Posts

Showing posts from 2015

Welcome 2016!

Assalamualaikum. Ada kat ofis ni di kala ramai ibu-ibu dan bapak-bapak yang bercuti uruskan hal masuk sekolah anak-anak. Macamtu lah pengorbanan emak dan ayah zaman sekarang. Tak sanggup tengok anak-anak susah. Berbeza cara emak ayah zaman dulu. Anak-anak diajar berdikari sebab anak zaman dulu (read me) lebih kental jiwa. Sorry, but this is fact ok. Tak nak eloborate lebih-lebih, just my two cents. Tak sangka esok dah tahun 2016. Rasa tahun ni cepat sangat berlalu. Takde pun letak azam atau aims for specific target untuk 2016. Cuma ingin tambah usaha menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. InsyaAllah. Teringat, aku pernah draw azam tahun 2011 dulu kat blog ni. Jom kita tengok sikit apa dah jadi after four years. Hahaaa! Fasa 1 Aku target nak sambung belajar oversea lepas aku complete my PLK study when I'm 31. Alhamdulillah, I did it! Selepas tu aku bajet nak sambung Master kat oversea. Ceewahh. Alhamdulillah jugak, aku sambung jugak right after graduate but unf

Tadaa Papa.

Assalamualaikum. Amboiiii. Kemain lama menyepi. Hihii. Biasa je laaa..kat rumah ada wifi pun sekadar blogwalking ngan layan Beautifulnara jer. Nak buat entry baru macam takde keghairahan pulak. Hihii. Baru-baru ni balik kampung setelah sekian lama hibernate kat Melaka ni atas faktor kesihatan. Heee. Mak aihhh seronoknya dapat pecut laju atas highway. Yang tak bestnya Tonjer tak ikut balik sebab tak dapat cuti. Tu pun, konflik merajuk sentap bagai nak bagi permission. Apapun, terima kasih lah Anjer Ucuk Acham sebab memahami dan mempercayai hihiii. Yang seronoknya, anak-anak buah ada kat kampung. So, rutin macam biasalah, bawak Mak pegi pasar, pegi kenduri. Tiap hari Mak masak yang sedap-sedap. Tido lambat layan HBO tiap malam. Otw balik Melaka macam biasa appointment penuh dengan Manja-Manja I yang dirindui. Kopi-kopi, gosip-gosip, malam baru sampai rumah. Hihiii. Gamba-gamba takde.

Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia.

Image
Assalamualaikum. Holaaa-holaaa! Ada sesiapa yang teruja tak tengok Akak ada entry baru? Whattt? Takde? Hihiiii. Takpe, Akak memang over. Akak bukan malas menulis, tapi masalah Akak ialah Akak malassss sangat. Tak tau lah kenapa. Hahaaaa! Hormon kot. =_= Ni kat ofis. Cuaca redup, mata pun rabak. So, nak bagi cerah mata jomlah kita melagha kejap.  Di kesempatan ini, I nak ucapkan tahniah kepada penyanyi pujaan I sejak album Aku Cinta Padamu, Dato' Siti Nurhaliza atas berita beliau sedang berbadan dua. Alhamdulillah, rezeki. Ni je la sorang penyanyi yang I betul-betul minat. Dulu, masa diploma, sorang classmate I ni berjiran dengan Siti kat Pahang.  Selalu dia cerita pasal Siti sebab dia bukan sebarang jiran tapi memang rapatlah. So, bertambahlah kasih sayang I pada Mak Iti. Bila keluar cerita pasal Mak Iti nandung, aku faham kenapa dia ambik pendekatan 'no comment'. Walaupun isu ini telah diulas secara contradict oleh salah seorang blogger popular la jugak, t

Rindu

Assalamualaikum. Lately ni selalu mimpi arwah Ayah. Yang terkini, mimpi indah. Mimpi Ayah senyum gembira memangku cucu perempuan. Gembira. Terbayang-bayang Ayah ketawa. Rindu. Teramat rindu pada lelaki ini. Yang tak pernah sekalipun membuat hati ni sakit. Selalu meletakkan egonya sebagai Ayah di tempat yang bawah dalam mendidik aku. Semoga Ayah gembira di sana. Semoga kita berjumpa nanti.

