Posts

Showing posts from 2017

Baby Walker - Perlu Atau Tak?

Image
Assalamualaikum.
Aku nak share pasal ni.  Aku memang tak belikan anak walker. Nyaris-nyaris patah semangat nak beli sebab masa anak fasa merangkak, sangat-sangat stress bila dia ikut mana je kita pegi. Huwaaaa.
Masa tu banyak kali jugak merayu kat suami sampai tahap pegi survey kat kedai. Hahahaa! Pastu tengok harga walker mahal sampai beratus ringgit terus insaf kejap. Hihii. 
Sebenarnya dari awal memang dah kaji pros and cons kegunaan walker ni. Banyaknya cons lah sebab kebaikan dia SATU je iaitu TAK PAYAH SUSAH DUKUNG ANAK. Kannnnn. Anak nak main, buh dalam walker. Anak nak makan, suap dalam walker. Kita nak mandi, buh anak dalam walker. Kita nak masak, buh anak dalam walker. Kita nak sapu sampah, buh anak dalam walker. 
Ok, bila kita nak start buh anak dalam walker? Bila anak dah pandai duduk kan? Bila anak pandai duduk? 5 bulan? 6 bulan? 9 bulan? Beza-beza tiap anak. 
Allah dah jadikan cantik perkembangan anak-anak dari baring, meniarap, mengesot, duduk, merangkak, berdiri, bert…

Hernia - Angin Pasang Pada Baby

Image
Assalamualaikum.
Holaaaaa!  Aku ni baru naik kerja lepas dua minggu cuti tanpa gaji u ollsss. Menguruskan anak acibum ni keluar masuk hospital sebab hernia. Cuti rehat dah habis. Kenapa habis? Ada la sebabnya ok. Tahun 2017 tahun ujian bagi aku. Huhuuu.
Biasanya kalau ada anak lelaki dari baby memang orang tua akan tekankan bab penjagaan bebird dia tu kan. Kena tuam. Kalu dak nanti bimbang jadi angin pasang. Sebut hernia orang tak tau sangat kan. Tapi meh sini aku nak betulkan sikit fakta pasal angin pasang ni memandangkan pengalaman aku menjaga anak yang kena hernia ni.
Masa anak aku lahir, memang nampak normal je bebird dia tu. Ritual menuam tu memang aku buat. Tapi aku noticed masa umur dia 2 bulan kantung telo (scrotum) belah kanan dia besar sebelah. Nampak ketara masa nangis atau masa pampers basah lepas kencing. Sebab anak aku memang aku bawa ke Klinik Kesihatan tanpa gagal, aku refer juga doktor kat sana. 
Nak puaskan hati aku bawa jumpa pediatrician and doktor tu picit-picit …

Cekodok/Cucur Roti

Image
Assalamualaikum!
Hujan weyhhh. Nyaman sungguh la nii.
Cerita dia, hari tu suami beli roti putih satu bundle (ehh?). Asalnya nak buat sandwich tapi tergendala. Nasib baik roti tu simpan dalam peti ais. Masuk 2 minggu sakit mata pulak tengok roti dalam tu terus google yawwww.
Mula tu berdebar jugak nak buat cucur roti ni sebab bimbang bila goreng nanti serap minyak. Don't worry yall'ssss memang tak serap minyak sebabbbbb ok check it out cara-caranya.
Ini semua bahan dan cara lebih kurang je ye. Selebihnya guna naluri sebagai isteri gitu..hahaha! Bukan setakat nak detect suami kerjaan apa di luar guna instinct yer, buat cekodok pun guna instinct okeyyy. Hahaa! Gurau ye, gurauuu.
1) 7-10 keping roti putih dicarik-carik dan dilembutkan dengan air panas dalam 3-4 sudu 2) Bawang besar dihiris 3) Cili merah atau cili padi (tumbuk/hiris) 4) Ikan bilis secukupnya ditumbuk atau lain-lain rencah nak guna. Udang ke apa pun boleh ikut suka. 5) 3 biji telur 6) Garam dan perasa secukupnya. 

Ubat Batuk Yang Selamat Untuk Ibu-Ibu BF

Image
Assalamualaikum!

