Posts

Showing posts from 2009

Mari Belajar Bertutur Dan Menghafal

Image
Anggota terlibat : Kakak Aku, Aku, Anak Buah Aku Situasi : Anak buah aku nak ikut emak dia pegi kedai, jadi kakak aku hendak mengirim.. Kakak Aku : Adik, nanti cakap dengan ibu Maklang nak air kacip fatimah.. Anak Buah : Haaa..alee fa. fip..fafimah? Aku : Bukan. Aaa yeeerrrr kaa ceeeppp fa ti mah Anak Buah : Aaaaa..aaaleeee kaaa fiippp fa ti mah Kakak Aku : Haaa..pandai...air apa? Anak Buah : Air kotak **ps - Anak buah aku terus berlalu pergi meninggalkan kami yang pura2 pengsan mendengar jawapan beliau tersebut.. Walau bagaimana pun, emak kepada anak buah aku itu membawa pulang sebanyak 4 tin air kacip fatimah yang akhirnya kami minum bersama-sama dengan sukahati..

LIMA 2009 - Bolehkah Pasang Niat Lain Selain Dari Melihat Kapal Terbang?

Image
Malam tadi aku hantar Lulu pegi naik kapal terbang.. Siap kiss2 dan lambai2 dekat Balai Berlepas, macam la flight tu nak pegi Sepanyol ambik masa berbelas jam jadi harus bimbang keselamatan kalau terlalu lama atas awan..malam pula tu.. Lulu pi Langkawi tengok LIMA..dapat special pass, hotel free, makan free, transport free..yang dahsyat, kiri kanan bilik Lulu diapit oleh bilik abang airforce..haishh!! **ps - Lulu gantung patung 'cupid' pada beg dia - dia kata "nak cari jodoh kat sana" **ps - Lulu, lu jangan lompat bilik sebelah..jangan lupa adat resam apabila mengurat..

Update Ala2 Status FB

Image
'Saya sedang makan ubi ketuk' Apa dia? Ia sejenis kuih ubi dicampur kelapa, dikepal2, berbentuk bulat.. Anda sudahlah cantik, malah rajin pula membuat kuih? Bukan saya buat ubi ketuk itu, tapi saya beli..tapi saya beli dalam keadaan saya masih cantik di awal pagi.. Beli dimana? Di restoran hebat dengan kakak cashier berambut seakan2 cendawan maka harga ubi ketuk bernilai RM0.40 seketuk..

Bila Anda Menerima Perkhidmatan Terbaik Pada Waktu Anda Terburu2 Maka Haruslah Memberi Pujian Yang Sewajarnya, Bukankah Begitu?

Image
KWSP Cawangan Shah Alam - Baek Punyoo! 'Sebagai warganegara yang setia dan sabar, saya percaya masih ada badan kerajaan yang berusaha memberikan perkhidmatan terbaik buat rakyat jelata melebihi spesifikasi yang telah ditetapkan' - Aku

Jawapan Kepada Lamaran Si Teruna? No, He Is Married Man..

Image
Jawapan balas kepada 'Mengapa Anda masih Belum Berkahwin Di Usia 28 Tahun??' Penanya : Encik O** Penjawab : Aku Situasi : Melalui e-mel (kerana Encik O hanya berani di belakang aku bukan di depan) assalamualaikum! wah wah wah..o**..kembang kempis idung kena puji.. harapan aku semoga apa yang dikata, dibuat benar.. aminnn.. o** nampak tak tulisan merah tu? maknanya, betul lah o** ni dah kawen..beristeri satu beranak lima? tapi mengapa o** susah hendak mengaku, malah berselindung pula status diri yang sebenar..kan tak baik begitu.. soal jodoh ini terletak di tangan allah..tetapi sebagai manusia, pengalaman diri dan pengalaman orang lain, jadi panduan dalam memilih jodoh..aku bukanlah orang yang terdesak hendak berteman hidup biarpun keinginan itu ada, takut berbuat diri marah kepada takdir allah pula.. yang dipinta hanya satu iaitu allah kurniakan kepada aku suami yang soleh, supaya aku jadi isteri yang solehah dan dapat didik anak2 jadi soleh dan solehah..umur, pangkat dan juga