Mimpi Buruk

Image
Assalamualaikum. Orang kata mimpi ni boleh jadi petanda. Sebab itu lah Nabi Yusuf AS Allah beri kelebihan mentafsir mimpi. Tapi kena tengok juga ciri-ciri mimpinya. Kalau dah mimpi di siang hari, tengahari buta, tido senja, memang elok sangatlah mimpi buruk. Tak reti nak bangun ke apa. Heee. Mainan tidur kata orang. Mainan syaitan. Pagi tadi, lepas Subuh aku mimpi. Pada aku mimpi buruk ah. Berjumpa dengan orang yang yang aku tak nak jumpa di alam nyata. Hahaaa!  Apa tu, dendam ke? Ntahlah.  Bagi aku, bukan semua benda yang kita elakkan atau tak nak panjang-panjangkan membawa maksud benci atau dendam. Contoh, orang ni berkali-kali ajak jumpa. Tapi kita seboleh-boleh tak nak. Ada orang tu, berkali-kali request nak jadi friend kat Facebook. Tapi kita ignore dia.  Tak dapat kawan di Facebook, dia request nak follow kita di Instagram. Pun kita ignore. Bukan benci, bukan dendam. Tapi kita nak jaga hubungan baik yang ada. Lebih baik macam ni. 

Resepi Mee Rebus Mat Ececeh.

Image
Assalamualaikum! Bertemu lagiiiiiiii. Hihiii. Ni entry tertangguh ni.  Inspirasi resepi dapat dari blog MasamManis ni tapi me is biasa lah kan. Perderhakaan sikit. Di adaptasi dari mee rebus Haji Wahid yang popular, tapi aku kan golongan so-so aja, takde daging guna lah udang dengan fish ball pengganti daging.  Bahan ni buat untuk makan dalam 4 orang atau bersamaan 2 orang dua kali makan. Hahaaa! Dapatla dalam seperiuk. Jadi mohon u olls agak-agaklah guna sixth sense masing-masing. Heeee. Bahan-Bahan Kuah. Serbuk kari ayam/ikan/daging. Ikutlah. (nanti tambah air jadikan pes) Cili giling Gula melaka. Gula pasir pun boleh. Serai Bawang putih + bawang merah + halia + udang kering. Mesin (mangkuk hijau) Ubi keledek direbus dan dimesin. (mangkuk merah) Tapi sedapnya keledek merah. Aku guna yang putih je. Kalau takde keledek, kentang pun boleh. Taucu dibasuh dan ditapis airnya. Tumbuk. Cara-caranya. Tumiskan dengan sedikit minyak serai, cili da

Kacau.

Assalamualaikum. Entah kenapa kes anak-anak orang asli yang hilang mengganggu fikiran aku akhir-akhir ni. Sedih sungguh tengok keadaan 2 orang anak yang survived. Betapa trauma dan terganggunya hidup diorang mengenangkan kawan-kawan yang mati depan mata, menghidu bau mayat yang busuk, melihat ulat-ulat menghurung badan kawan sepermainan.  Tak dapat aku bayangkan perasaan takut duduk di dalam hutan yang gelap tak tahu ke mana arah, lapar, dahaga...They just 10 and 11 years old! Allahu... Aku cuba bayangkan kalau aku tersesat dalam hutan, sendiri. Aku bagi tau suami aku 'mesti saya akan terbaring je tengok langit..' Suami aku kata 'Cari jalan keluar! Ikut sungai, makan apa yang binatang makan! Jangan nak terbaring ngan menangisssss aja!!'  Huhuuu. =_= Itulah beza kanak-kanak dengan kita. Kita yang dewasa mungkin ada ilmu, kemahiran dan bermotivasi tinggi untuk survive. Itupun kalau semangat dan tenaga masih ada.  Tapi anak yang dua orang ini...d