Dua minggu lepas diri ini kena batuk gatal. Cara batuk gatal tu, kau baru terdehem sikit, mula lah tak berenti menyahut batuknya. Dah pulak tu, tak berkahak. Kalau kahak hijau tu puas hati juga lah kan. Seakan batuk kering gayanya. Bila malam makin menjadi-jadi. Huhuuuu.

Memang sejak bersalin tak makan sebarang ubat sebab menyusukan baby kan. Selalunya akan cuba treat guna essential oils Young Living and alhamdulillah berkesan. Memandangkan stock eo Thieves dah habis, tak dapatlah nak buat resepi untuk dry cough guna essential oil masa tu.

Sebab dah tak tahan sangat batuk tu, pegilah ke Farmasi Rayhan kat Alor Gajah tu (bagus farmasi ni, recommended!)


Ni yang dicadangkan. No alcohol, 100% herba. Harga tak ingat. Tak sampai RM10 pun rasanya. Memang berkesan.

Tips _ Pembelian Carseat

Image
Assalamualaikum.
Selamat datang ke blog Mak-Mak. Hahaaa!
Kala ini bumi Lendu sedang hujan lebat. Lighting pun dah sepoi-sepoi bahasa. Pulak tu Ramadhan ke 26. Faham-faham je lah kan. Orang dah tak duduk mengadap kerja dah. Sebab kerja pun dah takde. So, aci jelah kan update blog.
Walaupun bulan puasa ramai orang update makanan berbuka, tapi diri ini terkecuali. Sebab makanan berbuka ku agak sendu untuk dipamerkan. Hahaa! Biasa-biasa aja sebab aku pun kaki google resepi gak. 😎
Okay, nak share pasal carseat untuk anak-anak ni.
Kat Malaysia ni budaya pakai carseat kat anak-anak tak tular lagi. Sebab undang-undang kita tak ketat. Kalau kat luar negara, kita boleh kena saman kalau anak tak duduk dalam carseat waktu memandu. Bagi aku, carseat ni penting dan membantu sebab :
Satu : Kemudahan Ibubapa. Dalam kes aku, lepas pantang suami pergi operasi 3 bulan. Dah aku kena drive sendiri dengan anak umur 2 bulan lebih. Nak hantar rumah babysitter, nak balik kampung. So, letak anak dalam carsea…

Happy Birthday Abubutttt!

Image
====ENTRY TERTUNDA===
Assalamualaikum.
26 Mei satu tarikh yang tidak mungkin akan aku lupakan. 
Allah Maha Pemurah, Maha Berkuasa. Dengan izinNya, aku diberi peluang merasai nikmat menjadi seorang ibu. Mengandungkan, membawa zuriat ini dalam kandunganku selama 9 bulan tanpa alahan dan dipermudahkan segala-gala urusan sepanjang mengandung. 
Allahuakbar.
Sesungguhnya Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Saat melahirkan anak ini baru lah aku betul-betul faham hati seorang ibu.......

Sakit, penat, jerih..dalam ketawa dan bahagia bila tengok anak di depan mata..


Ammar Raees,

Awaklah cinta hati Ummi..
Anak Ummi nombor satu..
Yang mengajar Ummi jadi seorang ibu..
Yang mengajar Ummi sabar..
Yang mengajar Ummi berdikari..
Yang mengajar Ummi erti pengorbanan..

Dengan kudrat yang ada Ummi akan lakukan yang sehabis baik untuk kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan hidup Ammar Raees.

Terima kasih kerana selalu menghilangkan rasa sedih, gundah dan kecewa Ummi..

Setahun terasa terlalu cepat. Dari …

Jatuh Cinta Pada Young Living Essential Oils!

Image
Assalamualaikum!
Korang-korangggg! Aku nak share benda baik ni.  Ni semua gara-gara terlalu banyak melayari instagram waktu berpantang dulu. Hihii. Lantas terjumpa lah produk from Young Living ni.
Masa Ammar Raees nak dekat-dekat lahir, memang berazam nak besarkan dia dengan seboleh-bolehnya yang natural/organic ingredients dan products. Bermula dengan cloth diapers lah dulu masa tu. Memang keep beli and top up month by month stock cloth diapers. 
Lepastu dalam tergoogle tu jumpalah testimoni pengguna essential oils from Young Living ni. Macam mana nak sembuhkan demam, selsema, batuk, HFMD and macam-macam sakit yang common kena pada baby guna essential oils.