Kisah Si Penjahit Manik

Image
Di tangannya ada sebilah jarum Tersemat manik dilembar benang Cantik warna manik Penuh warna-warni Terbias dek cahaya Hatinya berbunga riang Di sulam manik itu Pada sehelai baju Biar bertambah seri Yang memakai terasa cantik Yang memandang terasa berkenan Memuji cantiknya kerja seni Si Penjahit Manik.. Terdengar dia pujian itu Kembang hatinya bak matahari Bersinar-sinar, berwarna-warni Umpama taburan manik Tambah senang rasa hatinya Melihat yang memakai rasa gembira Kerana memang itu yang diinginkannya Membuat gusar jadi ceria Membuat suram jadi berwarna Membuat duka jadi suka Tidak tinggi harapannya Hanya berharap bajunya cantik Oleh kerana manik Siap manik dijahit pada baju Habis selembar benangnya Habis butir maniknya Tangannya kosong Tiada bertari lagi jari seninya Hampa wajahnya Bagaimana pula dengan hatinya? Tidak dia meminta lebih Cuma sepalit rasa suka Yang bisa isi kekosongan hatinya Yang dapat tutup kelompangan sunyinya Yang dapat paut harapan Dan segala impiannya Dia hidup s

Pernah Tak Anda Berasa Seperti Hendak Berkata Sesuatu, Tetapi Ternyata Anda Gagal Menyusun Kata2 Dalam Fikiran Anda Sendiri Jadi Apatah Lagi Menulis?

Image
Assalamualaikum! Terima kasih jika anda membaca ini..izinkan aku poyo seketika dengan bertanya..’adakah anda ternanti2 entry terbaru saya?’ Hah! :p Melainkan aku adalah jasni evil, pidomat kencing sumbang atau macham iz yang suka pakai selendang, barulah aku layak bertanya sedemikian, bukan? Secara jujur..penulisan dari hati ini, (kononnya) aku telah tidak tahu lagi hala tujunya..penubuhan asal blog ini adalah kerana nuffnang namun ternyata aku gagal..(wang tambahan itu dari hasil jual ubat kurus rupanya..) Kemudian ia telah tersasar menjadi travelog..himpunan kisah2 benar..sehinggalah ianya benar2 terjadi.. It is all about my own self..yang handal buat Juriah ketawa..yang sanggup membuat lakonan semula aksi2 buruk depan Aza dan yang kalau menasihatkan orang, memang ada yang terpedaya..hehehh.. Akhir2 ini, aku seperti berasa ciri2 asli dalam diri aku sudah mula menghilang sedikit demi sedikit..bertukar menjadi seseorang yang agak membosankan (namun masih cantik) dan lebih sentimental

Ayah Selalu Ada..

Assalamualaikum.. Hari ini genap sebulan ayah pergi tinggalkan semua.. Bantal ayah, kain pelikat ayah, wheelchair ayah, tongkat kaki tiga ayah..semua ada kat tempat yang sama.. Tiap minggu aku balik, aku akan tido dengan mak, dekat side ayah..aku tau mak terjaga tengah malam dan menangis..aku peluk mak dan kata 'mak rindu ayah ya? takpelah, menangislah..' lagi kuat mak menangis.. Kucing, ayam ayah semua pun berkelakuan baik saja..mesti semua pun nak tinggalkan rumah ni sebab takut kena dera secara mental..ayah saja yang layan kucing2 dan ayam2 dengan sangat berhemah tinggi..mak punya ikan kembung rebus yang harga rm8 sekilo pun ayah bagi kat kucing makan..bila petang ayah akan bising panggil semua kucing.. 'ciki, kera, danny, dan ramai lagi, meh makan biskutttt' (biskut = friskies tumbuk campur nasi panas).. Lampu suluh atas kepala katil ayah pun masih ada lagi..mak kata ayah suka suluh jam..kenapa ayah suka suluh jam? Sebab ayah sebenarnya tak tido kan? Kenapa ayah tak

...KehilangaN 2...

Image
Kehilangan tidak semestinya kerugian. Ada masanya ia menjadi begitu hampir dan sangat akrab dengan kita. Ketika kehilangan wang ringgit, kerugiannya tentu dilihat kuantitinya, banyak atau sedikit. Kehilangan orang, disayang atau sebaliknya, dalam apa keadaannya sekalipun, sering pula dilihat melibatkan makna kehadiran. Begitu, kehilangan ada kalanya adalah juga kehadiran, selama mana kehadiran itu dimaknakan dalam jiwa. **credit to Dr. Nash

...Kehilangan...