Hari 53

Assalamualaikum!  Alohaaaaaaa! Wow wow weeee! Life is quite hectic recently. Juggling between office and personal matters. And my mood is seems stuck in the roller coaster. Yeayyy! And my English is broken.  Like who care? Hahaaaa! I hope I would write a good news here one fine day.  Pray for me. Semoga Allah redha. :)

Resepi Sos Steamboat Ala Johnny's

Image
Assalamualaikum! Walaweyhhhhhhh! Kemain malas lately ni nak menulis. Ada pun semua separuh jalan lepastu terperap kat draf. Namun demi pembaca dan stalker ku yang setia, ku gagahkan jua. Heheeheheee. Alaaaaa, gurau pun tabuli. ;p Menulis is my passion, and I want to keep writing as I could. Ceewah. So, makan-makan ni buat dah lama dah. Time puasa hari tu rasanya. Ni kira menu berbuka dah hujung-hujung. Semuanya sebab tergoda dengan menu berbuka dari blog Kak Fillanie ler. Resepi pun dapat dari situ. Tengkiu kak. Sumber inspirasi sangat. Hihiii. So, ni bahan-bahan untuk sos ala Johnny's nya. Lebih kurang seperiuk dapatnya. 10 biji cili besar merah (buang biji) 4 ulas bawang putih 5 sudu besar minyak bijan 5 sudu besar sos ikan 5 sudu besar cuka makan 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar kicap manis 1 sudu besar pati oren Sunquick  1/2 sudu kecil tepung jagung 1 cawan air Garam dan gula secukup rasa Bijan yang disangai secukupnya Daun ketu

Bersyukur Apa Yang Ada

Assalamualaikum. Holaaa-holaaaaa!! Apa kabar semua? Od, apa macam kawen? Best tak? Hahaaa! Ni soalan standard yang akan selalu ditanya kepada pengantin baru. So, chill je dan bagitaulah bestttttt sangatttt! Hihhiii. Ogos telah melabuhkan tirainya dan kini kita sedang menjalani September. Ceeewaaaahh! Of course la ada penekanan di situ kerana  this both months is very significant to me. Hihiii. Alhamdulillah, me and Tonjer menader-menader dah melepasi fasa satu tahun pertama perkahwinan pada 30 Ogos yang lepas. Alhamdulillah. It was very 'adventerous' journey, ok. Haha! Apapun, terima kasih atas masa, perhatian, pujuk, nasihat, gurau, uwettt (hihii) dan terutama sekali kasih sayang yang tidak berbelah bagi..And also the anniversary gift! Thank you Ebyy, i really need it and i loveeeeeeee it! (Konon bercakap dengan suami dalam blog, padahal kat rumah terkinja-kinja , tersipu-sipu panggg kanggg hahahaaaa) Dan selepas tu, hari jadi pulak tibaaaa. Time hari jadi

UPSR

Image
Assalamualaikum. Hari ni last paper UPSR eh? Tengok member-member kat ofis punya komited amik cuti sebab anak nak UPSR terkenang pulang zaman aku UPSR dulu-dulu. Hihi. Result aku takdelah flying colors mana setakat 3A1B je. Yang B tu pulak Matematik padahal tahun tu subjek Matematik adalah senang nak score. Siap kena panggil dengan Guru Besar lagi time tu. Tapi apa nak buat kan. I just hate Math very mucho-mucho gracias. Heee. Seingat aku batch aku yang dapat 4A ialah dua orang jer. Yesss! 2!! Aku rasa itulah prestasi sekolah paling teruk tahun tu. Sebabnya aku tak tahu. Tapi seingat aku ada sikit ketidakpuasan hati di kalangan murid Tahun 6 time tu (kitorang lahh hahaa).  Cerita dia, masa kitorang darjah 4, sekolah akan cari talent-talent seni untuk wakil sekolah dalam pertandingan nasyid, koir dan macam-macam lagi. Ye lah takkan nak suruh budak darjah 1 pulak kan. Suara pun chipmunk lagi. Hihii. Kira darjah 4 tu dah mantap la sikit. Aku ingat lagi detik-detik awal pe

