Posts

Showing posts from July, 2011

Day 8 - A Picture Of Favourite Memory

Image
Assalamualaikum! Bergambar dengan arwah ayah pada sambutan harijadinya yang ke- 63 di rumah. Hari jadi yang terakhir sebelum ayah jatuh sakit. He is wearing his favourite baju Melayu. Kami makan KFC malam tu. His favourite fastfood. Ayah, anak ini sangat merinduimu. Al-Fatihah.

Day 7 - Siapa Akan Jadi Anakku?

Image
Assalamualaikum! Arwah ayah aku memang sayang sangat binatang. Tapi sifat tu tak tebal sangat dalam hati aku. Aku biasa2 ja, sebab tu aku tak ada pet sejak kecik. Ayah bukan setakat manjakan kucing, malah ayam katik pun mendapat tempat dalam hati dia. Sebab tu lah ayam katik pertama yang dia dapat dari anak buah, Ayah letak dalam cage dekat bilik tidur dia. Ye, dalam bilik tidur. Tak caya? Tanya mak aku. Alasan Ayah time tu, 'kucing2 nak garu (cakar) dia (ayam tu). Dia (ayam tu) kecik lagi'.  Itu cerita arwah ayah aku.. :) Masa aku kat ITM dulu, kawan aku paksa aku jaga sekor anak tupai yang diberitakan jatuh dari pokok dan tengah digigit kucing. Jadi masa diorang bagi anak tupai tu diorang dah bagi nama siap2. Noburu (Nob) namanya. Itu la kali pertama aku ada 'pet'. Mula2 aku simpan Nob dalam kotak kasut yang aku buat tingkap banyak2. Tapi sebab dia suka menggagau buat bising dalam kotak, maka aku keluarkan dia. Rupanya tupai ni jinak. Mau dipegang dan tak menggigit...

Day 6 : Beribu Sesalan

Image

Day 5 : Am I Different?

Assalamualaikum! What makes me different from others? Haha! Soalan yang aku tak boleh jawab dengan baik. Berhari2 juga aku memikirkan. Apa bezanya aku dengan orang lain? Aku lebih tabah? Ada lagi yang lebih tabah. Aku unik? Macam makan french fries cicah sundae? Ouch! Ada juga yang makan french fries cicah petis. Aku gemuk, pendek? Ada yang kurus tapi lagi pendek. Aku boleh batuk sekali dengan bersin? Ada yang boleh tido sambil berjalan lepas tu bukak pintu dengan pakai kasut sekali. Aku hebat? Ada laaaagi hebat. Aku tak boleh bagitau apa bezanya aku dengan orang lain melainkan orang lain yang bagitau aku nampak berbeza. ps - Rambut dah la lain, hati lagi lain-lain.

Day 4 : Favourite Captures

Image
Assalamualaikum! SOLAR NIGHT, 1999 Epic. Ini gambar favourite aku nombor 1. Akan sentiasa mengingatkan aku bahawa aku pernah comot. Masyaallah. INTAKE 3/1999 Nostalgic. Ini masa zaman stamina tinggi. Dari dulu sampai sekarang, kami masih bersama.   Ouuchh! First trip far-far away from hometown. Thank You Sisters! Sekapal. Senyum. Tak perlu cakap apa-apa. ps - Teman baik adalah dia yang menangis bila dengar cerita sedih kamu, bimbang jika kamu tak senyum, beri pinjam duit bila kamu sesak, menghormati keputusan kamu, mengkritik kamu di hadapan muka kamu sendiri, selalu memberi nasihat yang baik kepada kamu, marah kamu apabila perlu dan sentiasa menerima kamu seadanya diri kamu. ps - Semoga kamu mendapat satu teman baik dan mencipta banyak kenangan bersama dia. ps - Saya telah mendapat banyak teman baik. U know who you are, good friends. Syukur, Alhamdulillah.