Apabila bercerailah nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit tiga kali: a. Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau? b. Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau dunia himpunkan engkau? c. Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau? Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari langit tiga kali: a. Hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat mengapa jadi lemah? b. Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang petah bercakap mengapa diam? c. hai anak Adam, di manakah kekasih engkau mengapakah jadi mulia rakan engkau? Apabila dibawa ke atas kain kapan maka menerjah suara dari langit tiga kali: a. Hai anak Adam, engkau herjalan kepada perjalanan yang jauh dengan tidak berbekal? b. Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya? c. Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada engkau kenderaan selama-lamanya? Dan engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!

Sepatutnya Bila Berpuasa Otak KIta Cerdas- Nak salahkan Pil Pati Ayam Brands

Assalamualaikum! Sejak 1 Ramadhan aku telan pil pati ayam Brands..dengan beberapa harapan seperti berikut : 1) Klien aku cakap skrip ini Aku : Ok, saya check dulu perkara ni, esok pagi saya telefon balik ya? Klien : Ok, tapi semalam pun kata nak telefon balik..tak telefon pun.. 2) Classmate aku tak salahkan aku dalam kelas sebab tak ingat fakta dia sewaktu dia buat presentation..(fakta dia ya..bukan aku yang tengah present kat depan..) 3) Aku tak malukan diri aku depan bos aku Aku : Eh, kenapa saya tak datang opis hari tu ya? Bos : Sebab kau ada exam la..eh? apasal aku pulak yang ingat? 4) Supaya aku tak makan 'murtabak yang telur ayam sudah dibasuh' 3 hari berturut-turut hanya kerana aku tak boleh fikir makanan lain.. Am I brain damage? ps ** mari sembahyang terawikh 20 rakaat..

Sila Cerdik - Mana Boleh Anggap Orang Macam Tunggul

Image
Assalamualaikum! Memang sekarang bulan puasa..walaupun cuma sahur dengan air oren, tetap kau kena puasa kalau kau dah akil baligh..bak kata ustaz tadi dalam ceramahnya "kalau lembu makan siang hari waktu bulan ramadhan, itu takpe..sebab dia binatang.." Menjawab kepada soalan Achel yang berkarisma tanya soal 'pembelengguan syaitooonnn', ustaz kata - "11 bulan kita ditarbiah syaitan, sebulan syaitan kena belenggu, ada apahal manusia nak ganti syaitan? sifat kesyaitanan itu telah bersarang dalam diri kita, hadirin hadirat..." Ustaz kata lagi (bukti aku dengar ceramah dan bukan tido waktu ustaz bagi ceramah) "bulan puasa kena sabar..kalau kita nak marah anak buah tak buat kerja, pun kena kensel sebab kita sedang berpuasa..paling kuat pun cakap - nasib baik aku puasa kalau tak dah lama aku tempeleng kau.." Aku : Aku tau ini bulan puasa, aku tau ko tak suka kerja dengan aku, tapi aku ada rupa tunggul ke? ps * orang kata aku rupa siti nurhaliza..ulang sua

Semua Orang Pun Perlu Tahu Beza Antara Kurap Dengan Eczema- Mesti!

Image
Assalamualaikum! Nombor aku dipanggil..aku ketuk pintu.. Doktor : Ya..ada masalah apa.. Aku duduk..aku pandang doktor..Mak aihh!! Kacak sangat..Aku serba salah pulak hendak cakap masalah..kenapalah temu kan aku dengan doktor sekacak ini..relakah aku membuka pekung di dada? Tapi..Kata2 seorang sahabat terngiang2.."ko baik pegi dokter la..serius aku tengok kurap ko ni..buruk pulak tu..sebatu nampak..' Aihhh!! Ini satu fitnah yang perlu aku sangkal dengan bukti2 kukuh..tak tido malam aku memikirkan..kaki aku ni semakin lama aku garuk dah macam kulit ayam aku tengok.. Terngiang2 jugak kata2 kawan kakak aku yang nak sangat tgk kaki aku secara online.."ko ambik minyak tanah, lepas tu sapu..haaa..lepas tu ko bakar..tu kudis api tuu" Aihhh!! Aku berasa tercabar..tohmahan ni dah semakin berleluasa..terjejas reputasi aku.. Doktor : Okay..ni saya bagi ubat sapu dengan ubat gatal ya..2, 3 hari boleh baik.. Aku : Dokter, ini bukan kurap kan..? (aku tanya sambil betulkan kaki selu