30DBC - Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak

Assalamualaikum. Apa ni. Berabad dah 30 days challenge aku tak sudah-sudah. Kah kah kah. Takpe lah, tengah ada mood ni nak menulis. Ni meja aku bertimbun kerja kita biarkan dulu. Eeewaaaahhhh!! Masa aku kecik-kecik, aku adalah boyish. Muka aku comot dan takde sekeping pun gambar yang aku simpan. Tapi kat Mak aku ada lah kot dia simpan.  Aku ingat aku selalu main basikal dan suka main bawah rumah. Mak ngan kakak aku kata aku jenis easy to handle masa kecik mungkin sebab aku anak tengah-tengah dan ramai kakak so aku tak terabai. Heeee. Tak tahu lah lucu ke tak, Mak kata aku selalu kena tinggal kalau diorang nak pegi jalan-jalan. Sebab aku suka muntah dalam kereta dan suka 'nak berak' di pertengahan jalan. Potong stim semua orang. Hahaaaa! Ada satu kali balik kampung, dekat jalan yang sunyi sepi tu lah aku nak terberak. Dulu-dulu mana ada banyak RNR tu semua kan. Kesudahannya Ayah berenti kat kilang kayu dan tumpang berakkan aku kat situ. Hihiiii. So setiap kali

Tips Memilih Limau

Image
Assalamualaikum. Selalunya aku beli limau memang failed. Samam (masam) kata Ebob. Rupanya ada petua beb nak pilih limau ni. Kata kunci dia ialah 'pilih yang bontot dia buruk'.  Tapi kalau nak pilih suami atau isteri, tak boleh pakai petua ni sebab dilarang melihat bontot sebelum kawin. Bila dah nikah, kau terima je lah bontot berkerak ke apa. Kata dah laki/bini kauuuu. Hahaaaa! Lepas nikah baru ejas. Heeee. Ok lawak bodoh je ni.  Ni contoh limau bontot buruk, ok. Masamla jugak tapi sedap. Good luck.

Nyaris.

Image
Assalamualaikum. Hari tu Mak datang spot-check hihiii. Tak lah Mak datang lepaskan hajat buat makan-makan kat rumah aku. Buat kecik-kecik ja, dalam 30 orang tetamu. Alhamdulillah, berjalan lancar. Terima kasih Mak! I love you soooooooo strongggg! Muahh! Kalau Mak datang, aku ngan suami akan tido 'bilik merajuk' hihii. Bilik tu sapa tido memang tak ingat dunia punya. Merajuk kat dalam ni, gerenti takde sapa pujuk punya..hihiii. Bilik ni lighting dia syahdu je, sentiasa gelap. Tido hari ni, 8 tahun lagi kalau tak kena sepak baru tahu erti bangun tido. Melampau mandremnya. =_= Bilik tu ada tilam single je. Time tu lah nak tido himpit-selit-belit bagai hahaaa! So, malam tu aku siap-siap ambik posisi dah. Tonjer pulak duk tertiarap mendugong main hanfon ngan COC kat laptop. So, aku dengan solehahnya memejamkan mata dulu laa. Dalam 2, 3 kali aku tersedar cahaya lampu hanfon hala kat aku. Tapi aku buat dunno je la sebab sangkaan aku mesti konsentrasi Tonjer aku ni tergang

Hai.

Assalamualaikum! Hola-holaaaa! Ambooiiiiii kemain lagi ye. Tiba-tiba je hihiii. Saja jer nak marah korang. Macam-macamlah berlaku lately. Alhamdulillah, yang baik-baik aja. Ada juga mendapat perkhabaran buruk dari kawan-kawan. Hanya mampu mendoakan saja.  Hidup ni macam roller-coaster. Ada pepatah yang berbunyi : 'Hidup ini terbina antara pahit dan manis. Jika selalu saja pahit, hati akan menjadi rawan. Tapi kalau selalu saja manis, hati akan menjadi bosan'. Apapun, kita mestilah bersangka baik dengan Allah. InsyaAllah. :)

Ucapan Untuk Od.

