Posts

Showing posts from May, 2014

Pengkid Dan Lesbian. Suratan Atau Kebetulan.

Assalamualaikum. Ntah.  Pada aku, ini bukan suratan untuk kita menjalani hidup secara menongkah arus. Bukankah Allah beri kita panduan untuk hidup secara lurus, baik dan benar?  Melainkan kau lahir sebagai khunsa, bolehlah kata itu sebagai suratan. Tapi itu juga bukan alasan untuk hidup secara tamak dan menjadi biseksual. Sebab agama Islam telah menetapkan cara untuk mengatasi dan memuktamadkan ini. Kalau kau perempuan baik yang pernah dikecewakan lelaki atau lebih sedih telah 'dijahanamkan' hidup oleh lelaki, juga bukan satu alasan untuk hidup melawan arus. Apatah lagi melawan agama. Hilang rasa percaya bukan alasan untuk hilang pedoman hidup. Pada aku, jika kita ada kawan perempuan yang berasa dia 'lelaki', jangan seksa jiwa dia dengan lebih banyak lagi dengan jadi 'girlfren' dia. Kau cuma seksa dia. Dan kau sangat jahat sebenarnya. Sebab at the end, bila kau jumpa lelaki sebenar yang mampu beri kau perasaan indah untuk menjalani hidup sebagai

Grilled Chicken Wrap - Kemain.

Image
Assalamualaikum. Amboiiiii. Tajuk persis tukang masak profesional gitu.  Aahhh! Persetankan itu semua. Mood memasak dah datang. Acaner? Acaner? (Rasa nak lempang tulis macam ni). Tu belum aku cakap 'aq emang rajin masak. Tak cam qoe'. Tu macam mana pulak rasa? Nak sekeh atau apa? Aku rasa layak tumbok je muka tu. Ye laa..aku pun tulis blog pun guna bahasa fancy-fancy gak tapi takdelah alien sangat tulisnya. Kannn. Ah. Nah dipersembahkan resepi aku versi cincai-boncai. Bahan-bahan 1) Timun secukupnya 2) Tomato secukupnya 3) Daun salad secukupnya 4) Ayam diperap (minyak bijan, serbuk lada putih, kicap manis, bawang putih, garam)  dan di grill 5) Cili benggala secukupnya (aku grill jugak) 6) Mayo + Thousand Island 7) Whole grain wrap sekeping atau selayaknya berapa keping nak dimakan sesuai banyak bahan 1-5 Cara- cara membuatnya seperti yang saya gambarkan di Rajah 2. Cara memakannya, ikut suka hati kau oranglah. ps - Tadi makan k

Benda-Benda Yang Menyakitkan Hati.

Assalamualaikum. Apa khabar adik-adik semua? Gantung kasut sekolah nampaknya yer..Hihii.. Nanti lagi sehari nak bukak sekolah baru menggelupo letak kasut belakang peti ais. Hahaa! Ada lagi ke macam tu? Kalau adik-adik tidak mengalami perkara sedemikian atau tidak memahami lawak akak ni, itu petanda bahawa akak dan kawan-kawan akak yang pernah mengalami ni dah tua. Oh dunia ini! Penuh kepalsuan....(tiba-tiba) Okay. Hari ni aku nak bagitau salah satu benda yang menyakitkan hati time bercinta. Satu je aku bagitau dulu. Ianya ialah...... Kau merajuk sebab boyfren kau tak angkat telefon, tak whatsapp, tak FB Messenger. Dari teknologi ni semua kau boleh nampak last status manusia-manusia ni online. Kau akan faham apa maksud 'seen', apa ertinya 'online' apakah maknanya tanda 'satu right, double right' (baca ra-it) kau akan belajar apa itu 1h, 17hr...kau akan ngerti semuanya..hihii. Nak jadikan cerita, lepas call kau tak berjawab kau terus merajuk sec

Day 11 - A Photo Of Your Favourite Place To Eat

Image
Assalamualaikum. Amboiiii. Kemain lagi korang yer. Kemain pemalas nak baca blog aku. Huahuahuahuaaa! Benda yang aku selalu lupa untuk buat ialah ambik gambar bila aku pegi tempat yang best ataupun makan benda yang best. Bukan apa. Time makan, aku tak berapa suka sebok-sebok ambik gambar. Tapi aku paling suka baca entry pasal share makan-makan yang best kat blog orang lain. Acaner tu? Hahahaa! Senang cenggini la. Aku up jer tempat makan yang aku pernah pegi yang aku rasa best. Secara pukal gitu. Tapi ingin aku tekankan di sini bahawasanya aku adalah seorang pemakan yang tidak cerewet. Benda yang tak sedap bagi aku cuma yang tak boleh dimakan saja. Jadi sedap dan best adalah sesuatu yang tidak dapat aku ungkapkan secara spesifik. Ni nak kena penampar ke apa ni. Banyak cakap pulak yer. Hak hak. (Gelak kahak) Ops! Dan satu lagi. Semua gambar adalah sumber google. Kan dah kata tak suka amik gambar. Reti. Ke-Satu!  D'Kayangan Buffet Steamboat, Shah Alam Aku p