Berapa Pentingkah Air Bagi Sebuah Van? - Aku

Image
Assalamualaikum! Van ni semakin laju..angin gunung mula tampar muka aku..aku mula pegang tingkap..ada sikit kecut dalam hati..tapi demi maruah, aku tidak akan peluk brader sebelah..jalan bengkak bengkok kat Ranau macam jalan Batu Arang pulak aku terasa..bila nak sampai selekoh, Rudy tekan minyak..dalam hati aku suruh Rudy tekan brek sikit..tiba2 aku ragu kesahihan lesen memandu Rudy.. Rudy cakap2 dgn co-pilot..sangat petah dalam bahasa tempatan..sambil bawak van, Rudy pusing2 pandang blakang tengok keadaan penumpang..tiba2 Rudy tukar lane, pangkah jalan sebelah..terus parking kat tepi semak..semua orang panik.. ***** Tourist Guide : Kenapak ni Rudy? Rudy sua telinga pada bahagian enjin..semua orang pun nak dgr dekat kawasan enjin dengan cara sua kan telinga.. Rudy : Sudah panas enjinnya..dengar kau itu bunyi airnya masak..kurang air ini.. Tourist Guide : Itu la sudah aku bilang, periksa dulu bah keretak ini..haaa sekarang baru kau tau betapa pentingnya air kan? Bla bla bla.. Tourist Gu

"saya suka bercampur dengan masyarakat" - abang jebon

Assalamualaikum! Petang semalam, masa setting2 tempat duduk, satu tiket punya posisi sudah lari jauh.. Setelah bincang2 tanpa usul periksa aku sendiri putuskan aku duduk pisah dari orang lain.. Cantikk..aku dapat seat yang berdua2 punya..yang tak cantik, satu mamat sudah cop tempat sebelah tingkap..yang lagi tak cantik kami duduk depan tandas.. ################################################################################### Mamat sebelah pandang arah sana..tak sudi pandang arah aku..aku terpaksa pandang arah sana juga sebab baru boleh nampak view cantik sikit..awan2, kabus2.. Sempat jugak aku jeling2 mamat ni - blazer hitam, suar linen putih, kasut muncung panjang kaler brown..blackberry tak lepas kat tangan..siap pakai sunglasses lagi..hahh! stylo habess.. Aku bila orang lelaki tu tak berapa nak kacak, aku otomatik jadi berani tenung2..kalau dia kacak, aku tiba2 jadi pemalu.. Tiba2, kapten buat formasi henjut..'oh my God!' - aku kata tiba2..ada jugak aku dgr orang belah san

ini bukan cerita sedih, tapi boleh dikira sedih juga..

Image
ini budak ada kena mengena dengan aku..darah tak mungkin sama kelas tapi melayu kata pertalian darah.. dia sangat baik hati..sangat memahami..pukul 12 malam pun mau pegi kedai makanan ringan 24 jam.. selalu cakap tak macam orang lain, semua orang pun tak faham.. suka makan benda2 kotor sekiranya sedar dirinya tanpa pengawasan..taik ayam sudah cuba ka adek? jika sudah, tak apa..masih hidup kan... kenangan kita tak lama adek..kita sudah terpisah..jangan risau..adek ada dalam sini..(kata aku sambil letak tangan atas dada sebelah kiri merujuk kepada hati) ada air bergenang di mata aku..

bukan susah jadi adik..

Image
Assalamualaikum! Sms dari kakak aku.. Dia : Weh, barang minah ada kat aku..aku tahan dulu sampai dia bayar hutang, ok tak? Tapi dia kaki belit, itu barang bukan dia punya..kawan dia punya..dgr citer dia pinjam seminggu jer barang nih.. Aku : Uish..tak baik..itu barang bukan dia punya kan..sian kawan dia dowh.. Dia : Aper plak? Hutang aku 1,200 maa..dia bayar, dia bleh angkat ni barang.. Aku : Yer laa..mintak jer la duit..sian kawan dia tu..dosa dowh.. Dia : Ala..tahan dulu la ni barang..nanti dia bayar 1,200 aku bagi kau sikit, nak? Aku : Ok, boleh..tahan dulu barang dia..aku nak 500.. ##################################################### Bukan susah sangat jadi adik.. Bagi jer nasihat yang berguna..

