Posts

Showing posts from 2014

Kenangan Banjir Aku

Image
Assalamualaikum. Sebahagian rakyat Malaysia kini sedang diuji dengan bencana banjir. Semoga Allah SWT melindungi mereka semua dan mempertingkat kesabaran mereka dalam menghadapi ujian ini.  Juga semoga Allah menggantikan yang rosak dan hilang dari mereka dengan sesuatu yang lebih baik kemudian nanti. InsyaAllah. Seumur hidup aku, tak pernah berhadapan dengan banjir yang besar. Pernah dalam tahun tak ingat (aku Tingkatan 2) sekolah aku banjir air paras buku lali sebab hujan tak berhenti  turun. Boleh plak pegi sekolah aku time tu ye. Rajin bebeno. Masing-masing student angkat kain melebihi lutut. What the.....hahahaaa! Paling aku tak boleh lupa insiden terperangkap dalam kereta masa banjir. Masa tu aku aktif reserve officer dekat Jalan Semarak, KL. Time tu aku study lagi kat Shah Alam.  Hari tu pulak ada event berbuka puasa dengan VIP. Yang aku ingat, dari Shah Alam kitorang gerak dalam pukul 5 petang macam tu naik kereta senior aku. Kereta dia jenis Nissan (kalau t

Entry Khas

Image
Assalamualaikum! Terima lah sajak khas daripada aku. Untuk seseorang yang istimewa. Yang baru-baru saja hadir dalam hidup ni.  Tajuk : How I Met You Versi Ecewah-Ecewaahh Kawan temukan kita Dalam telefon Pandai-pandai la kata dia Kenal-kenal lebih kurang Kamu ajak jumpa -----> (ada cerita I dah up kat blog ni. Rajin cari le ye) Boleh aja Makan tengahari kita First date katanya Kamu yang mentekedarah nasik Sedangkan I minum je..hihi Tak lama lepas tu Kamu terpaksa pergi Kerja, kerja, kerja Berpisah tak lama 2 bulan je Dalam tempoh tu Tak dapat berhubungan kita Berserah saja pada yang Esa Tapi kenapa Hati berputik rindu Siang malam tertanya-tanya Adakah kamu juga begitu? -----> (kat sini boleh start ecewah-ecewahh hahahaa!) Dari situ mula ada kepercayaan Dan juga sikit harapan Langkah kita semakin laju Kita buat apa yang perlu Keutamaan mendapatkan restu Pertama kali Emak lihat kamu Terus kata setuju

30DBC - Sejauh Mana Pendidikan Penting Bagi Aku

Assalamualaikum Pada aku ini sangat subjektif. Sebab apa? Jika kau ada Diploma, adakah kau cukup pandai jaga hati dan hak orang lain? Jika kau ada Degree, pandaikah kau hormat pada orang yang lebih tua? Jika kau ada Master, adakah kau cukup toleransi dengan kekurangan ilmu orang lain? Apatah lagi kalau kau ada Phd... Arwah Ayah aku memang dah set bagi anak-anak dia pencapaian pendidikan paling rendah kami orang ialah lulus SPM. Ayah juga terapkan budaya membaca dalam family kitorang. Alhamdulillah, ada anak-anak ayah yang capai lebih tinggi dari tu atas keinginan sendiri demi ilmu. Adik aku, walaupun tak 'menjadi' kat sekolah, kalau berbual isu-isu semasa luas pengetahuan sebab dia suka membaca.  Pada aku, ketinggian tahap pendidikan bukan penentu ketinggian ilmu dan budi. Ada yang belajar tinggi tapi tak beramal pun dengan ilmunya. Jadilah ilmu yang terperuk dan lama-lama dia lupa.  Ada yang belajar tinggi dan bergaul dengan orang-orang berilmu, tapi

