Posts

Showing posts from May, 2013

Tribute - Aku Dan Kadet Itu.

Assalamualaikum!   Kali ni aku nak share satu lagi kira macam cerpen la hasil nukilan aku berdasarkan real story. Seingat aku, cerita pendek pertama yang aku karang tajuknya 'Pesan Pada Angin' yang aku tulis masa aku Form 2. Ada la dalam 10 helai kertas kajang bukan depan belakang. Watak utama dalam cerita tu aku letak nama 'Noy' sempena nama kawan aku Yon. Cerita dia, cerita sedih sebab aku buat cerita tu Noy akhirnya mati. Apa la. Hahaha!   Cerita yang ni pulak kisahnya kawan aku yang request aku tulis based on our experience as Cadet Navy Volunteer lebih kurang 14 tahun lepas dekat UiTM. So, i came up with this humble story. Enjoy reading and rate me. :) ********************************************************************************* Isnin, Pagi – Menara UiTM Pagi itu saya dan kawan-kawan ada misi penting. Hari ini hari terakhir untuk ‘daftar KO’. Kami tidak ada pilihan, perlu pergi ke HEP, Menara untuk daftar KO. Dalam bas, kami telah berbincang.

Mak Guard Dan T-Baton

Image
Assalamualaikum!   Tak pernah lagi aku share cerita aku sejak jadi Mak Guard kan? Hihii. Gila kau. Kerja aku ni sibuk, tauhu tak? Mana ada masa nak up entry jer. Ni kira aku rajin baru la boleh share cerita. Terima kasih la kepada yang tak sengaja bukak blog aku nih. Hahahaaa!!   Okay, minggu depan ni aku kena pi kursus Polis. Jadi opis aku sediakanlah macam-macam latihan. Satu daripadanya latihan T-Baton.   Untuk yang tak familiar apa dia T-Baton mari akak bawa anda mengembara bersama akak yer. (Maklumat akak dapat hasil google yaw. Kalau salah tolong perbetulkan akak yang gemuk lagi naif ini..)   T-Baton ni atau nama sebenar dia Tonfa Baton adalah sejenis alat mempertahankan diri Jepun yang boleh dipendekkan dan dipanjangkan. Lebih praktikal daripada cota. Banyak dah agensi yang gunakan T-Baton ni macam RELA, JPAM termasuklah PDRM. Mula digunakan dalam PDRM sejak tahun 2008 kalau tak silaplah. T-Baton ni sesuai digunakan untuk menangkis ancaman senjata tumpul dan taj

Cerita Bersiri Yang Best (Dulu-dulu)

Image
Assalamualaikum.   Dulu-dulu, masa zaman aku jadi Ratu TV ada cerita bersiri yang aku suka tengok. Genre aku bukan yang macam Awan Dania, Halimah Jongang ke apa. Aku ni serius orangnya. 1) La Femme Nikita. Ni cerita penyiasatan. Nikita ni kira protege penyiasat dia punya mentor nama Michael. Nikita ni asalnya jahat, drug addict dan terbunuh orang. Jadi ada agensi ni ambik dan latih dia untuk selesaikan kes-kes jenayah untuk tebus salah dia. Lebih kurang macam tu lah cerita dia. Gigih aku tengok setiap episod sebab aku tunggukan si Michael tu jer. Huahua. Michael. Comey dak Kak Toonn.     2) The X-Files   Ni aku rasa orang ramai tau. Aku suka jer cerita macam ni sebab aku percaya jer makhluk asing. Tagline dia pun 'I Want To Believe' gitu haa. Seperti biasa, dah tentu sebab Ejen Fox Mulder tu yang buat aku bertahan menontonnya. Huahua.     3) White Collar   Ni cerita ni baru lagi. Taste aku terhadap ejen-ejen penyiasat pun dah maju. Suka