Image
Assalamualaikum. Od, apa khabar ye. Ntahkan Od baca ke tak blog kita ni. Tapi kita kan dah lantik Od sebagai penasihat blog ni. Tak kanlah Od nak makan gaji buta pada kita? Nama pun gaji buta kan, jangan harap kita keluar duit bayar gaji Od. Heeeeeeee. Kita yakin Od bersemangat malah maintain jer kurus macam masa kita tinggalkan Od dulu. Maklumlah hari bahagia Od semakin hampir. Tak lama jer lagi. Mesti berdebar-debar kan? Padan muka kau Od. Hahahaaa! Buat pengetahuan Od, foundation Mary Kay yang Od bagi kita dulu BARU je habis semalam. Tu pun lepas kita ketuk-ketuk, habis sungguh. Hebat kan Mary Kay? Padahal kita pakai hari-hari dari sejak Od bagi dulu. So, bila dah habis ni, makin menguatkan ingatan kita pada Od. Rupa-rupanya dah masanya kita beli foundation yang baru. Huuuuuu. Lepasni tak tahu lah Od akan jadi ahli yang aktif ke tak dalam grup wassap. Maklumlah, nanti Od akan sandang title 'orang baru kawin'. Kita confirm Od sibuk dan letih. O em ji. +_=

Soto Mat.

Image
Assalamualaikum. First of all, of second, of third, aku selalu share benda yang aku masak ni bukanlah nak kata aku terel memasak ke apa..tapi sebenarnya lebih menjurus ke arah nak simpan resepi. Sebab kadang-kadang aku bukak balik blog sebab lupa dah acaner aku masak. Hahahaa! Lagi pun, semua resepi bukan aku cipta pun, semua tengok orang lain punya. Sooooo, sooo, sooooo janganlah nak mengata ke apa okay. Just in case nak mengutuk lah..heeeeeee. Hari tu Mak bekal punya banyak ketupat segera so apa lagi kan. Nak buat kuah kacang tak reti. Kita buat soto je lah. Pun tak reti gak buat. Google je lah apa lagi. Hahaaa failed.. Aku ambik resepi soto tu dari blog Kakak Azlita  and that resepi Kak Azlita olah dari resepi Abang Mat . Tu yang jadi resepi Soto Mat tu. Hahaaa! Thank you otai-otai  blogger memasak ni.  Bahan Kuah Soto 1) Aku guna secukupnya bahagian ayam kegemaran Ebob aku. Dah kalau tidak sapa nak makan kan. 2) Sebatang serai. 3) Sedikit lengkuas diketuk.

Lailaiilaiiiii Kupang Masak Berlado Pedas Sampai Bibir Tebal

Image
Assalamualaikum. Sebenarnya selama ni aku jarang-jarang jer makan spesies kupang ni. Selalunya makan kerang jer. Tapi aku telah jatuh cinta kepada kupang selaras jatuh cintanya aku kepada Tonjer aku menader-menader tu. Ahakss! Sebab dekat rumah dia lah (masa belum kawin, rumah Mama) aku mula makan kupang ni.  Ingat lagi masa tu kitorang baru bertunang, aku singgah rumah Mama and time tu aku puasa. Mama jamu aku berbuka makan bubur nasi dengan sambal kupang meletup pedas. Perghhhhhh. Walaupun mengalir air mata tapi memang tak boleh berenti makan! Tak dan dah nak sorok-sorok tabiat kuat melantak tu depan bakal mertua. Well, my parent in law kalau masak memang mesti pedas ok. Sapa yang nak rasa kena cili mulut tu meh laaa. Hihiii. Gurauuuuuuu. Rupanya dekat Melaka kupang ni bersepah, kat Selangor teramatlah susah nak dapat. Ini di sahkan oleh Mak aku sebab kalau dia turun Melaka mesti tapau beli kupang. Walaupun aku tak boleh beat sambal kupang masakan mertuaku, tapi resepi