Bon Appetite

Image
Assalamualaikum. Semalam hari yang suram sesuram gigi yang sakit. Apa je lah yang boleh kita buat bila sakit gigi melainkan cepat naik angin dan kalau bercakap banyak pun air liur yang bertakung berlumba-lumba nak jatuh meleleh. Ahaii.  Semalam hanya mampu makan instant oat tapi macam biasa mesti nak lebih-lebih selera kampungnya. Sempat juga menumis sambal ikan bilis hancur. Bajet tak perlu kunyah. Sambal haruslah yang mampu mengalirkan air mata kann. Ambik kau pagi ni berry-berry. Heeee. Malam tadi, sambil nak divertkan mood sakit gigi sempatlah aku berangan whislist makanan kalau dah baik sakit gigi nanti. Tadaaaa! 1) The Loaf Ni sebab aku tengok Majalah 3 malam tadi laaa. Dokumentari roti Jepun. Terus aku terbayang kesedapan roti The Loaf. Semua sedap la kat situ. Malangnya Tun M tak sudi lagi nak bukak kat Melaka ni. Come on Tun..please laaa. 2) Dominos Pizza Yang ni aku tak dulik, baik gigi jer memang aku pegi beli. Give me chicken pepperoni, doub

Sakit Gigi

Assalamualaikum. Start malam semalam aku dah rasa sakit gigi. Aku syak ni nak tumbuh gigi bongsu sebab sakit gigi belah atas belakang. Padahal gigi atas aku cantik dan sihat-sihat aja semuanya yang kat atas belakang tu. Eh, perasan cantik. Heeee. Sebab semalam hari Ahad dan aku memang tak kuasa nak keluar rumah, aku tahankan aja lah. Buat air garam, aku kumur-kumur. Masuk petang sikit, terasa bengkak dah gusi ni. Atoiiiii. Ni lah baru merasa sakit gigi sejak berbelas-belas tahun tak sakit gigi. Sakit dia tak boleh nak kata. Pujuk hati sabar jer. Nak kunyah pun tak boleh ni.  Allah tarik sekejap nikmat makan. Allah...

Bersangka Baik Dan Bersyukur

Assalamualaikum. Dekat tempat aku selalu beli barang dapur ada kiosk kecik-kecik. Ada satu Pakcik tu dia jual junkfood yang nugget-nugget, sosej, fries, daging burger, keropok lekor dengan air. Memang itu je yang dia jual. Tengok dari segi umur, mungkin Pakcik ni dah pencen.  Pakcik tu akan pakai baju chef putih, apron dengan topi chef yang tinggi tu. Rambut dia ala-ala rock jugak. Dia goreng-goreng nugget tu semua lepas tu bubuh dalam polisterin kecik. Kalau kita nak, dia akan gunting-gunting, letak sos, mayo dengan blackpepper sos. Harga 2 ringgit. Selalunya bila aku tolak troli keluar memang akan lalu depan kedai dia. Aku mesti singgah. Aku akan beli. Aku selalu fikir, Pakcik boleh je berehat dirumah tapi dia berniaga jugak walaupun kita tahu berapa sangatlah untung. Mungkin jugak Pakcik ni jenis tak boleh duduk diam. Jadi dia cari kerja untuk isi masa lapang. Atau memang itu kerja dia cari rezeki?  Baru-baru ni masa aku tunggu dia gunting-gunting nugget tu, datan

30DBC - Makan Apa Hari Ni

Image
Assalamualaikum. Hola-holaaaaa! Walahhhh..lama tak tulis. Sibuk maaaa..ingat takde kerja ke? Takde buat ada, ada buat bodowwww.  Hahaaaa! Okay, kita warming up dengan entry lite-lite gitu. Lepas ni, kalau kerajinan berganda kita bincangkan isu yang ilmiah sikit. Hahaaa! Hari ni yang dimaksudkan ialah 9 Disember 2014. Pagi tadi aku mulakan dengan minum secawan hot chocolate cap Gano Excel. Lepas tu pura-pura bizi di pejabat sampai tak sempat nak pergi breakfast. Tengahari, masa nak balik rumah time rehat terserempak jiran yang usahakan perniagaan kecil-kecilan, diberi pula juadah tengahari free. Alhamdulillah. Kuay Teaw Sup Dumpling Ayam Dengan Sambal Kicap Malam, jamah cekodok ikan bilis order dari suami yang duty dan ditutupi dengan juadah paling win iaitu Maggi Kari ditumis dengan bawang merah, bawang putih dan cili menggunakan sedikit minyak. Tambahkan air serta pecahkan telur di dalamnya. Lahaiii. Sedap wa cakap luuuu. ps - Suami takde kat rumah bole

