Posts

Showing posts from July, 2015

Tagged Sweet Caption. Jadahh! Hahaa!

Image
Assalamualaikum. Recently, kecoh sangat si Amran pasal caption sweet oleh suami kepada isteri blogger terkenal (of course terkenal nak banding dengan aku ni. Hahaaa!) Pada aku, tak salah pun dan tak poyo pun. Poyo lagi aku. Hahahaa! In fact, diorang tu husband and wife. Suami isteri ok.  Yang silapnya ialah attitude sebahagian pasangan non-halal ni lah. Over samacam. Dengan #relationshipgoal lah, ada sweet caption jer nak tagged pasangan bagai. Come on, be realistic okay. Dah kenapa kau asik nak suruh pasangan kau jadik sweet untuk kau macam orang lain tu sedangkan yang penting dalam relationship ialah kau kena suruh dia jadi diri sendiri! Ni nasihat mesra untuk adik-adik (termasuk mantan-mantan yang masih belum berumahtangga. Hahaaa! Selamat Hari Raya! Nak stalk, stalk lah tapi kat sini di larang mengutuk, ok. Nak kutuk, kutuk diri sendiri dulu. Hahaa!)  Let me tell you, marriage is not like u imagine. It was moreeee fun and also sometimes sangat menguji kesabaran. Ha

Resepi TomYam Pekat Gerenti Sedapp!

Image
Assalamualaikum. Tajuk mesti tak mau kalah. Ada risiko di situ bila jamin gerenti sedap. Hihii. Tapi sapa lepas try resepi ni rasa tak sedap maknanya dia tak reti masak. Hahaaa! Jahat. Aku suka makan TomYam yang pekat sikit. Masam pedas sikit baru kick. Makan kat kedai jarang-jarang dapat makan yang kuah pekat so kita google jer. Ramai yang sedekah resepi. Resepi asal aku amik dari sini  tapi bila masak guna apa yang ada dan sedikit naluri. Heeee. Petua dia, kalau tak tau sangat berapa banyak nak bubuh bahan, bubuh dalam bilangan ganjil. Kata orang tua lah. Nak ikut boleh, tak nak ikut pon boleehhhhh. :) Bahan-Bahan (Untuk makan 3 orang) 1) Ayam/Sotong/Daging/Udang secukupnya - aku guna kepak ayam potong sendi + udang + sotong 2) Lobak secukupnya - potong bulat/taji/bunga/panjang pun boleehhhh 3) Bunga kobis secukupnya 4) Cendawan tiram secukupnya 5) Tomato 1/2 biji- dibelah 6) Daun limau purut secukupnya 7) Sebatang-dua serai diketuk 8) Seinci halia- diketuk

Selamatttttt Hariiiiiii Rayaaaaaaa!

Assalamualaikum. Baju Raya. Mula-mula suami kata tak payah baju raya. Ok, dia tak payah, aku payah. Hihii. Akhirnya atas segala kepercayaan dan ketidakcerewetan suami, tema kitorang tahun ni ialah colour block. Hahaaa! Kuih Raya. Ihsan dari kakak dan Mak. Hihii. Home-made tau. Apa kuih ada kat kampung, itu jugak ada kat aku. Setakat ni ada biskut cornflakes, oat, kelapa, dahlia, semperit dan nestum. Ok la tu dari takde. Hee. Duit Raya. Dari aku, takde. Dari suami, ada. Niat nak sedekah, apa yang ada je. Giliran Raya. Raya pertama kat Merlimau, raya kedua baru balik rumah Mak. No arguement, no gaduh-gaduh. Deal! Hihiiii. Cuti Raya. Aku apply seminggu  cuti raya. Sakan noooo. Suami, cuti dibekukan. Huwaaaa!!!! ps - Takde nak cakap apa-apa. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin.

My Cheeky Meychah

Image
Assalamualaikum. Ntah. Hari ni tiba-tiba rasa rindu dekat anak buah aku sorang ni. Putery Qalesya.  Kadang-kadang aku panggil dia Mak Esah, Malicha, Makwe Keting and whatsoever. Hahaaa! Sejak aku kawin, tak taulah kenapa Tonjer aku jadi mangsa keadaan. Cukup anti kat Tonjer aku tu. Yang mamat tu pulak, kalau tak menyakat tak sah. Kadang-kadang tu, tengah elok-elok berbaik, duduk atas riba bagai, tiba-tiba Mak Esah sentap. Sebab...kena gigit la, kena pulas la, kena ejek lah. Sungguh tak berseni suami aku melayan budak perempuan. Hahaaa! Ada satu kali, dekat kampung aku dah kepenatan sangat terbaring atas katil. Anak-ank buah aku yang lain bertebaran kat lantai sambil tengok tivi. Mak Esah pulak himpit-himpit aku atas katil. Dia tengok tivi jugak. Aku dengan suami kan ala-ala lovebirds, duduk jauh pun mesti kena pegang. Tak kira la dapat hujung jari ke, hujung rambut ke. Mesti nak meleseh. Hahaha! Sekali suami aku pegang tangan aku tau-tau je kena sound 'Haa, tanga