Akhirnya...MH370

Assalamualaikum. Aku bukanlah pakar aviation, geologist, pengkaji sains politik, pakar teori konspirasi or whatsoever expert kerana aku hanyalah rakyat biasa je dan seorang Mak Guard. Mengikuti perkembangan kehilangan MH370 sehingga ke hari ni, akal dan hati aku tidaklah sampai ke tahap menerima kehilangan kapal ini di tengah lautan Hindi, lautan yang paling sunyi dan dalam di dunia ni adalah konspirasi seorang lelaki tua bernama Najib.  Aku faham tidak semua orang boleh menerima kehilangan sebuah kapal yang canggih dari radar. Dan selepas tu, di sahkan ia berakhir di Lautan Hindi oleh 'pakar-pakar' yang mengira 'ping', 'handshake' 'plotting' dengan menggunakan teori fizik, matematik dan sains yang mereka pelajari. Dan mereka ini bukan sahaja dari Malaysia, tetapi dari negara luar yang kebanyakan di sanjung rakyat Malaysia yang 'malang' di bumi sendiri. Tetapi tetap juga tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Persoalannya, jika terh

Tagged Sweet Caption. Jadahh! Hahaa!

Image
Assalamualaikum. Recently, kecoh sangat si Amran pasal caption sweet oleh suami kepada isteri blogger terkenal (of course terkenal nak banding dengan aku ni. Hahaaa!) Pada aku, tak salah pun dan tak poyo pun. Poyo lagi aku. Hahahaa! In fact, diorang tu husband and wife. Suami isteri ok.  Yang silapnya ialah attitude sebahagian pasangan non-halal ni lah. Over samacam. Dengan #relationshipgoal lah, ada sweet caption jer nak tagged pasangan bagai. Come on, be realistic okay. Dah kenapa kau asik nak suruh pasangan kau jadik sweet untuk kau macam orang lain tu sedangkan yang penting dalam relationship ialah kau kena suruh dia jadi diri sendiri! Ni nasihat mesra untuk adik-adik (termasuk mantan-mantan yang masih belum berumahtangga. Hahaaa! Selamat Hari Raya! Nak stalk, stalk lah tapi kat sini di larang mengutuk, ok. Nak kutuk, kutuk diri sendiri dulu. Hahaa!)  Let me tell you, marriage is not like u imagine. It was moreeee fun and also sometimes sangat menguji kesabaran. Ha

Resepi TomYam Pekat Gerenti Sedapp!

Image
Assalamualaikum. Tajuk mesti tak mau kalah. Ada risiko di situ bila jamin gerenti sedap. Hihii. Tapi sapa lepas try resepi ni rasa tak sedap maknanya dia tak reti masak. Hahaaa! Jahat. Aku suka makan TomYam yang pekat sikit. Masam pedas sikit baru kick. Makan kat kedai jarang-jarang dapat makan yang kuah pekat so kita google jer. Ramai yang sedekah resepi. Resepi asal aku amik dari sini  tapi bila masak guna apa yang ada dan sedikit naluri. Heeee. Petua dia, kalau tak tau sangat berapa banyak nak bubuh bahan, bubuh dalam bilangan ganjil. Kata orang tua lah. Nak ikut boleh, tak nak ikut pon boleehhhhh. :) Bahan-Bahan (Untuk makan 3 orang) 1) Ayam/Sotong/Daging/Udang secukupnya - aku guna kepak ayam potong sendi + udang + sotong 2) Lobak secukupnya - potong bulat/taji/bunga/panjang pun boleehhhh 3) Bunga kobis secukupnya 4) Cendawan tiram secukupnya 5) Tomato 1/2 biji- dibelah 6) Daun limau purut secukupnya 7) Sebatang-dua serai diketuk 8) Seinci halia- diketuk

Selamatttttt Hariiiiiii Rayaaaaaaa!

Assalamualaikum. Baju Raya. Mula-mula suami kata tak payah baju raya. Ok, dia tak payah, aku payah. Hihii. Akhirnya atas segala kepercayaan dan ketidakcerewetan suami, tema kitorang tahun ni ialah colour block. Hahaaa! Kuih Raya. Ihsan dari kakak dan Mak. Hihii. Home-made tau. Apa kuih ada kat kampung, itu jugak ada kat aku. Setakat ni ada biskut cornflakes, oat, kelapa, dahlia, semperit dan nestum. Ok la tu dari takde. Hee. Duit Raya. Dari aku, takde. Dari suami, ada. Niat nak sedekah, apa yang ada je. Giliran Raya. Raya pertama kat Merlimau, raya kedua baru balik rumah Mak. No arguement, no gaduh-gaduh. Deal! Hihiiii. Cuti Raya. Aku apply seminggu  cuti raya. Sakan noooo. Suami, cuti dibekukan. Huwaaaa!!!! ps - Takde nak cakap apa-apa. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin.