30DBC - 3 Perkara Nak Cakap Kat Ex-Boyfren

Assalamualaikum. Okay aku ada 3 minit je nak selesaikan entry ni. Aku takkan proof read. Pegi lantak segala typo kalau ada. Takde kaluuuu, terel lah aku ni. Hahahaa! Sempattttt. Ok. Aku ni takde ramai beno ex-boyfren. Ada la dalam lapan belas juta puluh perpuluhan satu empat enam bundarkan orang jer. Pffftt. 1) Thank You 2) Sorry 3) Good Luck ps - Maaf, masa aku terlalu berharga untuk aku habiskan bagi mengingati benda lepas yang cuma akan datang sekali-sekala sebagai kenangan. Ta-ta exboyfren, welcome husband. :)

30DBC - Buku Kegemaran

Image
Assalamualaikum. Amboiii. Kemain lama nak sambung blog challenge. Ni elok-elok 30 hari punya challenge, ikut cara aku terus up jadi 365 hari punya challenge. Hahaaa! Ok. Aku memang banyak beli buku. Sebab hobi cliche aku ialah membaca dan hobi sebenar aku ialah memoyo. Hahahaaa!  Tapi dalam banyak-banyak buku yang aku baca ada DUA yang aku paling suka. Bagi aku buku ni menyentuh perasaan aku. 1) Permata Yang Hilang Kini Dijumpai/Kamar Sutera - HAMKA Buku ni aku beli online harga dua-dua RM63 termasuk pos. Mula-mula aku baca PYHKD lepastu baru baca Kamar Sutera. Ni buku agama sebenarnya. Tapi cara penulisan dia sangat sempoi, lawak dan senang faham.  Pada aku, buku ni paling sesuai baca SEBELUM KAHWIN nescaya lepas baca kau orang akan berubah. Hahaa! Serius. Aku insaf bila baca buku ni. Masa aku kawan dengan Tonjer aku, dia bawak buku ni masa operasi. Tu yang lepas balik operasi macam nak segera jer menamatkan zaman bujang. Aku yakin dia dah insaf. Hahahaaa! S

Puding Karamel Tanpa Telur

Image
Assalamualaikum. Ambooiiii. Kemain rajin yer. Eloklahh kan..kang kalau aku malas sesaja korang laharkan aku pulakkk. Hahaa! Aku suka makan puding karamel ni tapi aku tak berapa suka yang ada bau telur. Biasalah kerja aku kannn..menggoogle jer. Aku buat ikut resepi ni. Derhaka? Of chosss. Hahaaa! Aku kurangkan gula dengan susu pekat tu sikit..ye laaa aku kan tak mulut manis macam sesetengah tu. Hahaa!  Lagi satu, pasal buat gula karamel tu. Punya bijak aku ni aku satukan terus gula dengan air lepastu masak atas api. Sebab aku tengok ramai yang kata masa gula panas kita letak air benda tu akan meletup-letup. So, aku pun konon-konon nak buat pencegahan awal la kan. Eh ehh..tapi kenapa tak brown pun gula aku. Aku pun telefon talian hayat aku. Aku : Mummy, orang nak buat gula hangus. Dah letak air tapi kenapa tak hangus pun. Uhuk. Mak : Itu kau masak air gulaaaa,.. Hahahaaa! Lain kali, memang takde pilihan pun. Masak gula tu dulu atas api yang kecik. Bila da

Kelas Bahasa.

Image
Assalamualaikum. Kalau masa sekolah orang tanya aku suka subjek apa aku akan jawab dua.  1) Biology 2) English Ambooiii. Kemain. Memang aku suka dua subjek tu akan tetapi aku taklah se'excellent' mana pun malah hampeh. Hihii. Masa SPM gred untuk subjek English aku taklah segempak mana. Cuma aku jer yang suka gempak-gempak nyanyi lagu orang putih hafal segala lyric lagu Mariah Carey, Jon Secada (Kau kenal? Hahaa!). Tu kira terel english lah tu. Time exam, segala grammar, verb, vocabulary kau terpisat-pisat nak kenal. Padan muka. Aku suka subjek English pun sebab aku suka belajar pronunciation. Sebab penting untuk karier nyanyian omputih aku. Hahaa! Sampai sekarang pun, kalau aku tak yakin dengan apa perkataan bahasa Inggeris yang aku nak tulis aku akan check kat Google. Tak faham maksud, aku google translate.  Kalau sesiapa yang ambik subjek Biology tahun 1998, korang mesti biasa ada buku rampaian yang kulit tebal tu dan cikgu akan suruh lukis gambar j

Resepi Potato Fritters Gitu.

