Atok Kena Tembak.
Assalamualaikum. Setiap kali balik kampung jenguk Opah, Mak akan cerita sejarah silam masa mak kecik2 dulu. Mak akan tunjuk sungai mana Mak mandi, kebun mana Opah toreh getah, jalan mana Mak lalu bila pergi sekolah. Lebih realistik bila Mak dapat buktikan kata-kata Mak bahawa masa Mak kecik dulu, Mak memang susah. 'Opah kau naik basikal pegi kebun getah. Cuba bayangkan berapa jauh rumah Mak masa tu. Pukul 3 pagi Opah dah keluar menoreh. Mak pernah ikut sekali dua ja. Isy tak tahan dengan penat, nyamuk. Opah pulak ibu tunggal. Susah dulu2...' 'Dulu mana ada merasa makan ikan laut ni semua. Makan ikan kadang2.Kalau sekali sekala dapat makan ikan sungai, sukanya lah. Itupun lampam aje lah buat pekasam.' Ya Allah,aku sekarang bawak Mak naik kereta ja pegi tengok dusun Mak yang dulu tempat Opah toreh getah. Dalam 20 minit sampailah. Jalan berturap. Bayangkan Opah kayuh basikal dulu.. Ya Allah, sedangkan aku masa kecik2 dapat makan macam2. Ikan, ayam kambing, lembu, itik...