..deeper conversation..

Image
Is your favourite colour blue? And do you always tell the truth? Do you believe in outer space? I'm learning you Is your skin as tan as mine? Does your hair flow side ways? Did someone take a portion of your heart? Now I'm learning you And if you don't mind can you tell me all your hopes and fears And everything that you believe in Would you make a difference in the world I'd love for you to take me to a deeper conversation Only you can make me.... I've let my guard down for you And in time you will too And if you don't mind can you tell me all your hopes and fears And everything that you believe in Would you make a difference in the world I'd love for you to take me to a deeper conversation Only you can make me.... And if you don't mind can you tell me all your hopes and fears And everything that you believe in Would you make a difference in the world I'd love for you to take me to a deeper conversation Only you can make me.... Deeper conversation w

sekali lagi aku nak try..hehehhh

Assalamualaikum! Semalam semasa aku lari anak kat tasek ada budak try aku.. 'awak..saya penat lari sorang, ikut boleh..?' aku kembang kempis hidung tahap maksima sebelum lempar senyuman manis kat dia..aku teruskan larian..sebagai seorang yang cukup umur aku tak boleh jalin hubungan dengan budak2 bawah umur..salah tuu di bawah seksyen 3, jalan ru, kanun kegembiraan dan seksa kubur.. hehehhh.. sekali lagi aku nak try lari kat tasek ptg nih.. kalau berjaya, terbukti aku awet muda...riak tak? =)

aPa cerItA??

assalamualaikum! hadoi laa.. mood time nih tah hapa2..semua orang dah blah.. tinggal aku ngan satu makhluk kat cubicle sebelah yang upload cerita 'ceplos' dgn background antu ceplos ketawa 'hahaheeheehahaa' cam siuuutttt jer..sikit tak seram.. 'malaria tapioka' 'chikugunya melanyonya nyenyaa' - antara dialog cerita ceplos tuh.. sekali lagi..macam siuuuttt jer... aku pun nak blah macam yang lain..bro, lu layan la ceplos tuh yaa..biar dia geget tengkok kaw! kadang2 bila hati kita runsing, orang buat lawak first class pun kita macam malas nak gelak kan..macam susah nak sengetkan mulut ke dua2 arah..oh tuhan! bantu aku repair suis gembira ku itu... aku rindu senyuman ikhlas.. =)

WENG WENG

aSSAlamualaikuM! Dengan ini aku isytiharkan bahawa aku sedang melalui saat2 genting.. Harap maklum.. Terima kasih kerana singgah.. Semoga Berbahagia.. Lalalaaa lalaaaaa... =)

NAK CANTIK KE ATAU NAK ASAL BOLEH?

Assalamualaikum! aku bukannya marveles sgt bab2 ni..sbb bila aku post ja mmg aku dah tak boleh buat hapa dah..walaupun kat situ ada butang edit, aku tak kuasa gak nak picit mouse arah situ..lagi mau setting2 balik..masalahnya aku punya try selalu tak jadi..aku boleh naik hangin, nanti aku terus ngantuk.. aku sedar gamba dengan penerangan ada lari2..ini bukan kali pertama..aku tau.. jadi aku minta maaf..beri aku peluang up sikit skil aku pelan2..asal boleh baca dah lah ya... =)

DARI BOLA MATA KE OTAK

Image
Assalamualaikum! Bangun pagi, (kadang2 tak la pagi sgt kan..) bukak tingkap..selalunya aku akan nampak benda yg sama..kalau nasib baik, dapatla tgk fenomena yg luar biasa..ada lagi tu dapat tgk drama swasta versi life..ada sembilu, KL menjerit, bohsia jangan pilih jalan hitam,national geographic pun ada.. kapal terbang..(dulu masa kecik, bila nampak kapal terbang ja mesti jerit 'kaaapaalll terreeebanggg!!!' pastu lambai2 dengan harapan pilot nampak kita..) aku tau sapa yang punya kerja ni..mungkin ini penyumbang kepada 'channel not found' time hujan..tapi xpe lah..dah mmg putaran kehidupan dia..lps makan kena buang..(pernah astro buat hal 2 minggu xdapat line kat umah aku, tiap2 hari aku follow up ngan customer service dia..sampai satu tahap aku kata 'u jangan main2 ya, uncle i menteri dalam kabinet tau..dia kenal ananda krishnan tau tak!' ape ke hal nya aku time tu kan? tapi mmg hangin, sebab bil jalan yaaa..) biarpun sepelaung ja nak p cuci tapi aku sanggup re