Image
Assalamualaikum! Fenomena sangat sebelum muncul pelam asam boi tu. Tapi apakan daya, baru aku nak mencuba. Kentang dalam gobok tu dah bercabang-cabang dah kaedahnya. Heeeee. As usual, banyak versi buat ni dan aku telah cuba dua versi dalam satu masa. Fuyyyyooo! Boleh cenggitu? Hahaaaa! Sebenarnya mula-mula tu aku buat tanpa bubuh tepung jagung dan telur. Ada lebih, aku simpan dan esoknya aku sambung goreng tapi bubuh tepung jagung dan telur pulak. Pada aku, versi tanpa tepung jagung dan telur lagi sedap. Sebab bila campur tepung jagung ngan telur (berapa kali nak sebut bahan ni??? Bengang ah.) dia dah macam cekodok sangat. So, haruslah aku share resepi yang terbaik untuk u olls kan. Ni aku buat untuk makan sorang. Kalau nak banyak, tambahlah bahan nya.  Bahan-bahannya. 1) 1 batang carrot 2) 1 biji kentang (Aku tak tau apa nama kentang ni sebab saiz dia besar gila. Besar tapak tangan aku ni) Kalau guna kentang biasa, pakailah 3-4 biji 3) Serbuk pati ayam 4

Kek Keju Kukus

Image
Assalamualaikum! Hola-holaaaa! Korang buat apa tu? Adakah mengadap ternet je satu hari macam akak ni? Ahaii. Hihii. Tapi aku takpela buat perangai hari ni, suami kerja (mata kedip-kedip). Hari ni aku nak share resepi kek yang terpaling senang bahan-bahannya umpama melepaskan kentut secara diam-diam. Mampu kau pepatah begitu? Macamtu lah umpama punya senangnya bagi yang?? Yang apa? Yang rajin laaa..malas kaluuuuu, semua susah. =_+ Sejak aku ni ada pengkritik dan peminat masakan aku, semangat nak masak tu menyala-nyala umpama obor (Ni baru logik kan. Hiiihi). Sapa lagi kalau bukan Mentonjer-Tonjer aku tu. Sedap tak sedap semua dia balun. Resepi aku tak pernah buat, dia lah jadi bahan ujikaji aku. Hihiiii. Itu hari suami ajak balik rumah Mama. Sebagai menantu yang amanah patonah tomakninah, haruslah membawa buah tangankan. Malam tu, aku pun google la menu ikut kemampuan skil memasak aku.  Aku ikut resepi ni.  Akan tetapi.....penderhakaan dalam keterpaksaan

30DBC - Sesuatu Yang Menguatkan Aku

Assalamualaikum. Kemain sesuai aku buat entry ni di petang nan syahdu ni. Aku pun tengah emo-emo ni. Hihiii. Sebab aku emo ialah rahsia. Eh, semua korang nak tahu dah kenapa? Nampak tak? Emo kat situ..hihiiii. Arggghhh. Pedulikan. Aku tak berniat nak tunjuk pandai, tunjuk bagus, bajet alim atau apa juga yang seangkatan dengannya kat sini. Tapi aku cuba sampaikan dari sudut hati yang paling dalam..ecewah (background muzik Ombak Rindu dimainkan) Bagi aku kekuatan aku yang paling utama ialah kepercayaan aku terhadap Allah SWT. Lumrah manusia ni, bila susah ingat Allah tapi bila senang seringkali kita terleka. Nauzubillah min zalik. Jarang kita nampak segala kelapangan hidup dan semua impian serta hajat kita yang telah terjawab adalah kerana kasih sayang dan izin Allah.  Ada pun kita tak lupa kepada Allah dan hak-hakNya, tapi kita diuji pula dengan ketaqwaan. Betapa terleka pula kita untuk istiqamah.  Contoh. Sebelum ni, sebelum aku kenal suami. Aku dah berkawan de

30DBC - 5 Cara Memenangi Hati Ini. Uhuk.

Assalamualaikum. Tak nak intro yada-yada pasal ni. Straight forward jer. 1) Bercakap baik-baik. Baik-baik maksudnya guna perkataan yang baik dan tone yang selembut salju. Hati yang keras pasti menjadi jeli. Tak dapat boleh jadi dapat. Heeee. 2) Beri pandangan/pendapat yang jujur. Tapi berhemah. Masih berhati jeli di situ. 3) Surprises are work for me! Tak perlu selalu. Sekali-sekala dah menggembirakan hati. 4) Takde. 5) Ntah. Cukup 3 je. Tak reti aku bab ni. ps - Kita tak boleh nak expect layanan orang terhadap kita. Some people knew us well while some are get to know us. ps - Sentiasa baiki diri untuk orang lain. Doakan.

