Posts

Showing posts from June, 2014

Spagetthi Sedap Nak Giler - Puji Diri Sendiri. Hahaa!

Image
Assalamualaikum.
Tu lah dia. Matlamat tak menghalalkan cara. Tajuk tu sebenarnya aku niat nak mudahkan orang jer. Tapi biasalah, terover pulak. Haha!
Sebab cara aku memasak ialah GOOGLE. Even sometimes, aku called Mak atau Kakak untuk tanya resepi, google adalah tetap. Sebab...aku serinngkalinya derhaka kepada resepi. Jadi selalunya aku akan taip, resepi bla-bla sedap, resepi bla-bla mudah dan sedap, resepi bla-bla cepat dan sedap. See? Mudah, cepat dannnnn apa dia? Sedapppp. Pandaiiii. Bajet cikgu. =_+
Saja nak share resepi spagethi bolognese yang aku suka masak. Lagi suka aku masak bila orang-orang yang penting dalam hidup aku kata, sedap. Ahaii.
Bahan-bahannya. (Untuk sepeket Spagetthi)

1) Spagetthi. Masa aku mula-mula kenal apa itu pasta, aku pernah terbeli 'angel hair' sebab ku kira asal panjang kurus spagethi la tu. Tips, baca label dia, ya. Ke aku jer yang peghak? Hahaa.
2) Ayam Kisar. (Rasanya kalau minced beef lagi sedap) Tapi Tonjer aku ni tak makan daging.
3) Prego…

Perang Gedik.

Assalamualaikum.
Aku selalu ingat tagline 'Connecting People' tu Facebook yang punya. Rupanya itu Nokia yang punya. Hahaa! Ok, pada aku, Facebook ni samada boleh connecting people atau silap cara boleh menjahanamkan je semua tak kira kawan tak kira saudara. Sebab yang tentukan ialah sikap kita.
Masalah aku sekarang ialah ex-gf Bakal Suami Aku/Bakal Imam Aku/Till Jannah Aku/Tulang Rusuk Aku/Tulang Selangka/Tulang Femur/Pinggul/Rahang/Dan Segala Anggota Dia (Ok, ini sarcasm. Hahaa!) serang aku kat FB dia. Acaner aku tau? Sebab aku stalker. Hahahaaaaahohohoo! 
Come on laaa. Kalau that lady masih tak remove tag dia dari FB Mat Langgar Moto dah tentulah aku yang ejen perisikan reject ni kacang buncis jer boleh kesan. Motif? 
Memandangkan that lady kutuk aku kaw-kaw, termasuk kutuk fizikal aku jadi apalah kiranya aku insan yang hina-dina ni menitipkan sepatah dua kata untuk dia di sini. Paling kuat pun ada la satu-dua kerat reader sesat yang terbaca entry ni. Lainlah dia, siap up s…

Day 12 - A Picture Of Your Favourite Memory

Image
Assalamualaikum.
Banyak benda yang indah-indah telah jadi dalam hidup aku. Lebih-lebih lagi akhir-akhir ni. Alhamdulillah
Tapi ada 2 benda terindah yang tak akan dapat aku lupakan selagi hayat dikandung badan. Terima kasih Allah atas peluang untuk aku menjalani ini.
Berkampung di HUKM bersama Mak dan adik-beradik masa Ayah sakit.  It was bittersweet. Kenangan yang buat aku rindu. Rindu dia selama-lamanya.
Allah telah mengizinkan diri yang hina ini memijak Tanah Haram. Maha Suci Allah.  Bersama Emak, this is the only thing I want for life.  Doakan dapat bersama Emak semula untuk tuntutan haji pula. InsyaAllah.

Piman No Nikuzume aka Stuffed Peppers. Resepi Ni.

Image
Assalamualaikum. Amboi. Bukan main lagi yer. Tajuk tak agak-agak. Hahahaa! Biasala, kalau akak tak poyo, siapa lagi? Kan? Ahaks.
Dulu semalam, aku ada beli barang dapo. Selalu kalau melayari internet, mesti aku gagahkan diri juga mengintai blog masak-masak untuk memenuhkan folder resepi dalam Dropbox aku. Sekadar itu. Hahaa! Sekali tu, ada la aku tengok depa buat telur mata dalam potongan capsicum. Alaa macam ni.

Cantik kan?
Hahaaa! So, aku beli la capsicum semata-mata nak buat ni for English Breakfast aku nanti. Presentation makan sendiri tak mau kalah. Sekali tu, seminggu aku tak peduli pasal breakfast telur english ni. Satu malam tu masa kemas peti ais (selongkar cari makanan sebenarnya) tengok cili ni dah lebam-lebam nak buruk. Apa hal pulak lah kan nak masak sarapan telur english malam-malam kan so aku pun bukak ler Dropbox aku dan ketemu resepi ini. Bahasa senangnya cili sumbat jer. 
Bahan-bahan A
1) Ayam/daging cincang yang diperisakan. Aku guna ayam. Tapi aku rasa kalau guna d…