My Cheeky Meychah

Image
Assalamualaikum. Ntah. Hari ni tiba-tiba rasa rindu dekat anak buah aku sorang ni. Putery Qalesya.  Kadang-kadang aku panggil dia Mak Esah, Malicha, Makwe Keting and whatsoever. Hahaaa! Sejak aku kawin, tak taulah kenapa Tonjer aku jadi mangsa keadaan. Cukup anti kat Tonjer aku tu. Yang mamat tu pulak, kalau tak menyakat tak sah. Kadang-kadang tu, tengah elok-elok berbaik, duduk atas riba bagai, tiba-tiba Mak Esah sentap. Sebab...kena gigit la, kena pulas la, kena ejek lah. Sungguh tak berseni suami aku melayan budak perempuan. Hahaaa! Ada satu kali, dekat kampung aku dah kepenatan sangat terbaring atas katil. Anak-ank buah aku yang lain bertebaran kat lantai sambil tengok tivi. Mak Esah pulak himpit-himpit aku atas katil. Dia tengok tivi jugak. Aku dengan suami kan ala-ala lovebirds, duduk jauh pun mesti kena pegang. Tak kira la dapat hujung jari ke, hujung rambut ke. Mesti nak meleseh. Hahaha! Sekali suami aku pegang tangan aku tau-tau je kena sound 'Haa, tanga

Puding Raja

Image
Assalamualaikum. Uiiiiiiiiiii. Teringinnyaaaa! K, bai.

Bukit Malawati

Image
Assalamualaikum. (Cerita Tertangguh)  Hari tu balik rumah Mak bawak sekali buddy suami aku dengan isteri dan anaknya. Masa wedding kitorang diorang tak dapat datang, so sangat berbesar hati bila they all nak ikut balik rumah Mak.  Dua hari kat Tanjong Karang, tak banyak tempat boleh bawak jalan-jalan. Tapi tak boleh tak bawak ke tempat bersejarah di Selangor, Bukit Malawati. It is compulsory bila sampai Selangor! Hahahaa! "Mengikut sejarah Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahim (Julai 1784). Setahun kemudian pada 28 Januari 1785 Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja. Serangan yang bermula selepas waktu Isya' itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar Subuh menyinsing. Di atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah pegawai-pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api

Idea Lauk Sahur Yang Senang

Image
Assalamualaikum. Heyy heyyy heyyy. Baru pukul 10 pagi dah sangap-sangap kan? Hahaaa! Biasa la tuuu. Cuaca pun baik, orang pun baik-baik. Syukurlah.. Malam tadi menggentel karipap buat makan supper. Kemudianlah aku share resepi sebab adunan pastrynya tak berapa menjadi. Bukan salah resepi, tapi salah tangan aku yang semakin kejung dalam seni menggentel karipap ni kot. Hahaaa! Sebab resepi kulit karipap yang aku cuba buat kali ni memang beza sikit rasa dia. Sedapppp.  Geleng kepala suami aku tengok rupa karipap aku ni. Hahaa! Tapi yang cantik aku bagi dia makan, yang comot, aku makan. Lepastu, suami aku puji inti karipap ni sedap sebab dia ada campur tangan dalam urusan buat inti ni. Sebooookk aja laaa dia ni kan. Hahaaa! Apapun, terima kasih Abbyyy selalu tolong kat dapur. Muahh. (pitam) Ok, berbalik kepada tajuk asal. Aku rasa makan masa bersahur ni sebaik-baiknya dimasak panas. Kalau nak panaskan lauk berbuka pun boleh tapi lagi best kalau ada lauk baru yang simpl