Congo Bars

Image
Assalamualaikum! Apa khabar, khabar apa? Ada baik? Hihii. Lama dah nak buat congo bars ni. Banyak versi cara buatnya. .Last-last, masa nak layan game JDT-Pahang tu aku pun buatlah untuk kudap-kudapan time menonton. Aku buat ni cepat-cepat sebab kitorang tengok game tu kat rumah team JDT. Rumah skuadmate suami aku. Thank you to his wife jamu mee hailam sedap. Aku hanya mampu congo bars jer. Heeeeeee.  Pada aku, buat congo bars ni senang sikit dari brownies. Plus, aku suka sebab kita boleh bubuh banyak kacang yang kita suka.  Aku guna resepi dan cara dari blog  Masam Manis  kecuali ada beberapa penderhakaan saja yang aku buat. Takde la derhaka sangat..hahahaa! Bahan-bahannya 315 gram tepung gandum 2 1/2 sudu kecil baking powder 150 gram butter (aku guna Buttercup) 320 gram gula perang. Aku derhaka guna 280gram jer. Dan pada aku, ini pun masih manis juga =_= 3 biji telur 1 sudu kecil esen vanila 250 gram coklat chip 1 cawan kacang pecan (aku guna wal

Over Acting.

Image
Assalamualaikum. Kan esok nak final Piala Malaysia. Ok, fine. Team aku tak pegi final (Padahal lama dah tak pergi final. Asik gagal je misi. Hahaa!) Yang aku tengok, tiba-tiba bukan main ramai pulak orang perempuan yang acah-acah minat bola. Kadang-kadang tu, over dia mengalahkan orang lelaki yang kebanyakannya chill-chill aja. Aku kadang-kadang malu gak tengok bukan main over perempuan yang bajet nak bagitau satu dunia yang diorang ni die-hard fan team masing-masing tapi lebih menjurus kepada poyo dan nak cari gaduh dengan fan team lain aja. Peminat bola wanita ni pun sebenarnya muncul macam cendawan tumbuh di hari hujan dalam arena bola ni pun sejak team dia duduk kat atas liga je. Tu pun sejak team dia ni baru tubuh. Hihi. Menganjing nampaknya di situ. Sebab tu aku tekankan tajuk over-acting. Untuk yang over-over saja harus terasa. Heeeee. Yang tak berkenaan, chill-chill aja yer. Orang lelaki suka bola tu biasa. Tapi kalau orang perempuan declare dia suka bola, die-

30DBC - Gambar Terbaru Dan 5 Fakta Tentang Diri Anda

Image
Assalamualaikum! Tada-tada. Sebenarnya baru aku teringat dulu-dulu pun aku pernah up entry pasal blog challenge gak. Tapi sampai hari ke berapa ntah aja. Yang ni kita tengok berapa lama aku bertahan ok. Layan kan aja la. Hahaa! Gambar ni lama la jugak. Raya tahun ni. Dua bulan sebelum kawin. Dah gambar terkini aku semua tak semenggah aja. Kira boleh la ni. Sama je rupa aku. Beza kat bontot jer. Hahaaa! Lagi pun aku ni low profile, tak suka tertonjol sangat. Sipi-sipi sudahlaaa. Hihi. Me and Haziq. Pemusnah sesi bergambar. Miss u, Dek. Lima (5) fakta tentang diri aku. 1) I love reading. Kecuali buku pelajaran. Just like that. Hahaa! 2) Orang selalu sangka aku orangnya garang dan serius. Tapi aku rasa aku ni pemanja. Dan penangis. 3) Aku suka memasak berbanding berurusan dengan kain. Cuci, sidai, lipat. My least favourite chore. 4) Dulu aku specky. Power kiri kanan 400+. Tapi aku dah lasik. Alhamdulillah nikmat mata. 5) Aku ni jenis setia (take n

Terapi Otak.