Akhirnya, tertarik, terbuat order dan memang terjatuh cinta sangat-sangat dengan esential oils!

Berkat sabar, istiqomah setakat ni Ammar Raees masih belum makan ubat klinik atau hospital kalau demam, selsema atau batuk. Alhamdulillah setakat ni tak ada lah pulak terkena penyakit yang teruk-teruk dari 3 tu.

Bear in mind, I bukan a…

Testimoni - Air Fryer Philips HD9220 Viva

Image
Assalamualaikum.


Semalam benda alah ni sampai kat ofis, semalam jugak terus test try cuba. Maklumlah, ni kira gadget idaman. Orang lain dah lama pakai, aku baru nak sakai. Hihiii. Lama tau tunggu. Aku beli through instagram UKshop4malaysia harga RM549.00 kapasiti 0.8kg. Yang ni bukan digital tau. Kalau yang digital harga dalam RM700++ camtu.
Tapi tau lah beli barang dari UK ni memang jauh lebih murah tapi menuntut kesabaranlah. Tapi aku suka sangat tunggu di samping bayaran pun boleh installment. Hehehee. Aku tengok untuk model yang sama macam ni dekat Shopee RM676, 11street RM589, Senheng RM699, Lazada RM607. 
Disebabkan terlalu teruja, tema buka puasa semalam ialah airfryer. Hahahaaa!
1) Ikan Bakar Airfryer Dengan Sambal Petai

Ni ikan kembung. Ada lagi sekor ikan cencaru. Tapi Tonjer I dah balun dulu tak sempat nak snap. So memang kena potong sikit ekor cencaru tu baru boleh muat 2 ekor ikan ni dalam tu. Kalau semua ikan kembung aku rasa muat kot 3-4 ekor. Lagi satu tips dia, aku l…

Amukan Oven.

Assalamualaikum.
Dekat ofis hari ni ada buat potluck sempena Ihya' Ramadhan plus bacaan Yaasin dan tahlil sekali. So masa tentukan menu, aku dengan bangganya bagitau nak bawak brownies kedut. Bahan memang dah berkurun beli tapi masa yang sesuai belum tiba lagi. So, ini lah masa yang ditunggu-tunggu! Hihiii.
So, malam tadi suami ajak makan kat luar. Plan aku ialah nak buat popia sayur as kudapan sebab suami tak nak makan nasik. End up, dia ajak makan steamboat kat Klebang. Apalagi, zasss! Memang suka lah kan tak jadi masak. Hihihii. Cepat2 simpan semua bahan dalam peti ais balik.
Balik dari Klebang dah pukul 10.30 malam. Anak pun dah tido. Aku pun keluarkan lah bahan brownies kedut. Suami dengan keyakinan yang tinggi request nak bawak bekal popia sayur yang aku war-warkan tu esok pagi. =_+
Tarik nafas jap. 
Kletang-kletung aku buat inti popia. Dalam masa yang sama duk double-boil chocolate. Pastu ayak tepung. zas-zas siap inti popia and sejukkan. Kulit popia pulak kena kopek satu-…

Aku Anak Yatim Piatu

Image
Assalamualaikum....
Kiranya, ini lah punca hilang segala keinginan nak menulis di blog selama ini.
8 tahun yang lepas, Aidifitri kami sambut bersama Mak dan pertama kali tanpa Ayah. Canggung. Namun atas ketabahan Mak, kami tetap bersatu sekeluarga.
Tahun ini, ketibaan Ramadhan kami sambut tanpa Mak. Sunyi. Kosong. 
========================================================================
Tanggal 22 April 2017, telah pulang ke pangkuan pencipta seorang ibu yang dicintai...selama-lamanya..tak dapat lagi aku pegang dan cium..tak dapat lagi aku peluk..terhenti sudah doa seorang ibu buat aku..
Terlalu banyak cerita..cubaan dan dugaan..
Tak akan padam dari ingatan saat dia terbujur kaku..tanpa nyawa..kami anak-anak memandikan, mengkafankan..mencium dahinya buat kali terakhir..menghantarnya ke daerah yang kekal abadi..
Mak..
Tinggal lah Mak baik-baik di sini.. Selagi hayat dikandung badan, doa untuk Mak Kak Chik kirimkan..
Semoga Mak dan Ayah disatukan semula di dalam syurga Allah..
Kak Chik…