangka Baik Dan Bersyukur

Assalamualaikum. Dekat tempat aku selalu beli barang dapur ada kiosk kecik-kecik. Ada satu Pakcik tu dia jual junkfood yang nugget-nugget, sosej, fries, daging burger, keropok lekor dengan air. Memang itu je yang dia jual. Tengok dari segi umur, mungkin Pakcik ni dah pencen.  Pakcik tu akan pakai baju chef putih, apron dengan topi chef yang tinggi tu. Rambut dia ala-ala rock jugak. Dia goreng-goreng nugget tu semua lepas tu bubuh dalam polisterin kecik. Kalau kita nak, dia akan gunting-gunting, letak sos, mayo dengan blackpepper sos. Harga 2 ringgit. Selalunya bila aku tolak troli keluar memang akan lalu depan kedai dia. Aku mesti singgah. Aku akan beli. Aku selalu fikir, Pakcik boleh je berehat dirumah tapi dia berniaga jugak walaupun kita tahu berapa sangatlah untung. Mungkin jugak Pakcik ni jenis tak boleh duduk diam. Jadi dia cari kerja untuk isi masa lapang. Atau memang itu kerja dia cari rezeki?  Baru-baru ni masa aku tunggu dia gunting-gunting nugget tu, datan

30DBC - Makan Apa Hari Ni

Image
Assalamualaikum. Hola-holaaaaa! Walahhhh..lama tak tulis. Sibuk maaaa..ingat takde kerja ke? Takde buat ada, ada buat bodowwww.  Hahaaaa! Okay, kita warming up dengan entry lite-lite gitu. Lepas ni, kalau kerajinan berganda kita bincangkan isu yang ilmiah sikit. Hahaaa! Hari ni yang dimaksudkan ialah 9 Disember 2014. Pagi tadi aku mulakan dengan minum secawan hot chocolate cap Gano Excel. Lepas tu pura-pura bizi di pejabat sampai tak sempat nak pergi breakfast. Tengahari, masa nak balik rumah time rehat terserempak jiran yang usahakan perniagaan kecil-kecilan, diberi pula juadah tengahari free. Alhamdulillah. Kuay Teaw Sup Dumpling Ayam Dengan Sambal Kicap Malam, jamah cekodok ikan bilis order dari suami yang duty dan ditutupi dengan juadah paling win iaitu Maggi Kari ditumis dengan bawang merah, bawang putih dan cili menggunakan sedikit minyak. Tambahkan air serta pecahkan telur di dalamnya. Lahaiii. Sedap wa cakap luuuu. ps - Suami takde kat rumah bole