abang cakoi dan aku

Image
Assalamualaikum! Di suatu petang yang cerah..masa yang tepat..waktu yang sesuai..masa yang amat sesuai untuk meraikan berakhirnya satu penyiksaan..tanggal hari ini akan jadi kenangan manis..untuk dikenang..mungkin semangat kasut baru, maka apa yang aku usahakan telah selesai dengan jayanya.. aku tinjau wallet..ada dua ringgit..sepatutnya ada lima ringgit tadi..tapi dah aku belanjakan beli suratkhabar..biar kurang makan, asal baca surat kabar..walaupun tajuknya saja.. dari jauh,aku nampak abang pekerja 'restoran ceria' sedang goreng sesuatu..walaupun tak seceria mana pun kedainya tapi demi menghormati nama yang dinobatkan itu pengunjung akan otomatik menceriakan diri..aku tau dia sedang goreng cakoi..itu mmg kepakarannya.. 'beli cakoi ja la..2 ringgit dapat empat ketul..' aku cakap dalam hati.. abang cakoi nampak aku dari jauh..dia senyum..aku pun senyum..depan abg cakoi ada sorang mamat yang aku kenali juga..selalu aku nampak dia bawak lori 3 tan..tepi mamat tu ada buda

setengah berisi setengah kosong?

Image
Assalamualaikum! ***flashback*** Aku berdiri di tengah stage..berdesing mikropon bila aku hela nafas kuar..puan onah memerhatikan aku..aku tak boleh cam puluhan pasang mata yang lain..aku nampak hidung diorang..bibir diorang..ada yg jelir2 lidah..ada yg buat memek2 muka supaya aku tak boleh kawal diri..aku paut jari2 tangan aku..tapak tangan aku dah berpeluh.. Aku : Sebelum saya membawa tuan2 dan puan2 pergi ke satu dimensi yang lebi h jauh, saya mohon semua di dalam dewan ini pejam mata..tuan2 tarik nafas dalam2..dan hembus... (semua orang bagi kerjasama..semua tutup mata..semua rilekkan badan..ada yang sengih2 sambil mata tertutup..semua tunjuk sikap patuh amanah dan fatonah..) Diorang : Hpphhhh...fusssssss....(beramai-ramai) Aku : Jangan buka mata lagi..cuba bayangkan tuan2 berada di meja makan rumah tuan2 sendiri..bayangkan di atas meja tu kosong..cuma ada sebijik gelas kosong dan sebotol air sirap.. Suara campur2 : Makanan tak ada ke? Boleh tukar air lain tak? Bini tak boleh ada k

hari sendi sakit sedunia

Image
Assalamualaikum! Smalam lepas balik reunion kaum ibu bapa dan anak dara hampir lanjut usia, aku lepak2 kat rumah.. Time tu dah pukul 4 petang lebih sikit..aku memaksa diri membaca semua paper ahad yg ada..nak termuntah rasanya tapi aku gagahkan juga..satu kepuasan kalau dapat baca suratkhabar walaupun sekadar tajuknya saja.. Tiba2..tak ada apa pun..sekadar sahabat gersangku meng sms..lebih kurang begini.. Dia : Buat apa kah? Aku kebosanan di sini.. Aku : Aku pun..terkulat2 sendirian..jom joging? Dia : Jom! Aku : Baiklah, aku buat warming up dulu..jangan berpakaian terlalu seksi kerana figure kita masih belum mencapai spesifikasi yang sepatutnya..aku sempat berpesan..sebenarnya aku tidak mahu dia terlalu menonjol daripada aku..akan lebih ketara perbezaan kami nanti..dia akan lebih mudah menutup peluang aku terhadap prospek2 aku yg berkeliaran di tasik tu nanti.. Secara kesimpulannya, banyak peluh yang berjaya dikeluarkan..teringat masa training kadet dulu bila sorang kawan aku yang kuat

mana nak cari?