Image
Assalamualaikum. Menulis ni sebenarnya satu terapi bagi aku. Tulis yang gini-gini lah. Cuba kau suruh tulis kertas kerja. Kemain buntu. Berhari-hari tak juga submit kat Boss. Hihii. Untuk galakkan otak kiri dan kanan aku bekerja secara seimbang dan konsisten (ceeewaah!) aku nak buat juga 30 days blogs challenge. Kasi kerja ini otak. Yeaahh! Jom tengok fungsi otak kiri dan otak kanan.  Otak kanan merupakan tempat untuk perkembangan hal-hal yang bersifat artistik, kreativiti, perasaan, emosi, gaya, bahasa, irama, muzik, imaginasi, fantasi, warna, pengenalan diri dan orang lain, hubungan sosial dan pengembangan peribadi. Daya ingatan otak kanan adalah bersifat jangka panjang (long term memory). Otak kiri pula berfungsi dalam hal mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat perbezaan, menyimpan data dan fakta, analisis, angka, urutan, tulisan, bahasa, kiraan dan memahami logik. Daya ingatan kiri adalah bersifat jangka pendek (short term memory). Cuba korang test te

Keguguran.

Image
Assalamualaikum. Tenang, tenang semua. Aku cuma keguguran rambut aja. Heee.. Dah lama dah sejak aku tak potong rambut. Orang kata kalau rambut gugur, kita potong sikit nanti dia elok. Aku ni particular sikit bab ni. Dah lah susah nak cari female hair saloon kat Melaka ni. Mak aku pulak dah tak terel dah potongkan rambut. Dulu-dulu Mak je pun yang potongkan. Aku ni takde la nak berabih beratus-ratus sebab nak cantikkan rambut bagai. Rambut sihat, tak bercabang, tak berbuah, takde kelumumur, ok lah bagi aku. Lepas syampoo taruk perapi, selang 2 hari kasik vitamin. Settle.  Masalah dia rambut aku ni tak kuat, mudah gugur. Macam-macam syampoo aku pakai. Rejoice, Pantene, Sunsilk, Clear, Dove, Selsun Blue, syampoo Hai-O (apatah nama dia, lupa) and macam-macam lagi lah aku try. Last sekali aku pakai syampoo Bawang yang bu-sook tu. Haihh. Tak jalan. Merata rambut aku dalam rumah. Kalau rambut yang jatuh tu boleh bertukar jadi duit mak aihh bahagia hidup aku. Hihii.  Baru-baru

Tips Nak Bagi Air Liur Menjejes. Mampu?

Image
Assalamualaikum! Kalau dah tahap scroll handphone layan Fb, Insta, Blog tak sedar air liur menjejes-jejes lebih baik bertindak. Ni jeruk mangga asam boi punya pasal lah. Time tengah viral, laju jer orang buat bisnes. Siap COD lagi. Satu balang kecik orang jual sampai RM22. Mak aihh. Tak boleh jadi. Suatu tengahari, terus sms suami kalau ada pelam yang masam-masam kat kem tu tolong bawak balik sikit yer. Time tu takdelah menaruh harapan sangat sebab celah bedah mana pulak suami nak cari pokok pelam. Saja jer sebenarnya nak manja-manja, nak tingkatkan bil talipon. Hahaa! Sekali tu, suami balik kerja buat surprise bawak satu plastik mangga bulat yang masam gila tu. Ya Allah...terharu sangat. Huhuu. Dia kata, mintak kat rumah orang. Bimbang sungguh dia kot ini permintaan terakhir bini, kalau pergi pun biarlah air liur tak meleleh..hahahaaa! Tu aku yang exaggerate. Suami aku wat rilek wat peace petik kat rumah kawan dia.  Esoknya aku pun pegi la Family Store cari Asam Boi.

Bikin Panas.

Image
Assalamualaikum! Hello ya'allllll. Hello stalker. Hahaaa!  Itu hari masa cuti Deepavali 'yang sangat mengelirukan' tu, korang buat apa kat rumah?  Kitorang pegi Zoo Melaka. Tengok monyet, ghimau, singa, burung, zirafah, gajah, kura-kura, ular, seladang dan macam-macam lagi la. Apa ingat Zoo Melaka ni cikai sangat ke? Ada binatang tauuuu. Pegi pulak car pool dengan skuadmate suami aku dengan baby diorang umur 8 bulan. =_= Memang Mak Bapak la yang beria-ria. Anak buat dek jer. Hahaaa! Pendidikan awal katanya. Heee. MasyaAllah, punyalah jeli kaki ni berjalan, dah la gemuk. Pancit la... Balik petang tu, ada sedara belah suami bertandang kat rumah. Melawat pantin baru kata dia. Hihii. Pukul 11 malam baru selesai semuanya. Aku dengan suami aku terbongkang pandang each other. 'Penat jugak yer' suami aku kata. Hahaaaa! Baru tau ke. Ok lah tu. Dari kita buat aktiviti rutin kita tiap kali cuti iaitu makan tido dan tengok tivi dan ulang lagi, lagi, lagi ye

