Day 7 - Siapa Akan Jadi Anakku?
Assalamualaikum!
Arwah ayah aku memang sayang sangat binatang. Tapi sifat tu tak tebal sangat dalam hati aku. Aku biasa2 ja, sebab tu aku tak ada pet sejak kecik. Ayah bukan setakat manjakan kucing, malah ayam katik pun mendapat tempat dalam hati dia. Sebab tu lah ayam katik pertama yang dia dapat dari anak buah, Ayah letak dalam cage dekat bilik tidur dia. Ye, dalam bilik tidur. Tak caya? Tanya mak aku. Alasan Ayah time tu, 'kucing2 nak garu (cakar) dia (ayam tu). Dia (ayam tu) kecik lagi'. Itu cerita arwah ayah aku.. :)
Masa aku kat ITM dulu, kawan aku paksa aku jaga sekor anak tupai yang diberitakan jatuh dari pokok dan tengah digigit kucing. Jadi masa diorang bagi anak tupai tu diorang dah bagi nama siap2. Noburu (Nob) namanya. Itu la kali pertama aku ada 'pet'.
Mula2 aku simpan Nob dalam kotak kasut yang aku buat tingkap banyak2. Tapi sebab dia suka menggagau buat bising dalam kotak, maka aku keluarkan dia. Rupanya tupai ni jinak. Mau dipegang dan tak menggigit. Dari hari tu bermula lah bonding aku dengan Nob......
Bila aku pi kelas, aku biar ja Nob main kat bilik. Dia tak lari pun sebab aku duduk tingkat 6, mungkin dia masih trauma nak terjun tinggi. Paling kuat dia duduk tepi tingkap tengok luar. Kesian pulak. Kawan2 aku pun bukan main keibuan, kira gilir2 la jaga si Nob ni masa aku pegi kelas. Bila malam, Nob akan tidur bergulung pastu macam selimut2kan badan dia guna rambut aku. Omey kan? kan?
Nob makanan dia buah2 yang banyak air. Paling dia suka honey dew. Paling benci pisang. Member aku ni bukan semua baik, ada juga pendera. Suka sangat sua buah yang Nob tak suka semata2 nak tengok dia tercungap2. Betul, kalau makan buah yang tak ada air dia akan tercungap2. Sian dia. Ada kes member aku sorang nih, dia pi sembur Nob dengan perfume. Alasan, Nob busuk. Lepas kena sembur Nob terus pening. Serius. Dia terus tido bergulung. Aku gerak pun dia macam merajuk. Setengah hari jugak la macam tu. Hehe. Nob pun ada jugak kudapan, dia paling suka makan biskut Tiger dan minum air kotak teh bunga.
Kalau dapat biskut, dia akan makan sikit lepas tu sorok. Mula2 aku pelik jugak asal aku bagi biskut ja habis, sekali aku periksa..sorok belakang buku aku daa..Betul lah tu sifat tupai ni suka sorok makanan lepas tu dia lupa. Sebab dia tak akan makan pun makanan yang dia sorok tu. Bersemut buku aku.
Lama jugak lah aku jaga Nob. Hampir setahun. Sampailah satu hari tu, aku kena pi kursus tamat latihan 2 minggu kat USM. Aku tak sanggup nak hantar Nob kat kampung sebab kat rumah aku banyak kucing. Jadi aku bawak. Program aku kat USM tu padat. Keluar pukul 5 pagi, habis training pukul 10 malam. Memang Nob kesepian lah. Makan pun tak tentu, sebab kat sana jarang diorang serve buah tembikai ke hapa. Asik2 pisang je. Aku pun tak ada masa nak main2 dengan dia macam selalu. Bila aku balik kat bilik, mesti Nob dekat tingkap. Lepas tu bila aku keluar training, Nob masih tido lagi. (Ececeh)
Sampai la hari terakhir kat USM, Nob macam tak berapa sihat. Sepanjang dalam bas dari Penang ke Shah Alam dia duk dalam poket sweater aku ja. Tak mo keluar. Kamiorang sampai Shah Alam pukul 8 malam. Malam tu memang aku sangat penat. Semua pun bantai nak tido ja. Yang aku ingat, Nob macam biasa tido bawah rambut aku. Aku mamai bila aku sedar dia lari nak tido atas dada aku bawah selimut pulak. Aku ingat aku ada pegang dia pastu cakap 'tido Nob'. Besok paginya bila aku terjaga tido aku cari Nob tepi leher aku. Kiri tak ada, kanan tak ada. E'eh aku cuak. Sekali aku bangun, Nob ada bawah bahu aku. Keras, kejung daaa....aku pembunuh.
Aku kejut member aku semua. Aza siap nangis doh. Banyak kali juga dia sahkan waktu sebenar kematian Nob. Ye lah, dia menyesal lah sebab tak sempat mintak maaf kat Nob sebab selalu dera kan. Si Lily pulak cuma cakap 'Aaa, kan dah mati'. Lepas tu minah tu tido balik. Hahaha! Kejam ko Lily. Lepas tu kat toilet, mana yang tau kematian Nob semua ucap takziah lah kan. Tanya bila nak kebumi semua. Aku pun, masa nak tanam Nob bawah pokok Rhu depan Kompleks Sukan, masih tak percaya Nob dah mati. Kesian Nob. Kecik ja dia. Di situlah Nob bersemadi........
Lepas dari Nob, aku ada bela hamster. Itupun orang bagi. Mok nama dia. Pun dah mati jugak. Itu pun ada cerita juga. Tapi itu lain kali la.
Jadi bagi menjawab soalan Day 7 - aku akan pilih Nob. Aku tak pernah rasa dia sekadar pet, sebab aku menangis masa dia mati. Dan sampai sekarang bila aku nampak tupai, aku akan panggil Nob!
ps- Baru tau rasa sayang pada binatang tu macam mana. Huhu.
Tak ada gambar Nob. Nob lagi comel dari ni.
Comments