Image
Assalamualaikum! Adoiilaaa... Tak sangka..walaupun dah berhari2 aku tunggu rupanya harapan masih tinggal harapan.. Bukan aku tak usaha..tapi..aku dah cari!!! Tiap hari aku berdoa..jumpakanlah..jumpakanlahhhh...doa pun usaha gak kan? Kadang2 sampai termimpi2.. Para2 sakura : Nah..ni ko punya kan? Aku : Ya allah! Ya allah! Mana jumpa? Para2 sakura : Tak yah tanya..lain kali ko simpan elok2.. Aku : Baiklahhh...terima kasih..i luv you ya? Eh! Taklah..Terlebih sudah.. Aku gembira tak terkata...macam dapat satu lagi nyawa.. Kan aku dah mention tadi..tu cuma mimpi... Mana pendrive aku?? Sapa jumpa tolong pulangkan..ada kawan suruh aku baca doa ni..terima kasih..aku akan amalkan..tapi kalau dah rezeki aku, tak jumpa, aku redha..yang ralatnya..kerja sekolah, kerja opis, gamba2..(SX,SG,PL dan U..harap2 xjatuh ke tangan pengusaha VCD cetak rompak..)semua kat dalam tu..sedih aku dowh.. Kot2 lah korang pulak kehilangan atau kealpaan bila letak barang..Ini lah do'anya.... "Ya Allah Tuhan da

YANG BAIK UNTUK DIAMALKAN

Assalamualaikum!! Syabbazzz sekiranya anda baca entri ni sebelum masuk waktu zuhur..(owh! u know who you are..isk..isk..isi tabung gajah aku semakin berkurangan kerana telah disalurkan ke kaunter drive thru) Aku dapat ni dari e-mail seorang sahabat..untuk dikongsi bersama.. Ya-Samii’ ﺍﻟﺴﻤﻴﻊ (Membaca 100X) Barang siapa yang membaca “Ya-Samii” 100 kali dan membisu kepada sesiapa pada hari Khamis selepas menunaikan solat zuhur, Allah akan makbulkan segala hajatnya. Jadi..jangan lupa atau buat2 lupa sembahyang zuhur..ataupun buat zuhur gajah (sikit lagi nak masuk asar), xmanis okke..lepas tu boleh baca sebanyak 100 kali..dengan ekhhlassss...tidak bermakna kena baca dengan tawadduk sampai terlajak lajak tido kat surau, x sesuai okke.. Apa yang aku hajatkan? 1) Gaji masuk tiap2 hari - kira gaji hari laa..tapi setiapkali masuk, amaunnya yang sebulan punya..hahaaaa!! Eiii..kalau ikutkan banyak yang dihajatkan..bab meminta2 dari Allah ni, bagi la kat manusia..ada ja kita nak mintak kan.. Persoa

ADS 451

ADS 451.. ?? Itu ialah code subject Ethics In Administration yang akan aku final examkan pada 29 hb ni..(wish me luck ya!) Dengan penuh bangga aku selak dan selak dan selak past year question..but.. Why study ethics ya? Contoh perkara2 tidak beretika yang telah berjaya dipamerkan terhadap aku [ketika memandu] adalah : 1) Sedang aku memandu tiba2 terhirup bau yang tidak menepati citarasa sama sekali.. 'za, kau kentut ker?' 'ha'ahh..bukaklah tingkap..' 2) Ketika aku sedang memandu dengan komited di belakang sebuah kereta berjenama antarabangsa yang sangat mahal , tiba2 pemandu tersebut melemparkan tin pepsi cola seven up nya keluar tingkap..nasib baik dia tak campak peti ais atau mesin basuh..kira ada ethics lagi la tu.. 3) Bila berenti di lampu isyarat, brader kat kereta sebelah dengan geng2 dia pandang2 keta aku ..pastu diorang cakap2 sesama diorang pastu diorang gelak..pastu pandang2 lagi..pastu gelak2 lagi..helloo!! adakah aku dan geng2 aku ti

..akhirnya..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.. orang yang macam aku hanya pandai cakap saja.. tak pandai menulis.. tapi pandai komen....hehehh.. sekian, untuk hari ini.. Boleh tinggalkan komen anda sekiranya ada..