Food Review - BurgerByte

Image
Assalamualaikum! Minggu lepas masa balik kampung, Aku dengan Tonjer pusing-pusing Seksyen 7 Shah Alam carik pisang cheese. Sekali tu tak jumpa. Uh keciwer. Ternampaklah Burgerbyte dekat-dekat situ punya panjang orang queque. Mak aihhh. Ni mesti sedap sangat la tu kan. Tapi tak pasti la kalau time tu Zizan ada buat upacara sain autograf ke apa. Heee. Tak jumpa pisang cheese, kitorang meneruskan perjalanan dengan kehampaan....ececeh. Balik dari kampung, hari Isnin tu kami orang pun jalan-jalan ler Mydin MITC. Dah nak balik masuk kereta, seberang jalan terpampang Burgerbyte. Hahaa! Jom jer la dah orang nak belanja. Hahaa! Time tu dalam pukul 5 lebih kurang, tak ramai pun orang. Tak perlu beratur bagai nak rak. Hahahaa! So, kalau tak nak beratur, mari la datang ke Burgerbyte cawangan MITC Melaka ya'all!! Datang hari Isnin (dengan syarat amik cuti) pukul 5 petang camtu. Hahahahahahaaaaaaaaaa! Some of the menus. Aku order Chicken Bacon with Cheese. Sedap ko. ps -

Food Review - Kek Batik Tersedap

Image
Assalamualaikum! Biasa je lah kan korang makan kek batik. Buat sendiri pun boleh kan. Tapi yang ni, sekali makan memang nak lagi. Pertama kali aku makan masa beraya rumah sepupu aku bertahun-tahun yang lepas. Anak dia, Alyn yang buat. Siap dia share resepi lagi and time tu dia tak start commercialkan kek batik ni. Tapi beza aku dengan dia ialah, dia otak bisnes dan rajin. Aku pulak otak makan dan malash. Hahaaa! Sekarang, aku tumpang bangga sebab dengan hasil jual kek batik dia dah ada vendour concept boutique dia sendiri dan kek batik dengan jenama dia sendiri.  Aku tak tau selera korang, but to me this is the best kek batik ever sebab selain sedap dia ada nilai tambah iaitu packaging anti-semut. Hahaaa! Kau mampu review cenggini? Haruslah aku je mampu. Heee. Boleh pegi ke facebook dia atau insta untuk tempah online. COD takde yer. Aku jer mampu COD. Kata sedara. Hahaa! Lagi satu aku nak review pasal popcorn Poco ni. Mula-mula aku agak sentimen sikit bila tengok k

Pseudocyesis

Assalamualaikum! Amboiii..tu dia..tajuk entry pun dah gempak..baru nampak ilmiah sikit blog aku ni. Hahaaa! Hari ni nak share sikit pasal Pseudocyesis atau false pregnancy ataupun kehamilan palsu..Haa tu nak pandang serong kat Akak la tu kan..hahaaaa! Aku tak kisah pun, sebab aku rasa positif nak share ni..yeahh! Actually, takde mana-mana doktor pun yang diagnose aku Pseudocyesis, tapi aku syak jer aku ada simptom-simptom tu..see? Terlebih sudah aku ni..hahaaa! Memandai-mandai aja. Tak kira, nak jugak! Hahaa! Semuanya berpunca bila aku nak buat bekam itu hari. Sebab aku baru kawin, as precaution kakak tu nak check aku dulu sebab dia kata orang yang mengandung tak boleh buat bekam. So dia pun urut-urut lah aku.. Pastu berdasarkan pengalaman dia sebagai tukang urut, dia kata dia syak aku mengandung. Aku pun apa lagi. Tak mungkin kakak sebab saya baru je habis period. Kakak tu explain lah gejala-gejala mengandung yang pelbagai termasuklah turun period walaupun mengandung.