Wish List Tahun Lepas.

Assalamualaikum.

Aku memang ada masalah mengingat jalan yang kronik. Aku cuma tak mungkin sesat kalau nak pegi opis, pegi kelas, balik rumah Mak, pegi JJ dan pegi rumah Lulu. Kalau nak pi tempat2 yang tak biasa, aku memang sangat2 memerlukan co-pilot a.k.a yang bukan Ratu/Raja Sesat macam aku. Alah, tempat yang biasa aku pegi pun kadang2 aku sesat sedas dua. Paling tragik, tahun lepas dari Shah Alam aku nak pi Midvalley, tapi aku kena rempuh Selayang dulu amik Lulu then baru aku dengan jayanya sampai Midvalley. Dah, kena bahan dengan pilot kat opis aku sampai sekarang.

Lulu memang penyelamat aku dari dulu.. Penah satu malam aku nak pi hospital Damansara. Lulu pulak ada kat Bangi sebab kursus. Jadi sebab aku tak nak sesat sampai KL,(sangat tak suka memandu di KL) aku pun offer Lulu teman aku. Jadi aku nak amik dia dekat Bangi dengan syarat kitorang bercakap jer dekat fon so Lulu boleh bagi direction. Lulu kata kena masuk exit Putrajaya.

'Masuk ke? Masuk ke?' Aku tanya.
'Ha, masuk, masuk!' dia kata.

Bila aku masuk kenapa tak lama lepas tu aku sampai Sri Kembangan? Aku dah hangin2 dah time tu.

'Ko suruh masuk tadi, ko suruh..' aku dah nak nangis dah.

Tiba2 sampai kat pekan koboi. Kereta semua bersimpang siur ja. Tak ada garis jalan, tak tau one way ke hapa. Lulu dah rasa bersalah. Last2 Lulu suruh berenti dan dia drive datang kat tempat aku berenti. Tengok? Baik kan Lulu? Hehehhh. Lepas tu kitorang pegi hospital Damansara tu naik dua kereta.........sabar jer la Lulu. Kamu kan maklum bahawa kawanmu ini Ratu Sesat Tersohor.

Tahun lepas, dapat bonus aku beli GPS. Memandangkan Lulu pun dah duduk kat Kedah dan ada boyfren (which is he is very demanding of quality time ;p), aku kenalah belajar survive sendiri. Huhuu. Walau pun begitu kadang2 aku masih kol dia nak tanya macam mana nak pegi PPUM. Hahahaaa!!

Setakat ni prestasi Baby G aku ni okey kecuali sekali saja gagal bawa aku pegi makan ikan bakar Umbai dari Jonker Walk.
 
ps * dalam hidup kita memang memerlukan orang lain untuk menunjukkan kita jalan yang betul dan menegur bila kita tersasar ke jalan yang salah..


Comments

Hunny said…
ratu sesat rupanya.. Bertaubatlah Nora, dan kembali ke jalan yang benar...:P

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.