Posts

Showing posts from March, 2013

Aku Akan Merindui Kamu - Kakak Ku.

Image
Assalamualaikum. Aku akan merindui kamu, Kakak ku, Kerana hati ini ada ruang tersendiri untuk kamu. Tak mungkin aku tidak menangis untuk kamu, Kakak ku, Kerana kita pernah menangis bersama. Tak mungkin aku lupa kamu dalam doaku, Kakak ku, Kerana aku mahu kamu bahagia di sana. Jangan takut Kakak ku, Anak-anak kamu yang kecil ini akan jadi dewasa, Akan kami ajarkan mengenal Allah, Akan kami ajarkan merindui kamu, Akan kami ajarkan mengingati kamu, Akan kami ajarkan memeluk kamu dalam pelukan hati mereka. Kakak ku, Maafkan aku kerana tidak menjadi adik yang paling sempurna. Kita akan bertemu nanti Kakak ku, Kita akan bertemu nanti di sana, Di satu daerah yang abadi, Aku bawa rasa rindu. ~ Al-Fatihah buat Kakak ku 24 Julai 1979 - 24 Mac 2013

Rahsia Kurus

Image
Assalamualaikum.   Saja nak share dekat sini macam mana aku hilang 10 kilo dalam masa 21 hari. Kejadian berlaku baru-baru ini. Yer, semasa aku di bumi Melaka Bandaraya Bersejarah ini. (Jeng..jeng..Jeng)   Sebelum tu sila patrikan (gila ayat macam nak tulis sajak) dalam otak prinsip-prinsip penurunan berat badan.   1) Tidak ada jalan singkat seperti - Tidak perlu berdiet, Tidak perlu bersenam atau hilang 5 kilo dalam masa sehari. 2) Tidak ada jalan murah iaitu langsung tak payah keluar duit walaupun 50 sen . 3) Tidak semudah dengan hanya meminum atau memakan formula 'magic' atau sekadar sapuan krim pelangsing terhebat. 4) Tidak dengan hanya memakai korset dan lemak terbakar. 5) Tidak semudah yang diwar-warkan. Hahahaa!   Dulu-dulu seingat aku, berat paling ringan aku pernah ada ialah 52kg. Itu suatu waktu dulu. Masa aku Tingkatan 5. Masa berganti masa, waktu berganti waktu aku masih ingat berat zaman pekerjaan ialah 75kg. Dan berat paling terkini sebelum

'Nak Kawin Dengan Komando' - Pandangan Peribadi

Image
Assalamualaikum.   Dari dulu lagi. Aku dah pernah ceritakan kat sini pun. Sampai satu tahap, aku cakap pada Lulu 'Aku nak kawin dengan mana-mana jer badan beruniform kecuali BOMBA'. Hahaa! Tapi itu dulu. Masa aku masih mentah, dan tak kenal erti penyesalan.   Tapi sekarang, impian itu masih sama. Cuma impian itu punya landasan, sebab musabab yang tersendiri. Agak peribadi untuk dikongsi. Dan bagi sesetengah orang mungkin, 'INI SEMUA POYO!'   Tapi aku tak kisah. Aku tak perlu nak terangkan kepada semua orang mengapa dan mengapa. Betapa seriusnya aku hingga aku minta officemate aku kenalkan anak squadmate dia yang join military pada aku (please take note that aku sekarang minta orang yang jodohkan aku. Penat dah nak cari sendiri). And luckily, my officemate ramai yang ex-military and we have ex-komando here too! Auuukk!   Selesai bincang isu Sulu, one of ex-komando said this to me.   Encik : Dalam mencari jodoh ni, kita tak boleh memilih nak koman