Posts

Showing posts from January, 2012

Rabiulawal.

Assalamualaikum. Seseorang yang istimewa lahir pada bulan ini, Dia juga diambil penciptanya pada bulan ini, Yang tinggal adalah kasih sayangnya yang subur sepanjang zaman, Ajarannya, sabdanya, kisah perjuangannya dan segala-galanya tentang dia. Ya Allah, biarkan hati ini tetap rindu, Biarkan jiwa ini sentiasa tercari-cari, Izinkan diri ini bertemu dia, Demi syafaat, demi cinta, demi rindu. Aku rindu padamu, Ya Rasulullah. ps - Bacalah selawat 'Allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala aalihi wa as-haabihi ajma'iin.' Maksudnya, "Ya, Allah, kurniakan pujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat beliau." ps - Kisah Rasulullah SAW

Tajuk Tak Payah Nak Gempak2 Sangatlah..

Image
Assalamualaikum. Semalam hati ini tak dapat ditahan-tahan lagi. Baucar Buku 1 Malaysia yang terselit di dalam dompet murah aku seakan-akan minta ditebus. 'Inilah masanya, inilah masanya', getus hati aku. Selepas mengetik kad perakam waktu, berasap-asap mobil kecilku menyusur jalan raya menuju toko buku. Sampai di sana, meleleh-leleh air liur. Ghairah melihat kedai buku. Liar mataku mencari pembantu kedai. Tak ada pula kecuali petugas kaunter. Aaahhh! Aku terus menuju ke bahagian stationary. Aku capai benda alah yang aku idam-idamkan sekian lama itu. RM29.90. Hehehhh..Jimat duit aku kalau aku boleh beli guna baucar. Tetapi aku tidak gelojoh. Aku terus ke kaunter. 'Dik, yang ni boleh guna baucar?' Aku buat efek mata bersinar untuk cuba menarik aura positif.  'Tak boleh. Cuma boleh beli buku dan stationary yang ada label notebook atau notepad ja, Kak. Majalah pun tak boleh. Novel terhad untuk satu ja bagi setiap baucer RM50'. kata Adik tu. Aku berlalu longlai. O

Sajak 'Sila Berurusan Dengan Senduk'

Assalamualaikum. Oh Customer always right! Kalau kau bisa seperti Indonesia Bisa, Menganggap diri kau sentiasa 'customer always right', Kau perlu bisa berfikir juga, Adakah kau berurusan dengan monyet? Atau engkaukah yang berkelakuan seperti monyet? Janganlah engkau nak always right sangat, Sebab bukan semua benda kau always know, Sekali sekala cubalah percaya, Customer sometimes get it wrong. Sekalipun kau hendak mempertahankan kau punya right, Kau minta lah dan buatlah dengan cara seperti kau berurusan dengan MANUSIA, Barulah kau akan dilayan dengan lebih baik sebagai MANUSIA Manusia yang pandai kecik hati bila kau cakap dia tak pandai buat kerja, Manusia yang tahu marah bila kau tuduh dengan fakta yang salah, Manusia yang tahu geram bila kau tak faham apa yang dia cakap, Manusia yang tahu fade-up bila kau asik nak cepat sedangkan kau tahu kau kena sabar, Kau kena menunggu, Menunggu sampai masalah yang kau ciptakan itu, Dapat diselesaikan. ps- Bila kita berurusan di mana-

Multi Tasking

Image
Assalamualaikum. Bagi aku multi tasking tu ialah kalau kita mampu layan internet, 'dengar' game N.Sembilan vs Selangor dekat tivi dalam keadaan berbengkung (dengan sapuan krim pati halia di dalam). Idola awang-awang hitam di Malaysia. Dan supporters NS jugeeee. ps - Multi tasking tu bagus, tapi adalah menjadi satu kerugian jika kepakaran seseorang itu tidak digunakan pada tempat yang sepatutnya yang menyebabkan sumbangannya menjadi kurang.